Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

“Ingat Ya, Tak Senang Kahwin Dengan Suami Orang”- Zarina Zainuddin Beri Pesanan Sebagai Isteri Kedua

by Puteri Alia
February 23, 2024
Share on Facebook

Meskipun memegang gelaran sebagai isteri kedua, Zarina Zainuddin tidak menahan diri untuk menegur tingkah laku tersebut.

Dalam kenyataannya, beliau menegaskan bahawa wanita-wanita tersebut berisiko merosakkan rumah tangga orang lain dan mengundang fitnah yang berpanjangan.

Menurut pemilik nama penuh Nur Zarina Mohd Zainuddin, golongan wanita muda tersebut perlu mempertimbangkan keputusan memilih bernikah dengan suami orang kerana akan digelar penyondol sampai ke tua.

“Ingat ya, tak senang kahwin dengan suami orang. Jadi isteri nombor dua otak kena kuat dan kalau iman tak cukup, tidak payah! Jadi orang gila di rumah nanti.

“Carilah lelaki bujang, tak payah nak peningkan kepala. Sampai ke tua orang akan kata kau penyondol,” katanya dalam video Instagram semalam.

Dalam video sama, dia turut berasa kurang senang melihat ramai wanita yang masih muda ‘kemaruk’ berkahwin dengan suami orang sedangkan tidak menjaminkan kehidupan yang mewah pun.

“Sakit hati lihat semua yang cantik dan muda hendak sangat kawin dengan suami orang kemudian jadi ala-ala wanita simpanan di rumah sebab suami takut isteri pertama mengamuk.

“Kalau boleh tak payahlah, jika hidup mewah lain cerita tetapi kalau kau pun bekerja mencari duit, memang sayang.

“Baik bercerai ketika usia muda sebelum usia tua yang ketika itu hendak berpisah pun tiada faedah,” katanya lagi.

Sementara itu, Zarina berkata, situasinya ketika bernikah dengan suaminya dan menjadi isteri kedua adalah berlainan namun rasa bersalah tetap dirasai sehingga hari ini.

“Kes saya lain, tidak akan sama sebab saya bukan nak menggatal. Dia bawa saya jumpa isteri pertama dan kini sudah 30 tahun saya berkahwin.

“Tetapi sehingga sekarang saya rasa berdosa besar sebab kacau hak madu saya,” luahnya.

Menerusi luahan sama, dia menasihatkan wanita muda di luar sana melupakan hasrat untuk bernikah dengan suami orang sebaliknya memilih lelaki bujang.

“Nak buat apa kalau semua hidup asyik makan hati dia makan hati saya makan. Suami pun semakin botak fikir hal isteri-isterinya.

“Anda fikirlah sendiri, rasa nak azankan di telinga supaya jangan kahwin suami orang. Cari lelaki bujang yang berlambak di luar sana,” ujarnya.

Terdahulu, Zarina mendirkan rumah tangga dengan Datuk Seri Abu Raihan Wan Jaafar pada 13 Julai 1993 sebagai isteri kedua.

Zarina Zainuddin Pesan Anna Jobling Berbaik Dengan Ibunya-“Bila Mak Sudah Tiada Esok?"

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan empat cahaya mata lelaki termasuklah sepasang kembar Raizal Azrai Abu Raihan (Azal) dan Muhammad Razil Azrai Abu Raihan (Azil) yang sentiasa menjadi perhatian netizen.

zarina zainuddin
https://lomp.at/kkvc9
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Gossip

Janna Nick Tampil Mohon Maaf, Undang Pelbagai Reaksi Netizen-“Diam Lebih Baik…”

by Naddy Joe
January 27, 2026

Pelakon, Janna Nick tampil membuat permohonan maaf disebabkan hantarannya yang boleh mencetuskan spekulasi mana-mana pihak. Permohonan maaf tersebut dibuat selepas...

Read moreDetails
Lokal

‘Segala Bulan Islam Diratibnya’- Peminat Luah Pedih, Siti Nurhaliza Balas Dengan Lembut

by Phic ARMAN
January 26, 2026

BIDUANITA Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sekali lagi menjadi bualan hangat,  tetapi bukan kerana salah apa pun. Seperti biasa, Siti...

Read moreDetails
Lokal

Ieda Moin Kongsi Realiti Sebagai Seorang Artis-“Berbekalkan Populariti, Followers Berjuta, Kontroversi..”

by Naddy Joe
January 27, 2026

Pelakon dan pelawak, Ieda Moin berkongsi realiti kehidupan sebagai seorang artis yang kini lebih kepada populariti dan bilangan pengikut di...

Read moreDetails
Berita

Nad Zainal Kongsi Sikap Ungku Ismail Ketika Awal Kehamilan, Netizen Terhibur!-“Lelaki Memang Gitu..”

by Naddy Joe
February 12, 2026

Umum mengetahui pelakon, Nad Zainal baru sahaja berkongsi khabar gembira mengenai dia yang kini sedang hamil cahaya mata keempat. Nad...

Read moreDetails
Berita

Aliff Syukri Pasang Impian Mahu Duet Dengan Siti Nurhaliza-“Kita Ini Insan Yang Kerdil…”

by Naddy Joe
January 22, 2026

Usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri meluahkan hasratnya untuk berduet dengan Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza. Luah Impian...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

  3. 3

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

  4. 4

    Kenali Isteri Ku Li, Madamme Alfi dan Kehidupan Keluarga Bahagia Mereka

  5. 5

    Insentif Mahasiswa Anak Johor RM200 Dibuka Untuk Pelajar IPT, Ini Cara Mohon & Semak

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara