• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Korea

Ingatkan Radang Mata, Rupanya Lee Dong Gun Hidapi Penyakit ‘Rare’ Tidak Boleh Diubati!

by Nurul A.
September 30, 2025
Foto - Koreaboo

Foto - Koreaboo

Share on Facebook

Pelakon Korea Selatan, Lee Dong Gun telah disahkan menghidap ankylosing spondylitis semasa penampilannya di episod akhir program realiti ‘My Little Boy’ terbitan SBS.

Dalam episod tersebut, Dong Gun telah melawat hospital untuk rawatan mata kanannya yang kelihatan merah. Semasa rawatan, Dong Gun memberitahu doktor bahawa dia berulang kali mengalami uveitis iaitu satu bentuk keradangan mata yang menjejaskan lapisan tengah tisu mata.

Apa yang merisaukan doktor, pelakon itu memberitahu bahawa dia telah menghidapinya selama setahun.

Foto – Chosun

Mendengar penjelasan Dong Gun, doktor berpendapat bahawa pelakon itu berkemungkinan mengalami ankylosing spondylitis iaitu penyakit radang yang dicirikan oleh tulang belakang yang kurang fleksibel dan mungkin menyebabkan beberapa tulang di tulang belakang bercantum.

“Ankylosing spondylitis sering menunjukkan uveitis sebagai gejala pertama, Penyakit jarang berlaku ini menjejaskan kira-kira 1% penduduk Korea, menyebabkan tulang belakang beransur-ansur menjadi kaku dan bersatu.”

Foto – Koreaboo

Doktor juga menjelaskan bahawa penyakit Dong Gun boleh dikategorikan sebagai tahap 2 atau 3 kerana keradangan uveitis pelakon ini sering berulang.

Keputusan X-ray awak (Dong Gun) diklasifikasikan sekitar peringkat 2 hingga 3 berdasarkan uveitis berulang dan keradangan sendi sacroiliac, ankylosing spondylitis boleh didiagnosis. Jika tidak tahu puncanya dan tiada penawar, awak perlu menghadapinya seumur hidup.”

@user6913916945342

이동건 충격적인 눈 상태 1_만 걸리는 희귀병 #연예인 #배우 #가수 #슈퍼맨이돌아왔다 #조선의사랑꾼

♬ original sound – user6913916945342 – user6913916945342

Dong Gun yang mendengar penjelasan doktor, memberitahu bahawa dia menghadapi masalah kesihatan ini selama setahun. Matanya akan berdarah dan susah untuk fokus.

“Kadang-kadang mata saya susah untuk fokus dan berdarah. Pandangan saya juga mula merosot dan makin sensitif dengan cahaya. Apabila mata saya pedih, saya akan titiskan antibiotik yang disarankan oleh doktor ke dalam mata. Sekarang saya bergantung sepenuhnya dengan ubat titis mata.”

Doktor turut memberi amaran kepada Dong Gun mengenai tabiat gaya hidupnya. Dong Gun disarankan untuk melakukan terapi fizikal, senaman dan mengambil ubat-ubatan yang diperlukan atasa saranan doktor serta menguruskan dietnya dan menahan diri daripada mengambil alkohol serta merokok.

Ankylosing spondylitisdong gunlee dong gunuveitis
https://lomp.at/uhgq9
Share2Tweet2SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto - @sharnaazahmad (IG)
Lokal

[VIDEO] Cipta Trend “Takut Bini”, Sharnaaz Ahmad Beri Teguran- “Hormati Tapi Tak Perlu Takut”

by Nurul A.
January 6, 2026

Disebabkan oleh trend "takut bini" yang dihasilkan oleh segelintir pencipta kandungan di media sosial, pelakon Sharnaaz Ahmad tampil memberi teguran...

Read moreDetails
Foto - @loritayoung_mua (IG)
Indonesia

Manohara ‘Curhat’, Dedah Ibu Sering Jumpa Bomoh & Amal Ilmu Hitam

by Nurul A.
January 21, 2026

Model Indonesia, Manohara menjadi tular selepas mendedahkan kisah gelap masa lalunya bersama ibunya, Daisy Fajarina. Menerusi Instagram Strories, Manohara turut...

Read moreDetails
Berita

Zara Zya Nafi Ada Hubungan Peribadi Dengan Usahawan, Peminat Lega!-“Pusing-Pusing Dulu Sis..”

by Naddy Joe
February 11, 2026

Pelakon, Zara Zya menegaskan bahawa dia tidak mempunyai sebarang hubungan peribadi dengan bekas tunang kepada pelakon, Zarina Anjoulie iaitu usahawan...

Read moreDetails
Lokal

Diana Danielle Tak Benarkan Anak Lelaki Berlakon, Cetus Pelbagai Reaksi Netizen!-“Bagi Muhammad Belajar Rajin-Rajin..”

by Naddy Joe
February 16, 2026

Pelakon, Diana Danielle membuat perkongsian bersama peminat mengenai hasrat anak lelakinya yang mahu menceburi industri seni untuk menjadi seorang pelakon....

Read moreDetails
Lokal

Nadia Annuar ‘Sekolah’ Netizen Yang Minta Perempuan ‘High Maintenance’ Untuk Kekal ‘Single’-“Kau Ingat Kiteorang…”

by Naddy Joe
February 10, 2026

Pengacara, Nadia Annuar menyelar komen netizen yang menyifatkan para wanita 'high maintenance' untuk kekal bujang sehingga selamanya. "Perempuan yang high...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Pelancong Dakwa Terpedaya Harga Makanan RM2 Di Kawasan Tumpuan Pelancong

  2. 2

    Nasi Berlauk Sedap RM5 Jer, Ini Warung Yati Di KL Yang Wajib Singgah!

  3. 3

    Garfu Kayu Bentuk Kepala ‘Batman’ Undang Kritikan Netizen

  4. 4

    Selepas London, ‘Next’ Destinasi Mana? Ini Kata Tony Fernandes

  5. 5

    [VIDEO] Bapa Mentua Kongsi Momen Kamal Adli & Hawra, Netizen Terharu!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore