Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Iqbal Zulkefli Mahu Beri Nafkah RM1 Juta Kepada DSV Sekiranya Berkahwin

Beliau tidak kisah dikecam masyarakat kerana mereka tidak tahu keadaan sebenar.

by Naddy Joe
September 23, 2021
Share on Facebook

Bekas pembantu peribadi (PA) Datuk Seri Vida (DSV), Ahmad Iqbal Zulkefli tampil menjelaskan perkara sebenar mengenai tuduhannya yang dikatakan hanya mahukan harta jutawan kosmetik itu.

Individu Pertama Mencapai Jualan RM300,000 Sehari

View this post on Instagram

A post shared by Ahmad Iqbal Zulkefli (@ahmadiqbalzulkefli)

Menerusi Insta stories miliknya, Iqbal berkata bahawa tiada sebarang barangan berharga yang dihadiahkan padanya sehingga sekarang. Tambahnya, jika ada sekalipun dia menolak pemberitan tersebut kerana enggan dilabel sebagai individu yang cuba mengambil kesempatan terhadap DSV.

“Jika ada yang menuduh saya inginkan harta beliau, sejujurnya tiada barangan berharga yang beliau hadiahkan kepada saya sehingga sekarang. Jika ada pun, saya menolaknya kerana tidak mahu dianggap ambil kesempatan.

Untuk pengetahuan, saya orang pertama yang mencapai jualan RM300,000 sehari secara retail. Secara konsisten. Walaupun itu bukan tugas sebenar saya.”- tulis Iqbal

Percaya Jualan Produknya & DSV Akan Melonjak Naik Setelah Berkahwin

View this post on Instagram

A post shared by Ahmad Iqbal Zulkefli (@ahmadiqbalzulkefli)

Beliau menambah bahawa tidak perlu rasa hairan sekiranya beliau ingin memberikan nafkah sebanyak RM1 juta sebulan kepada DSV kerana percaya jualan produknya dan DSV akan melonjak naik setelah mereka berkahwin.

“Tidak perlu hairan jika saya mahu berikan nafkah RM1juta sebulan kepada beliau kerana saya percaya jualan produk saya & Dato Seri Vida akan berkali ganda melonjak naik setelah kami berkahwin.

Apa yang saya sebutkan bukan marketing semata-mata atau sekadar mahu gemburkan cerita sensasi.”-Jelas Iqbal

Tak Kisah Dikecam Masyarakat

Jelas nya lagi,beliau tidak kisah dikecam masyarakat memandangkan mereka tidak tahu akan keadaan dan situasi sebenar.

“Saya tidak kisah dikecam masyarakat kerana mereka tidak tahu keadaan sebenar. Namun saya risau Dato Seri Vida terus perlakukan begini jika berkahwin nanti.

Saya sudah sampaikan kepada beliau banyak kali, setiap hari, cuba perbetulkan semula segala yang telah pusingkan perkara berkaitan saya. Namun, tidak diendahkan.”-Tutur Iqbal

Sebelum ini, Iqbal pernah meluahkan rasa tidak puas hatinya apabila digelar anak ikan kepada jutawan kosmetik tersebut. Menurutnya, dia tidak mempunyai masa untuk menjadi anak ikan kerana tahu akan tahap kemampuan dirinya sendiri.

Ahmad Iqbal Zulkefli
https://lomp.at/nrbv1
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Berita

Abby Abadi Beri Respon Kenyataan Umisya-“Jangan Berlebihan Mereka-Reka Cerita…”

by Naddy Joe
April 1, 2026

Pelakon, Abby Abadi tampil memberi penjelas selepas kenyataannya mengenai rumah tangga anak perempuannya, Marissa Dania dan Aslam menimbulkan salah faham...

Read moreDetails
Gossip

Radin ERA Bersuara Selepas Dipersoal Netizen Tak Mulakan Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella ‘On Time’

by Naddy Joe
February 16, 2026

Penyampai radio dan pengacara, Radin ERA tampil memberi respon terhadap komen netizen yang mempersoalkan dirinya yang dikatakan tidak memulakan konsert...

Read moreDetails
Gossip

[VIDEO] Lan Pet Pet Mohon Maaf Secara Bersemuka Dengan Fazura, Netizen Puji!

by Naddy Joe
February 9, 2026

Nama salah seorang ahli kumpulan Senario iaitu Lan Pet Pet sebeum ini mencetuskan kritikan netizen selepas didakwa memberikan lawak yang...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  4. 4

    Wak Doyok Sasar Branniganz Suites Di Bukit Bintang-“Kereta Mewah… Semua Dah Ku Jual”

  5. 5

    Foto Keluarga Camelia Jadi Tumpuan, Wajah Anak Perempuan Salin Tak Tumpah!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara