Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Intel Terbaru: Ejen Ali The Movie Kini Kembali Ke Pawagam

by Aphit J.
February 8, 2025
Share on Facebook

Primeworks Studios dan Wau Animation dengan bangganya mengumumkan tayangan semula Ejen Ali The Movie di pawagam seluruh Malaysia yang terpilih mulai 6 Februari 2025!

Menghidupkan Semula Semangat

Peminat akan dapat menghidupkan semula fenomena luar biasa yang pernah menggegarkan Malaysia, Singapura, dan Brunei pada tahun 2019.

Tayangan semula ini bukan sahaja untuk mengimbas kembali pengembaraan epik Ejen Ali di kota futuristik Cyberaya, tetapi juga memberi kejutan istimewa.

Buat pertama kalinya, tayangan ini akan menampilkan sedutan eksklusif berdurasi 5 minit dari Ejen Ali The Movie 2, yang membawa penonton ke dalam misi baharu Ejen Ali yang sarat cabaran.

Ejen Ali The Movie mencatatkan kejayaan luar biasa apabila meraih lebih RM30 juta dalam tempoh hanya enam minggu.

Ini sekaligus menjadikannya filem animasi tempatan dengan kutipan tertinggi sepanjang masa.

2019 dikenali sebagai ‘Tahun Animasi Malaysia’, dan filem ini telah memimpin gelombang animasi tempatan yang diterima ramai, mengatasi populariti animasi antarabangsa.

Memikat Pelbagai Negara

via Joe international

Sejak kemunculannya pada 2016, siri Ejen Ali telah memikat penonton dari pelbagai generasi, bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga di lebih 65 negara.

Filem animasi penuh aksi ini mengisahkan Ejen Ali, seorang budak lelaki berusia 12 tahun yang direkrut secara tidak sengaja menjadi ejen dalam organisasi perisikan MATA.

Ali terpaksa menghadapi cabaran besar apabila gajet IRIS-nya dinaik taraf kepada IRIS Neo, yang digunakan oleh ejen lain. Ketika rahsia tentang masa lalunya terbongkar, Ali mempersoalkan peranannya dalam MATA.

Tayangan semula ini menjadi momen untuk merasakan semangat Ejen Ali menjelang pelancaran sekuelnya, Ejen Ali The Movie 2.

Keterujaan semakin memuncak dengan lagu tema rasmi, “Hanya Kamu” oleh Dato’ M Nasir, yang kini boleh didengari di platform penstriman digital.

Joey Daud Kembali Gegar Industri Muzik Dengan “Wamwamsam” – Komedi Pop Rock Sarat Sindiran Sosial

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan pengembaraan epik Ejen Ali di pawagam mulai 6 Februari 2025!

m nasir
https://lomp.at/h0uwn
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @drchehafiz (IG)
Lokal

“Raya Akan Berbeza Sedikit”- Cetus Tanda Tanya, Julia Farhana & Suami Saling ‘Unfollow’ IG?

by Nurul A.
March 24, 2026

Tiada angin tiada ribu, secara tiba-tiba nama pelakon Julia Farhana Marin dan suaminya, Dr Che Muhammad Hafiz menjadi bualan. Semuanya...

Read moreDetails
Spotlight

“Jangan Bazir Duit Buat Lagu Raya!”- Eric Fuzi

by Phic ARMAN
February 27, 2026

Isu strategi artis baru keluarkan lagu raya kembali jadi perbincangan hangat selepas satu kenyataan pedas daripada Eric atau nama sebenarnya...

Read moreDetails
Lokal

Zahnita Wilson Nyaris Jadi Mangsa Scammer-“Hati-Hati Di Luar Sana..”

by Naddy Joe
February 26, 2026

Model dan usahawan terkenal, Zahnita Wilson mendedahkan mengenai dirinya yang hampir menjadi mangsa 'scammer', baru-baru ini. Kongsi Zahnita atau nama...

Read moreDetails
Lokal

Nadia Annuar ‘Sekolah’ Netizen Yang Minta Perempuan ‘High Maintenance’ Untuk Kekal ‘Single’-“Kau Ingat Kiteorang…”

by Naddy Joe
February 10, 2026

Pengacara, Nadia Annuar menyelar komen netizen yang menyifatkan para wanita 'high maintenance' untuk kekal bujang sehingga selamanya. "Perempuan yang high...

Read moreDetails
Lokal

Dari Tawa Hingga Gugur Air Mata, Ini 5 Buah Lagu Raya Yang Terbaik Untuk Anda!

by Naddy Joe
March 2, 2026

Bersempena Ramadan dan Syawal pada tahun ini, label hiburan terkenal, Rocketfuel Entertainment tampil dengan sebuah inisiatif istimewa menerusi pelancaran lima...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  4. 4

    Foto Keluarga Camelia Jadi Tumpuan, Wajah Anak Perempuan Salin Tak Tumpah!

  5. 5

    Ziana Zain Sudah Menamatkan Zaman Jandanya Dengan Seorang Ustaz? Peminat Terkejut Mengapa Kahwin Diam-Diam

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara