• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home LifeXplore Kesihatan

Ini Kedudukan Tidur Yang Disarankan Untuk Mencegah Asid Refluks

by Jash Lee
September 26, 2020
29
KONGSIAN
Share on Facebook

Sekiranya anda adalah penghidap penyakit asid refluks, anda harus menitik beratkan posisi atau cara anda tidur. Kedudukan tidur yang salah sebenarnya boleh menyebabkan asid dalam perut akan naik, salah satunya ialah posisi tidur yang menghadap atau mengiring ke kanan.

Asid refluks adalah satu keadaan dimana asid di dalam perut mengalami refluks dan naik semula ke dalam saluran esofagus. Sebagaimana yang kita tahu, saluran makanan bermula dari mulut, kemudian masuk ke dalam saluran esofagus dan seterusnya masuk ke dalam perut. Di dalam perut, jus gastrik akan dirembeskan untuk mencerna makanan. Jus gastrik ini mengandungi asid hidroklorik yang berfungsi untuk membunuh kuman di dalam perut.

via holisticlivingtips.com

Penyakit asid refluks yang selalu terjadi dan dibiarkan berlanjutan boleh menyebabkan ia berubah menjadi penyakit yang lebih kronik yang disebut sebagai penyakit gastroesophageal reflux (GERD).

Tahukan anda mengapa gejala asid refluks ini akan bertambah buruk pada waktu malam? Ini adalah kerana pada siang hari, badan akan lebih tegak dan graviti akan membantu mengembalikan asid perut yang telah naik kembali ke perut dengan lebih cepat dan lancar.  Ia berbeza ketika kita tidur pada waktu malam. Semasa berbaring, air liur kurang dan proses menelan juga menjadi lambat dan ini akan membuatkan proses refluks kembali ke perut akan menjadi lebih sukar.

Oleh itu, dengan mengkaji kedudukan tidur yang baik bagi orang yang mengalami asid refluks  dapat dicegah. Terutamanya bagi yang selalu terjadi pada waktu malam. Jadi, jom kita tengok posisi tidur yang disyorkan bagi mencegah asid refluks ini dari terjadi.

Posisi Tidur Mengiring Ke Kiri

via happbless.com

Oleh kerana kedudukan perut berada di sebelah kiri, kedudukan lower esophageal sphincter (LES) juga akan lebih tinggi, yang boleh menyukarkan asid refluks pada perut. Walaupun asid perut mencapai LES, graviti akan memudahkannya kembali ke perut.

Selain itu, gejala asid refluks yang berlaku ketika anda tidur disebelah kiri anda cenderung lebih ringan dan kurang kerap jika dibandingkan dengan tidur secara mengiring ke sebelah kanan.

Oleh itu, tidur di sebelah kiri anda adalah posisi tidur yang sangat baik dan optimum bagi orang yang mengalami asid refluks dan GERD.

Tidur Dengan Kedudukan Kepala Lebih Tinggi

via Masrawy

Penyelidikan menunjukkan bahawa posisi tidur dengan mengangkat kepala agar lebih tinggi daripada kedudukan badan mempunyai kebaikan seperti berikut:

  • Mengurangkan kekerapan terjadinya refluks.
  • Membantu mengembalikan asid refluks ke dalam perut dengan lebih lancar dan cepat.

Namun, posisi tidur yang terbaik adalah dengan menggabungkan kedua-dua posisi ini secara optimum bagi mencegah terjadinya asid refluks.

Selain dari posisi tidur bagi mengelakkan terjadinya asid refluks, anda juga perlu hindari dari makan dekat dengan waktu tidur.

posisitiduryangsalah janganmenghadapkanan asdirefluks
https://lomp.at/ygyua
Share19Tweet4SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Berita

Berlari Sambil Menikmati Pesona Pantai Timur: Mesra Run 2025 Sarat Semangat & Kesedaran Mental!

by Zaidin Albert
October 15, 2025

Kami di MURAI baru-baru ini berpeluang menyertai Kempen Kesedaran Kesihatan Mental 2025 anjuran Mesra Mall, dan acara paling mencuri tumpuan...

Read more
Kesihatan

Nak Lari Dengan Selesa & Sarung Tanpa Bongkok? Skechers Ada Jawapannya…

Baru‑baru ini MURAI sempat cuba pasang kasut Skechers Hands Free Slip‑ins®: Max Run, dan boleh kata, jika anda seorang pelari yang nak gabungan...

Read more
by Phic ARMAN
November 14, 2025
via Instagram @shihazikir
Kesihatan

“Slowly But Surely”, Shiha Zikir Kembali Ke Berat Badan Asal Lepas Konsisten Bersenam

Berpeluh di pagi hari bukan sekadar rutin harian, sebaliknya lambang disiplin serta tanda kasih sayang terhadap diri sendiri. Itulah gambaran...

Read more
by Farah Fatihah
December 17, 2025
Kesihatan

Millenial Tak Rasa Umur Sendiri: Fenomena ‘Age Dysmorphia’ Kian Jadi Realiti

Fenomena generasi millenial yang tidak mengaku usia sebenar kembali menjadi bualan hangat di media sosial. Seorang TikToker, Helen McPherson, mendedahkan...

Read more
by Iffah Iffah
December 20, 2025
Kesihatan

Bagaimana Makanan Sihat Boleh Buat Murid Sekolah Jadi Lebih Kreatif? Ini Jawapannya…

Kanak-kanak bukan saja perlukan makanan sihat untuk kuat badan, tapi juga untuk otak dan imaginasi mereka. Makan Bijak Bersama Ayam...

Read more
by Phic ARMAN
December 1, 2025
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    VIDEO Keakraban Tunku Azizah & Permaisuri Suthida Selepas Raih Emas Buatkan Rakyat Terpesona

  2. 2

    Perodua Traz VS Toyota Yaris Cross: SUV Kembar, Harga Jauh Beza, Mana Sebenarnya Lebih Berbaloi?

  3. 3

    Kereta Mewah Siti Nurhaliza Di Program Rancakkan MADANI Pukau Peminat

  4. 4

    Lisa Surihani Kongsi Rasa Kagum Dengan Sarimah Ibrahim-“Terima Kasih Menjadi Inspirasiku..”

  5. 5

    Busana Madammu Raih Pujian, Netizen Terpesona di Pembukaan Flagship Store Noir

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore