• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

“Insya-Allah Saya Akan Menjadi Seseorang Yang Sentiasa Diinginkan” – Luahan Dr Fie Buat Ramai Tersentuh

by Puteri Alia
November 12, 2025
2.5k
KONGSIAN
Share on Facebook

Luahan penuh emosi isteri kepada penyanyi terkenal, Ahmad Nubhan Ahamad, iaitu Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek atau lebih mesra disapa Dr Fie, sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila kata-katanya di InstaStory menyentuh hati para pengikut, khususnya kaum wanita.

Dalam perkongsian itu, Dr Fie mengakui dirinya masih dalam proses memperbaiki diri dan memerlukan masa untuk menjadi wanita yang lebih baik, meskipun menyedari usia bukan lagi muda. Ujar wanita berjiwa lembut itu, peranan sebagai isteri dan ibu bukan sesuatu yang mudah, malah ada hari-hari tertentu dia sendiri tidak mampu menanganinya sendirian.

“Setiap langkah saya sebagai seorang isteri, sebagai ibu masih dalam proses pembelajaran. Jika ada hari-hari saya tidak dapat menanganinya, bantu saya. Biar saya bersandar pada kalian dan pegang erat tangan saya. Tiada siapa yang memujuk, namun dengan kasih sayang, kesabaran dan sokongan yang lembut kalian, lebih mudah untuk saya menjadi wanita yang mengerti maksud sebuah kehidupan. Biar perlahan-lahan tetapi yang pasti suatu hari nanti Insya-Allah saya akan menjadi seseorang yang sentiasa diinginkan,” tulisnya penuh makna.

Luahan itu disertakan dengan emoji hati merah, menggambarkan ketulusan hatinya yang sedang berjuang menenangkan diri di tengah ujian rumah tangga yang dilalui.

Dalam hantaran berasingan, Dr Fie turut menitipkan pesan menyentuh jiwa buat tiga cahaya matanya, menzahirkan kasih sayang seorang ibu yang tidak akan pernah pudar.

“Anak-anakku sayang. Apabila dunia terasa berat, belajar dengan saya. Pegang tangan saya dan ingat saya akan sentiasa menjadi penyokong kuat kalian. Saya sebagai ibumu akan mencintai dan menyayangi kalian tanpa henti. Selamanya milikmu,” tulisnya ringkas namun sarat emosi.

Perkongsian tersebut datang selepas pelbagai spekulasi berhubung kemelut rumah tangganya dengan penyanyi kelahiran Akademi Fantasia itu. Pada September lalu, Nubhan difahamkan telah memfailkan tuntutan hadanah penuh serta interim terhadap tiga anak mereka di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Beri Penghargaan Kepada Nubhan, Netizen Puji Sikap Ibu Dr Fie- "Punya Ilmu & Cukup Adab"

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015 dan hidup bersama selama 10 tahun. Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aafiya Kamilia, 8, Ahmad Aaffan, 6, dan Afzan Nayillle, 3. Sebelum itu, Nubhan turut memfailkan permohonan pengesahan perceraian bagi dua lafaz cerai serta satu lafaz rujuk terhadap isterinya di Mahkamah Rendah Syariah Sepang.

Luahan Dr Fie yang tenang namun sarat dengan luka dan kekuatan itu mengundang simpati ramai, dengan rata-rata netizen menitipkan doa agar dia terus kuat demi anak-anak dan diberi ketenangan dalam setiap keputusan yang diambil.

Dr FieNubhan
https://lomp.at/p8mxd
Share983Tweet615SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

Aliff Syukri Titip Pesanan Kepada Netizen Kes Cerai Kamal Adli & Uqasha Senrose-“Biar Mahkamah Buat Kerja..”

by Naddy Joe
December 19, 2025

Usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri menitipkan pesanan buat para netizen untuk tidak menjadi api terhadap kes penceraian pasangan...

Read moreDetails
via Instagram @nadiaannuar
Lokal

‘Kalau Jumpa Lelaki Macam Ni, Sebelum Kahwin Sila Lari Jauh-jauh”- Nadia Annuar

by Farah Fatihah
December 25, 2025

Pengacara televisyen Malaysia, personaliti TV3, dan pengasas produk kosmetik, Nadia Annuar atau nama penuhnya Nadia binti Shahrul Annuar, sekali lagi...

Read moreDetails
Gossip

[VIDEO] Lan Pet Pet Mohon Maaf Secara Bersemuka Dengan Fazura, Netizen Puji!

by Naddy Joe
February 9, 2026

Nama salah seorang ahli kumpulan Senario iaitu Lan Pet Pet sebeum ini mencetuskan kritikan netizen selepas didakwa memberikan lawak yang...

Read moreDetails
Lokal

Safiey Ilias Dakwa Beby Maembong Tak Beri Kerjasama Isu Tuntutan RM80 Juta?-“Jangan Sembang Pacai..”

by Naddy Joe
January 6, 2026

Usahawan kosmetik sensasi, Safiey Illias baru-baru ini dilihat memfailkan tuntutan saman terhadap kakak kepada pelakon, Emma Maembong iaitu Beby Maembong...

Read moreDetails
Lokal

Mimi Lana Dedah Sikap Nabila Huda Ketika Dia Masih Baru Dalam Industri-“Saya Masih Ingat 10 Tahun Dulu..”

by Naddy Joe
February 10, 2026

Pelakon Mimi Lana mengakui industri hiburan tidaklah sekotor seperti yang digambarkan orang lain dan percaya setiap industri mempunyai baik dan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026- Golongan Manakah Yang Layak Terima?

  2. 2

    Pelancong Dakwa Terpedaya Harga Makanan RM2 Di Kawasan Tumpuan Pelancong

  3. 3

    Garfu Kayu Bentuk Kepala ‘Batman’ Undang Kritikan Netizen

  4. 4

    Tolak Cadangan Tunjuk IC, Penjelasan Khairul Aming Buat Ramai Terdiam- “Tak Semua Tahu PDPA Ni”

  5. 5

    Raisa Mahu Peminat Selami Dua Sisi Berbeza Di ‘Raisa Ambivert Tour’

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore