Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Sukan

Kenapa Faiz Subri Tidak Bercakap Melayu Ketika Menyampaikan Ucapan?

by Phic ARMAN
January 11, 2017
Football Soccer - FIFA Awards Ceremony - Puskas Award - Zurich, Switzerland - 09/01/17. Mohd Faiz Subri receives the award. REUTERS/Ruben Sprich

Football Soccer - FIFA Awards Ceremony - Puskas Award - Zurich, Switzerland - 09/01/17. Mohd Faiz Subri receives the award. REUTERS/Ruben Sprich

Share on Facebook

Pemenang Anugerah Puskas Mohd Faiz Subri telah menjelaskan sebab mengapa dia tidak hanya memilih untuk bercakap dalam bahasa Melayu dalam ucapan ketika Majlis Anugerah berlangsung

Sebelum ini Faiz ada memberitahu pihak media bahawa beliau mahu bercakap Melayu jika menang Anugerah Puskas untuk gol terbaik 2016 dan juga akan memakai Baju Melayu tradisional.

nintchdbpict000293384708
thesun.co.uk

Tetapi niatnya untuk berbahasa Melayu tidak dapat mendapat kebenaran dari FIFA dan hanya membenarkannya untuk bercakap dalam Bahasa Inggeris, Sepanyol , Jerman atau Portugis.

Ini adalah kerana mereka tidak dapat menyediakan jurubahasa untuk majlis anugerah yang disiarkan secara langsung di seluruh dunia.

Menurut laporan dari Utusan Malaysia, Faiz juga terpaksa membatalkan hasratnya menyarungkan Baju Melayu kerana suhu sangat rendah di Zurich, Switzerland, yang telah mencapai serendah -3 darjah Celsius.

nintchdbpict000293392290
thesun.co.uk

Faiz berkata beliau agak gementar untuk memberi ucapan dan mengambil sedikit masa untuk dia mencari teks dalam telefon bimbitnya.

“Saya hanya diberi 30 saat untuk bercakap, jadi saya agak gementar. Saya sangat gugup kerana saya tidak dapat mencari teks ucapan dalam telefon saya, “kata Faiz.

Kecoh sebelum ini netizen mempersoalkan mengapa beliau tidak bercakap dalam bahasa Melayu ketika menerima anugerah itu dan ada juga yang mengkritik dia tidak bersedia dalam penyediaan teks ucapan.

faiz-subri-2016-fifa-awards_1g96sln26q0i61r9l7vq7tawp2

Walaubagaimanapun, ada juga yang tidak berpuas hati, FAM  tidak mendesak pihak penganjur sediakan penterjemah demi memastikan Faiz selesa berucap dalam bahasa lidahnya.

Apa-apa pun, hakikatnya Faiz memenangi anugerah ini kerana kakinya bukan kerana bahasanya dan rakyat Malaysia harus bangga dengan pencapaiannya, lebih-lebih lagi beliau adalah yang pertama di Asia memenangi anugerah tahunan sejak ia mula pada tahun 2009.

Sumber

https://lomp.at/c0swo
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

No Content Available
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  2. 2

    Wak Doyok Sasar Branniganz Suites Di Bukit Bintang-“Kereta Mewah… Semua Dah Ku Jual”

  3. 3

    Ramai Tak Tahu! Kampung Agong Di Penaga Ada Pemandangan Cantik Macam Luar Negara

  4. 4

    Wak Doyok Tak Setuju Fesyen Lelaki Terlalu Feminin: “Jangan Campur-Campur, Lelaki Tetap Lelaki”

  5. 5

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara