• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Update Berita FAKTA

‘Ini Bukan Step Up, Ni Ciplak’ – Netizen Kecam Rekaan Beg Syarikat Kasut Persis Jenama Terkenal Dunia

Kontroversi isu menciplak rekaan beg tangan mendapat banyak respon netizen di media sosial

by Puteri Alia
May 25, 2022
via Twitter

via Twitter

Share on Facebook

Tular di media sosial baru-baru ini apabila syarikat pengeluar kasut terkenal di Malaysia mendapat pelbagai kecaman dan komen negatif di media sosial.

Beg Tangan Persis Jenama Terkenal Antarabangsa

Hal ini mula mendapat perhatian warganet apabila sebuah tweet milik salah seorang pengguna di Twitter yang cuba mempromosikan beg tangan keluaran syarikat kasut terkenal tersebut menjadi fokus orang ramai.

Isu berbangkit apabila orang ramai membaca ciapan dan melihat foto beg tangan yang dikeluarkan oleh syarikat pengeluar kasut itu, kemudian digandingkan dengan foto beg tangan dari jenama terkenal antarabangsa.

Ramai terkejut melihat reka bentuk kedua-dua beg sangat sama sehingga menimbulkan kontroversi di media sosial.

“B*** really step up the game!! Lihat saja beg tangan Prive Bata! Serius sebiji dengan beberapa rekaan beg tangan mewah.” Ciapnya

via Twitter
via Twitter
via Twitter
via Twitter
via Twitter

Isu Ciplak Hangat Diperkatakan

Gara-gara tweet tersebut, ramai pengguna media sosial di Twitter berkongsi pandangan masing-masing dan rata-rata mengkritik syarikat pengeluar kasut tersebut kerana menciplak idea rekaan beg tangan berjenama.

“Itu bukan sesuatu yang patut dibanggakan. Itu jelas menciplak.”

“Ni bukan Step up, ni ciplak dah ni”

“Akak tahu kamu nak cakap yang beg B*** cantik, tapi sangat sedih tweet kamu seperti mempromosi beg tiruan.” Ciap netizen

via Twitter

Berpendapat Bagus Untuk Ekonomi

Namun ada juga yang berpendapat sebaliknya dan berkongsi pandangan masing-masing di laman Twitter tentang isu panas ini.

“Mengikuti rekaan jenama besar di panggil “trickle down effect”. Saya belajar rekaan fesyen dan kami belajar itu di universiti.

Meniru jenama kecil adalah tidak baik kerana mereka menggunakan sumber mereka untuk mencuri dari perniagaan yang kurang dikenali.”

“Menciplak tidak semestinya tak baik. Ia menjana sumber ekonomi. Tengok China semua benda dia orang tiru, sekarang mereka adalah kuasa besar global.” Ciap mereka

via Twitter

Perkenal Beg Tangan Buatan Tempatan

Dalam pada itu, ada juga yang mengambil kesempatan menerusi isu panas ini dengan memperkenalkan beg tangan jenama tempatan yang di lihat sangat cantik dan menarik perhatian.

“Apa pun kalau anda semua nak rupa yang sama seperti Bottega Cassette tapi tak nak beli dari Bata dan nak sokong jenama tempatan, saya cadangkan Nobat atau Nazifi Nasri. Harga bagus, buatan tangan dan kualiti bagus.”

“Apa kata jenama lokal kita? Pernah dengan tentang @megatsharezman ?” Kongsi netizen

via Twitter

Apa pandangan anda tentang isu ini?

Beg Tangan Mewah Siti Nurhaliza Di Program Rancakkan MADANI Buat Ramai Zoom-In
Bata Malaysiabeg tangan
https://lomp.at/0sabz
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

FAKTA

Faliq & Chryseis Tan Nikah Februari Ini, Netizen Persoalkan Status Agama

by Zaidin Albert
January 4, 2018

'Kalau dah jodoh tak kemana’, seperti pasangan sepadan ini yang memutuskan untuk melangsungkan pernikahan pada bulan Februari ini. https://www.instagram.com/p/BdY3-4XjzKq/?taken-by=chrystan_x Menerusi...

Read moreDetails
FAKTA

Suami Dibunuh Kejam Komunis, Ini Kisah Sebenar Mangkuk Tingkat Mak Teh

by Khai Azfar
May 10, 2021

Selain himpunan lagu-lagu raya dimainkan di corong radio, iklan raya yang dihasilkan oleh pelbagai penggiat industri juga antara dinanti-nantikan saban...

Read moreDetails
FAKTA

6 Fakta Menarik ‘Mall’ Terbaru LaLaport BBCC, Dulu Merupakan Tapak Penjara Pudu

by Phic ARMAN
January 20, 2022

Generasi sekarang mungkin tidak tahu Bukit Bintang City Centre (BBC) atau kini berdiri megah pusat membeli-belah terbaru LaLaport BBCC sebenarnya...

Read moreDetails
FAKTA

Berhantu? Ini Senarai Tempat ‘Keras’ Yang Ada Di Malaysia

by Jash Lee
August 15, 2020

Anda pernah dengar filem mistik yang bertajuk 'Bangunan'? Jom kita tengok bagaimana filem ini dirakam dan misteri tempat yang dikosongkan...

Read moreDetails
FAKTA

Selepas ‘Kardashians Kelantan’, ‘The Azmin’Pula Jadi Tumpuan Netizen

by Khai Azfar
July 16, 2021

Sejak minggu lalu, anak-anak kepada Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menjadi tumpuan warganet berikutan salah seorang daripadanya menafikan bahawa mereka...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026- Golongan Manakah Yang Layak Terima?

  2. 2

    [VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland

  3. 3

    Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

  4. 4

    “Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

  5. 5

    Raisa Mahu Peminat Selami Dua Sisi Berbeza Di ‘Raisa Ambivert Tour’

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore