Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Filem

iQiyi Tawarkan Baucer Istimewa Untuk Rakyat Malaysia Yang Mendapatkan Vaksin COVID-19

by Zaidin Albert
June 25, 2021
Share on Facebook

Peneraju penstriman hiburan Asia, iQiyi berganding bahu dengan Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) bagi memperkasakan usaha imunisasi dalam menyokong agenda Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) iaitu mensasarkan pencapaian 70-80% imuniti kelompok pada penghujung 2021.

Menerusi program ‘iQiyi Bersama Rakyat Malaysia’, iQiyi akan bekerjasama dengan CITF melunaskan langganan VIP iQiyi bernilai RM1.5 juta kepada orang ramai di seluruh negara yang telah divaksin.

Dengan lebih 3,000 kandungan Asia di platform iQiyi International diberikan secara percuma, iQiyi melaksanakan tanggungjawabnya dalam menyokong CITF bagi mendorong peningkatan pendaftaran dan kadar kehadiran untuk menerima suntikan vaksin COVID-19 melalui sokongan dan inisatif berasaskan ganjaran di seluruh tanah air.

Mengulas kerjasama ini, Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin berkata:

“Aspek penting bagi membendung penyebaran COVID-19 adalah kerjasama.  Gandingan padu pihak kerajaan dan swasta dapat menyebarkan mesej yang kuat dan jelas bahawa semua pihak memainkan peranan dalam mencegah penyebaran COVID-19 dan mempromosi kesedaran awam mengenai vaksin COVID-19.”

Foto: Sinar Harian

Khairy turut menegaskan bahawa CITF telah memperluas usaha imunisasi secara signifikan dengan memastikan akses kepada lebih banyak dos vaksin yang akan membolehkan bekalan mencukupi di seluruh negara. Pelaksanaan vaksinasi COVID-19 adalah disokong dengan membuka lebih banyak PPV termasuk PPV mega yang mempunyai kapasiti lebih besar untuk memberikan ribuan suntikan setiap hari dalam masa beberapa minggu akan datang. Selain itu, PICK turut disokong oleh program pemberian vaksin yang disediakan menggunakan kemudahan pandu lalu.

Sementara itu, Pengurus Besar iQiyi Malaysia, Singapura dan Brunei, Dinesh Ratnam berkata:

“Kami tahu betapa sukarnya tahun lalu bagi seluruh rakyat Malaysia. Kami sangat berbesar hati kerana diberi peluang untuk bekerjasama dengan CITF dengan menghadiahkan langganan percuma kepada rakyat Malaysia yang telah menerima vaksin COVID-19. Kami ingin menghiburkan orang ramai dengan kandungan hebat Asia ketika mereka berada di rumah seterusnya menjadikan masa yang diluangkan sepanjang PKP 3.0 terasa lebih seronok dan tidak membosankan.”

Cara untuk Mendapatkan Akses VIP iQiyi 2 Minggu Percuma

Bagaimana Mengaktifkan Kod Baucar iQiyi

Untuk butiran dan maklumat mengenai tawaran serta cara menebus baucar, log masuk ke:
iqiyibersamarakyat.com/

Iqiyi
https://lomp.at/wjjng
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @pureluxury.mag (IG)
Budaya

5 Filem Romantik Untuk ‘Netflix & Chill’ Dengan Si Dia Semasa Hari Kekasih 2026!

by Nurul A.
February 9, 2026

Tinggal lima hari sahaja lagi sebelum Hari Kekasih tiba! Untuk pasangan yang mahu mencipta momen yang paling romantis dalam suasana...

Read moreDetails
Filem

Balik Raya Asyik Kena Soal ‘Bila Nak Kahwin’? Iklan Raya “Bila” Arahan Nadhir Nasar Tayang 7 Mac Ini

by Farah Fatihah
March 6, 2026

Sempena kedatangan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang, Laugh Out Loud Entertainment Sdn Bhd melancarkan iklan Raya terbaharu berjudul “Bila”...

Read moreDetails
Foto - @kongtaomovie (IG)
Filem

Pelakon Filem Seram ‘Kong Tao’ Bakal Temui Peminat Di Penang & Lembah Klang!

by Nurul A.
March 9, 2026

Filem seram kerjasama Malaysia-Thailand, 'Kong Tao' bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 19 Mac 2026. Bersempena tayangan filem ini,...

Read moreDetails
Filem

5 Info Menarik Tentang “Tuhan, Benarkah Kau Mendengarku?” Yang Buat Hati Penonton Tak Tenang

by Phic ARMAN
February 8, 2026

Filem Indonesia memang terkenal dengan naskhah yang pandai main emosi. Yang terbaru, Tuhan, Benarkah Kau Mendengarku? kini bersedia pula mengetuk...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  2. 2

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  3. 3

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

  4. 4

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

  5. 5

    Ziana Zain Sudah Menamatkan Zaman Jandanya Dengan Seorang Ustaz? Peminat Terkejut Mengapa Kahwin Diam-Diam

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara