• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Bangga Tayang Result Gagal SPM Tapi Iman Troye & PTTI Tunjuk Sebaliknya

by Zaidin Albert
June 22, 2022
VIA Instagram Iman Troye

VIA Instagram Iman Troye

Share on Facebook

Nampaknya perkongsian berita keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) masih hangat dibincangkan di media sosial. Rata-rata pelajar yang mendapat keputusan cemerlang ataupun tidak seronok mempamerkan slip keputusan SPM mereka kepada umum. Namun tindakan sebegini secara tak langsung membuatkan ramai yang kurang senang.

Ada berpendapat, trend bangga tayang keputusan SPM di sosial media walaupun gagal seolah-olah memberi kesan negatif kepada calon-calon SPM akan datang.

Malah rata-rata, ramai yang tidak senang dengan trend berkenaan kerana ia mampu mempengaruhi pelajar lain untuk tidak perlu belajar bersungguh-sungguh dan mendapatkan keputusan cemerlang. Hal ini telah mendapat perhatian penyanyi, Iman Troye  yang juga merupakan duta pusat ilmiah PTTI.

VIA Instagram Iman Troye

Iman Troye baru-baru ini bangga kerana hampir 200 pelajar yang mengikuti jenama pendidikan popular berkenaan mendapat peningkatan keputusan daripada gred G ke A dalam peperiksaan SPM 2021 diumumkan 16 Jun lalu. Malah serentak dengan pengumuman SPM tempoh hari juga, penyanyi lagu Nang itu bersama pusat ilmiah berkenaan menawarkan RM300 kepada 10 pelajar bertuah yang berjaya menaik taraf gred terbabit.

Baru-baru ini, 10 pelajar berkenaan sudah menerima ganjaran ditawarkan. Termasuklah pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK), Taman Bunga Raya di Rawang, Selangor iaitu adik Nur Anis Mohd Ridhwan. Iman berkata pencapaian diraih pelajar berkenaan menerusi inisiatif dilakukan pusat ilmiah cukup membanggakan.

“Saya sendiri pernah berperang dengan peperiksaan SPM pada tahun 2019. Cabaran belajar zaman sekarang dengan kepesatan teknologi media sosial bukanlah mudah.

“Begitu juga dengan mereka yang bergelut belajar di era pandemik COVID-19. Namun, tabik kepada mereka yang tidak lemah semangat dan menjadikan ujian atau cabaran sebagai alasan. Kejayaan adik Nur Anis contohnya yang tak pernah seumur hidup dapat straight A selama ini berubah sekelip mata dengan mengikuti teknik belajar di PTTI,” kata Iman.

Tambahnya lagi,  pencapaian membanggakan dari gred G ke A bukan perkara mudah.

“Namun jelas, tiada apa saja yang mustahil dalam hidup ini. Kesungguhan dan semangat jitu untuk membuktikan peningkatan dalam hidup mahupun pelajaran mampu memberikan pengakhiran yang indah. Tiada alasan untuk berjaya. Hanya mereka yang memberi alasan saja sering buntu dalam kehidupan. Malah kita belajar untuk mendapat gred atau keputusan yang baik. Bukan sebaliknya,” katanya.

‘Ini bukan sesuatu yang patut dibanggakan’- Pengasas PTTI

Sementara itu, Pengasas PTTI, Siti Farhana Abu Osman atau lebih mesra disapa Cikgu Fana sendiri memanjat kesyukuran kerana peningkatan gred membabitkan pelajar bimbingan mereka. Menjawab isu trend bangga tayang keputusan tidak cemerang SPM seperti ‘straight G’, Cikgu Fana menyifatkan ia bukanlah budaya yang sihat.

“Selama ini kita belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai gred terbaik. Malah jika usaha itu tidak memberikan keputusan cemerlang sekalipun, sekurang-kurangnya kita sudah berusaha.

“Dulu pelajar gagal tebal dengan sifat malu jika mereka gagal mendapat keputusan terbaik. Tapi kini, sebaliknya yang terjadi kerana terlalu mengejar membina ‘content’ di media sosial biarpun ia bukan sesuatu yang patut dibanggakan,” kata Cikgu Fana.

Pusat ilmiah ini pernah menerima Anugerah BrandLaureate Bestbrands in Online Education Platform (Platform Pendidikan Dalam Talian) pada tahun 2020.

Iman Troye Kongsi Foto Jejaka Misteri, Ada Yang Dakwa Gimik Lagu Baru?

Malah aplikasi pembelajaran dalam talian dipanggil PTTI: Better Result yang dipromosikan tahun 2021 dinobatkan di peringkat global sebagai penerima Education 2.0 – Best Companies Award pada Mac lalu berlangsung di Intercontinental Dubai Festival City, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Iman Troye
https://lomp.at/4k65f
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

by Naddy Joe
January 30, 2026

Ratu rock negara, Ella baru-baru ini mengadakan sebuah majlis istimewa bertemakan “Jamuan Tengah Hari Bersama Ella” telah diadakan pada 29...

Read moreDetails
Foto - @syafiqkylez (IG)
Lokal

“Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

by Nurul A.
January 28, 2026

Perjalanan sebagai seorang pelakon dalam industri hiburan yang sangat kompetitif tidaklah mudah seperti yang disangka. Dan Pelakon Syafiq Kyle tampil...

Read moreDetails
Berita

Sweet Qismina Tidak Mahu Masuk Campur Isu Puteri Balqis & Mia Sara-“Apa Yang Saya DM Dekat Aqish Itu…”

by Naddy Joe
January 28, 2026

Pelakon, Sweet Qismina tampil menegaskan bahawa dia enggan untuk masuk campur mengenai isu yang melibatkan pelakon, Puteri Balqis dan juga...

Read moreDetails
Berita

[VIDEO] Datin Shahida Dedah Qadejah Senyap-Senyap Rakam Lagu Raya, Netizen Terhibur!

by Naddy Joe
January 30, 2026

Isteri kepada usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Shahida mencetuskan rasa terhibur netizen selepas berkongsi gelagat...

Read moreDetails
Lokal

‘Segala Bulan Islam Diratibnya’- Peminat Luah Pedih, Siti Nurhaliza Balas Dengan Lembut

by Phic ARMAN
January 26, 2026

BIDUANITA Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sekali lagi menjadi bualan hangat,  tetapi bukan kerana salah apa pun. Seperti biasa, Siti...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

  2. 2

    “Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

  3. 3

    [VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland

  4. 4

    “Asal Gemok Je Kepam”- Cik B

  5. 5

    Sweet Qismina Tidak Mahu Masuk Campur Isu Puteri Balqis & Mia Sara-“Apa Yang Saya DM Dekat Aqish Itu…”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore