Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Ina Naim Sindir Isu Peti Ais – “Sampai Dah Mati Laki Aku, Orang Masih Tanya”

by Puteri Alia
September 30, 2025
Share on Facebook

“Rumah saya sekarang sudah ada peti ais dan kelengkapan lain.” Itu jawapan selebriti dan peserta Talk To My Manager, Ina Naim, ketika ditanya mengenai isu peti ais yang kembali tular di media sosial baru-baru ini.

Menurut Ina atau nama sebenarnya Nordiana Mohd Naim, 41, dia sendiri tidak faham mengapa kisah lama itu masih menjadi bualan. “Sampai dah mati laki aku, orang masih tanya isu peti ais. Sekarang rumah saya dah ada peti ais. Bukan itu sahaja, mesin basuh, televisyen, sofa pun ada. Suami baru saya yang sediakan semua kelengkapan tersebut. Jadi saya berterima kasih kepadanya. Dahulu kita tolak ada sebab, kali ini saya terima pun ada sebab. Dahulu rumah kami dekat dengan kedai, tetapi sekarang jauh,” katanya ketika ditemui di Konsert Talk To My Manager baru-baru ini.

Ina turut menjelaskan bahawa ketika tinggal bersama arwah Suhaimi Saad di Kelantan beberapa tahun lalu, mereka tidak begitu memerlukan peti ais kerana rumah sangat dekat dengan kedai. Malah, harga barang di sana juga jauh lebih murah berbanding sekarang. “Di Kelantan banyak kedai di tepi jalan, barang jualan pula sangat murah. Sayur satu ikat baru 50 sen. Sekarang mana ada. Barang-barang di sana pula segar. Makanan kami tak pernah terputus walaupun tiada peti ais,” ujarnya.

Untuk rekod, Ina mendirikan rumah tangga bersama Suhaimi pada tahun 2007 sebelum Allahyarham meninggal dunia akibat jangkitan kuman pada paru-paru pada 15 November 2023. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan empat orang anak termasuk Hadie yang kini turut menyertai program Talk To My Manager.

Kisah keluarga mereka pernah tular kerana semua anak tidak dihantar ke sekolah sebaliknya menerima pendidikan di rumah. Setahun selepas pemergian arwah, Ina kembali membina kehidupan baru apabila berkahwin dengan seorang jurutera, Mohd Khairul Rizal, yang kini melengkapkan keperluan rumah tangga mereka.

“Ibu Berdoa Jauhkan Anak Dari Maksiat” – Ina Naim Bimbang Hadie Tidak Tidur Di Rumah Rakan Lelaki
Ina Naim
https://lomp.at/93m2d
Share3Tweet2SendShare

KINI TRENDING

Foto - @megattttttt (IG)
Lokal

“Kenapa Saya Kena Beli Untuk Dia? Korang Ni Menekan Betul”- Que Haidar

by Nurul A.
February 27, 2026

Pelakon Que Haidar, atau nama sebenarnya Tengku Iskhan Shah bin Tengku Haidar, menjadi perhatian ramai baru-baru ini selepas mengeluarkan kenyataan...

Read moreDetails
Spotlight

Anak Boss AirAsia Bercinta Dengan Ratu Cantik Malaysia, Lesleyy Cheam. Mohon Doa Ke Jinjang Pelamin

by Zaidin Albert
March 25, 2026

Nama Lesleyy Cheam sekali lagi menjadi perhatian apabila dikaitkan dengan jejaka dikenali, Ishraq Kamrudin. Lebih menarik, Ishraq bukan calang-calang individu...

Read moreDetails
Spotlight

‘Malam Tiga Syukur’, Dalami Pengertian Qana’ah Raya Ini

by Naddy Joe
March 8, 2026

Bayangkan seorang lelaki yang ada segala-segalanya. Rumah besar, kereta mewah, keluarga yang setia. Orang memandangnya dengan penuh rasa kagum, dan...

Read moreDetails
Berita

Fila Amir Bersyukur Berjaya Beli Rumah-“Menumpang Rezeki Anak…”

by Naddy Joe
April 1, 2026

Pempengaruh dan usahawan, Fila Amir berkongsi khabar gembira apabila dia berja merealisasikan impiannya rumah sendiri, baru-baru ini. Fila atau nama...

Read moreDetails
Berita

Zarina Anjoulie Pertahan Betty Rahmad Isu Dituduh Biadap Dengan Penjual Di Singapura?

by Naddy Joe
March 4, 2026

Nama pelakon dan usahawan, Betty Rahmad sebelum ini menjadi bualan netizen didakwa biadap selain meninggikan suara terhadap pekerja di sebuah...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Wak Doyok Sasar Branniganz Suites Di Bukit Bintang-“Kereta Mewah… Semua Dah Ku Jual”

  2. 2

    “RM7.80 Je Pun?” – Sikap Sambil Lewa Layan Pelanggan Cetus Rasa Tidak Puas Hati

  3. 3

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  4. 4

    Ramai Tak Tahu! Kampung Agong Di Penaga Ada Pemandangan Cantik Macam Luar Negara

  5. 5

    Putera Jefri Ibrahim di Johor Motorsports Racing (JMR) Curi Perhatian, Ramai Kagum Dengar ‘British Slang’

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara