Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz Inspirasi

Impian Ratu Cantik Vivienna Teroka Dasar Laut Jadi Kenyataan

by Arsiqin Yusof
December 24, 2022
Share on Facebook

Diserang panik kerana tangki oksigen tidak berfungsi secara normal sewaktu menyelam di dasar laut. Itu antara pengalaman ngeri buat pengacara juga ratu cantik, Vivienna Alfred atau Vivi sewaktu penggambaran program Deep C.

Deep C yang diterbitkan Peak Project mula ditayangkan pada 24 Disember ini, setiap Sabtu, jam 9.30 malam di TV Okey (Astro Saluran 146) sebanyak 13 episod berdurasi 30 minit. Ia berkisar meneroka keindahan dasar laut di Malaysia.

Minat Sejak Empat Tahun Lepas

Bergelar ratu cantik, Vivi, 25, yang juga pemenang tempat kedua Miss Grand Malaysia 2022 sentiasa idamkan cabaran lasak untuk dirinya. Minatnya terhadap aktiviti menyelam bertitik-tolak sejak empat tahun lalu selepas mencuba aktiviti terjun udara.

“Pada 2018, saya lakukan terjun udara di Dubai dan ia antara pengalaman paling menyeronokkan dalam hidup saya. Dapat melihat keindahan bumi dari pandangan udara ketika itu sangat menakjubkan.

“Justeru, saya berfikir suatu hari nanti wajib meneroka keindahan dasar laut pula bagi melihat sisi lain dunia pula. Aktiviti menyelam memang sentiasa dalam senarai wajib cuba saya dan akhirnya dapat realisasikannya menerusi Deep C,” katanya.

Menurutnya, terbabit penggambaran Deep C sambil berkongsi ilmu serta pengalamannya kepada penonton adalah sebuah pencapaian yang cukup besar maknanya sepanjang berada dalam industri hiburan.

Baginya, setiap program memiliki kekuatan tersendiri dan bukan sekadar program ‘kosong’. Deep C baginya bukti terdekat bahawa sesebuah program mampu memberi tunjuk ajar mendalam serta menyumbang sesuatu kepada masyarakat.

Aspek Persiapan

Persiapan dilakukan Vivi sebelum memulakan penggambaran juga dibuat dengan sangat teliti. Dia perlu siapkan aspek fizikal dan mental kerana aktiviti menyelam menuntut tenaga yang cukup selain sangat memenatkan.

“Apabila berada di dasar laut, masa berlalu dengan begitu pantas dan tanpa disedari, kita sudah terlalu letih bila kembali ke permukaan. Sekali menyelam ambil masa sekitar 45 minit dan saya lakukannya sebanyak dua atau tiga kali setiap hari.

“Ada masa, secara mentalnya saya rasa tidak melakukan tugasan itu sebaiknya. Sebagai pengacara, bahkan mana-mana artis, pelakon, selebriti pun kena sentiasa konsisten memberikan hasil kerja terbaik sebaik kamera mula ‘rolling’,” katanya.

Perlu Bijak Tangani Panik

Berkongsi lanjut mengenai pengalaman yang takkan dilupakan sewaktu penggambaran, Vivi berkata setiap penyelam perlu bijak mengendali rasa panik apabila berdepan masalah teknikal sewaktu berada di dasar laut.

“Ada satu hari, tangki oksigen saya tidak berfungsi secara normal sewaktu sudah berada di dasar laut. Saya tidak boleh bernafas sekali gus sangat panik dan mahu cepat-cepat naik ke permukaan laut tanpa ikut prosedur betul.

“Mujur jurulatih selam saya ketika itu sangat profesional menangani situasi terbabit dan segalanya dapat diselesaikan secara baik ketika itu. Memang satu pengalaman yang membuka mata saya,” katanya.

Apapun, di sebalik cabaran tertentu dan rasa letih, Vivi menyifatkan pengalaman menyelam sehingga dasar laut sangat berbaloi. Menikmati sendiri keajaiban di sudut berbeza dunia adalah pengalaman tidak terbanding harganya.

“Paling menyeronokkan apabila dapat melihat dan mendalami sendiri keunikan makhluk di dasar laut. Setiap lokasi menyelam memiliki keunikannya yang berbeza-beza. Saya tidak sabar penonton melihat sendiri keunikan itu,” katanya.

Vivi juga berharap Deep C bakal membuka mata ramai bahawa ia bukan sekadar program menyelam semata-mata. Sebaliknya, ia merangkumi banyak aspek yang akan memberi pendidikan seperti melindungi keindahan laut kita.

“Program ini menyeronokkan selain sangat informatif. Ia berkongsi mengenai topik tarikan pelancongan, latar belakang bersejarah, pengalaman mengenai budaya, kesedaran isu tertentu, perubahan iklim, projek perlindungan dan pemulihan berkaitan penjagaan laut,” katanya.

Deep C diarahkan Sherry Sidek, Hafiz Baharuddin (fotografi), Rizal Rahman (skrip), Rizal Busu (audio), Eddy Aidil, Hafiz Razman, Hifzan Asmad (kamera), Mior (penyunting), dan Cloud Pictures Sdn. Bhd. selaku pengurus produksi.

viviVivienna Alfred
https://lomp.at/1u8lm
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Intan Najuwa Diganggu Selama Berbulan-Bulan Oleh Seorang Lelaki, Tampil Buat Laporan Polis!

by Naddy Joe
March 9, 2026

Sering diganggu sehingga pernah membuat panggilan di pejabat Polo Club, pelakon Datin Intan Najuwa memaklumkan bahawa dia telah membuat laporan...

Read moreDetails
Lokal

Alicia Amin Pertahan Meerqeen Yang Dikecam Makin Berisi?

by Naddy Joe
February 19, 2026

Aktres dan model, Alicia Amin meluahkan rasa kesal terhadap sikap segelintir netizen yang mempersoal perubahan fizikal aktor kacak, Meerqeen yang...

Read moreDetails
Foto - @remyishak (Threads)
Lokal

Tuduh Sumber Rezeki Tak Halal, Remy Ishak Bidas Tareq Fit- “Sejarah Hitam Apa Hantui Hidup Anda?”

by Nurul A.
February 24, 2026

Kenyataan berbalas jurulatih kecergasan, Tareq Fit terhadap teguran pelakon Kamal Adli nampaknya telah mencuri perhatian orang ramai termasuklah pelakon senior...

Read moreDetails
Insentif

Biasiswa Anak eKasih Diperkenalkan, 10,000 Pelajar IPTA Bakal Terima Manfaat

by Ayu Kamaruddin
March 12, 2026

Kerajaan menerusi Kementerian Pendidikan Tinggi terus komited memperluaskan akses pendidikan kepada golongan memerlukan dengan memperkenalkan Biasiswa Anak eKasih. Inisiatif baharu...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Eira Syazira & Anak-Anak Beri Kejutan Hari Lahir Buat Azad Jasmin, Curi Perhatian Peminat

by Naddy Joe
February 11, 2026

Pelakon, Eira Syazira mencuri perhatian peminat selepas dilihat memberikan kejutan istimewa sempena hari lahir suaminya yang juga pelakon, Azad Jasmin...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

  3. 3

    [VIDEO] Mimi Peri Tuai Kecaman, Akui Suka Lelaki Kampung Kerana Bebas HIV

  4. 4

    Isteri Pertama Najib Razak Yang Ramai Tak Tahu! Ramai Kata Puteri Zainah Mirip Tun Rahah

  5. 5

    Tamatkan 18 Tahun Perkahwinan Dengan Anak Rosmah, Fazley Yaakob Umum Perceraian Dengan Isteri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara