• Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti

Iman Troye Kongsi Kisah Adik Mardhiah Yang Menyentuh Hati

Kisah Adik Mardhiah membuat penyanyi ini berasa insaf, selain barah mata peminat cilik hidap lima penyakit kronik lain

by Puteri Alia
November 9, 2021
Foto - Instagram @imantroye

Foto - Instagram @imantroye

Share on Facebook

Baru-baru ini Iman Troye membawa seorang peminat cilik istimewa berjalan-jalan di Aquaria KLCC, pelatun lagu popular ‘Nang’ ini cuba menggembirakan hati peminat ciliknya itu mengikut kemampuan diri.

Perkongsian penyanyi ini mula menarik perhatian orang ramai, apabila mendapati peminat cilik tersebut merupakan insan istimewa yang sedang bertarung dengan beberapa penyakit kronik.

Pertemuan Bersama Si Cilik Menginsafkan Iman

Menerusi perkongsian Iman di Instagram, dirinya mendapat tahu bahawa si cilik yang dikenali sebagai Nur Mardhiah ini merupakan peminat lagu ‘Teman’.

Kelu dan tak terkata tatkala penyanyi ini melihat keadaan peminat ciliknya yang sedang bertarung dengan beberapa penyakit kronik sambil tersenyum di hadapannya. Mengetahui keadaan kesihatan peminat ciliknya itu membuatkan Iman berasa insaf.

Foto – Instagram @imantroye

“Assalamualaikum semua.

Setiap dari kita punya jalan cerita yang tersendiri, jadi kisah penuh liku adik Mardhiah Iman kongsi disini.

Sejujurnya Iman lambat tahu tentang adik comel ini yang ingin berjumpa Iman, dia adalah peminat lagu Teman.

Alhamdulillah, minggu lepas Iman berpeluang berjumpa dengan adik Mardhiah, berjalan-jalan di Aquaria KLCC dan menggembirakannya yang termampu. Dan Iman boleh katakan pertemuan itu sangat menginsafkan Iman.

Adik Mardhiah seorang yang sangat kuat, berusaha untuk bergembira walaupun sudah banyak pembedahan yang beliau hadapi. Di dalam kesakitan, adik Mardhiah mampu tersenyum, menyembunyikan kesakitannya.” Kongsi Iman

Peminat Cilik Bertarung Dengan Pelbagai Penyakit Kronik

Penyanyi ini berkongsi maklumat tentang penyakit yang dihadapi oleh peminat ciliknya itu di Instagram nya, menurut Iman, adik Mardhiah menghidap barah mata, penyakit paru-paru kronik, OKU Celebral Palsy, Global Development Delay, Chronic Otitis Media dan Glanation Tissue.

Iman mengatakan peminat ciliknya itu perlu menjalani rawatan setiap minggu, namun pendapatan kedua ibu bapa adik Mardhiah tidak seberapa kerana berniaga secara kecil-kecilan menjual kuih dan barangan bundle.

“Adik Mardhiah mempunyai Chromosome 13Q Deletion Syndrome, kanser mata dan pembedahan sudah dijalankan untuk membuang mata kiri, chronic lung disease, OKU Celebral Palsy, Global Development Delay. Terbaru Chronic Otitis Media dan Glanation Tissue dalam telingan kanan.

Rawatan untuk adik Mardhiah adalah setiap minggu, dan orang tua beliau mencari rezeki dengan berniaga bundle dan kuih frozen.

Berita terbaru tentang adik Mardhiah adalah dia sudah berada di wad untuk sekali lagi menjalani major operation di dalam minggu ini.” Kongsinya lagi

Foto – Instagram @imantroye

Mohon Doa Dan Bantuan Untuk Adik Mardhiah

Penyanyi ini berharap dengan perkongsian kisah adik Mardhiah ini, orang ramai dapat mendoakan dan memberi bantuan yang termampu buat adik Mardhiah sekeluarga.

“Jom kita sama-sama doakan adik Mardhiah. Semoga Allah SWT mempermudahkan kesemuanya dan adik Mardhiah dapat membesar seperti kanak-kanak lain.

Untuk bersama-sama membantu, Iman kongsi details di sini:

Muhammad Iqmal Ramli – 013 875 2749″ Kongsi Iman

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya. Bukan mudah ujian yang sedang dilalui adik Mardhiah, semoga Allah SWT berikan kesembuhan kepada si cilik ini.

Diharap kes adik Mardhiah ini mendapat perhatian pihak-pihak tertentu agar adik Mardhiah dapat menjalani rawatan dengan lancar, dan membantu kos perubatan yang ditanggung ibu bapa si cilik ini.

Iman TroyeNur MardhiahPeminat Cilik
https://lomp.at/obmc7
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto - @azirashafinaz (IG)
Lokal

Ulas Soal Seksi, Azira Akui De Fam Ada Etika Pemakaian- “Sebagai Muslim Tahu Apa Boleh Pakai Atau Tak”

by Nurul A.
November 24, 2025

Baru-baru ini kumpulan wanita Malaysia, Dolla telah berdepan dengan kritikan hebat selepas video muzik terbaru mereka iaitu "Question" dilancarkan. Kumpulan...

Read more
Foto - @the_haidars (IG)
Lokal

[FOTO] Que Haidar ‘Belanja’ Badan Baru- “Sado Macam Mana Pun Tetap Amy Mat Piah”

Rasanya macam dah lama tak dengar khabar pelakon Que Haidar kan Terbaru, pelakon kacak itu telah mencuri perhatian ramai apabila...

Read more
by Nurul A.
September 8, 2025
Lokal

Dituduh Hantar Sihir Kat Kak Ton? Ini Respon Tenang Suami Datuk Azie

Sebelum ini usahawan popular, Zaiton Hassan atau lebih mesra dikenali sebagai Kak Ton mencuri tumpuan apabila menceritakan pengalaman mistik yang...

Read more
by Aphit J.
September 21, 2025
Lokal

Baru Kehilangan Ibu Tahun Lalu, Kini Bapa Khai Bahar Pula Meninggal Dunia!

Peminat dunia hiburan dikejutkan dengan berita pemergian bapa kepada penyanyi popular, Khai Bahar pada malam Jumaat. Berita Duka Mengejutkan Peminat...

Read more
by Aphit J.
September 20, 2025
Gossip

Sufi Rashid Kesal Sabronzo Dikecam Isu Kahwin-“Dia Tak Buat Salah Pun, Kahwin Kot..”

Penyanyi, Sufi Rashid meluahkan rasa kesal melihat ahli kumpula DOLLA iaitu Sabronzo yang dikecam netizen selepas mendirikan rumah tangga bersama...

Read more
by Naddy Joe
October 1, 2025
Lokal

“Saya Bukan Budak-Budak Nak Pergi Kelab”- Beego Nafi Ligat Berhibur, Dakwa Cuma Hadir Majlis Hari Jadi

Pelakon dan pengarah, Beego, tampil menjernihkan keadaan selepas tersebarnya dakwaan kononnya dia dilihat berhibur di kelab malam bersama beberapa rakan...

Read more
by Puteri Alia
October 23, 2025
Lokal

“Jangan Putus Asa, Hari Itu Akan Tiba…”-Shila Amzah

Perkongsian penyanyi, Shila Amzah mencuri perhatian netizen selepas memuatnaik satu foto di media sosial miliknya, baru-baru ini. Shila atau nama...

Read more
by Naddy Joe
October 16, 2025
Lokal

Fara Salleh Berang Shuk Sahar Tidak Jawab Panggilan Mahkamah!-“Kenapa Dengan Kau Ni Iblis?…”

Isteri kepada pelawak, Shuk Sahar iaitu Fara Salleh meluahkan rasa berang terhadap suaminya yang didakwa tidak memberikan kerjasama dengan  tidak...

Read more
by Naddy Joe
August 29, 2025
Lokal

“Tak Semua Perlu Diketahui” – Irma Hasmie Enggan Ulas Status Peribadi

Pelakon dan pengacara terkenal, Irma Hasmie, mengambil keputusan untuk tidak mengulas lanjut mengenai khabar angin yang mendakwa beliau sudah kembali...

Read more
by Aphit J.
October 25, 2025
Lokal

“Kau Nak Saman Aku? Silakan” – Fara Tempelak Shuk Sahar Isu Fitnah & Tindakan Undang-Undang

Pelawak dan pengacara, Shuk Sahar akhirnya tampil bersuara mengenai kemelut rumah tangganya yang makin hangat diperkatakan. Shuk Pilih Berdiam Diri...

Read more
by Aphit J.
August 31, 2025
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Fatima Menangis Terharu Fazura Belikan ‘Blind Box’ Berharga RM1,500…

  2. 2

    [VIDEO] Cik B & Leona Rancang Lokasi Percutian, Curi Perhatian Netizen-“Gini Rupanya Perbualan T20..”

  3. 3

    [VIDEO] Siti Nurhaliza Bercuti Bersama Keluarga Di Jepun, Telatah Afwa Curi Perhatian Netizen

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Terhibur Lihat Hael Husaini ‘Call’ Afwa Suruh Simpan Telefon Siti Nurhaliza

  5. 5

    [VIDEO] Isteri Fazziq Muqris Dipuji Peminat-“Cantiknya Bak Bidadari”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem