Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Irfan Haris Dedah Fattah Amin Jumpa Keluarga Sebelum Dekati Amira, Mula Mengorat Di Konsert TokTi

by Puteri Alia
September 11, 2025
Share on Facebook

Penyanyi Irfan Haris akhirnya membuka rahsia mengenai detik awal perkenalan kakaknya, Amira Othman dengan pelakon terkenal, Fattah Amin. Menurut Irfan, semuanya bermula secara tidak disangka ketika konsert biduanita negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza pada 14 Disember tahun lalu. Dari sekadar pertemuan ringkas, Fattah mengambil langkah berani untuk bertemu keluarga Amira sejurus selepas itu, sekaligus membuktikan kesungguhan dan keikhlasannya.

Irfan mengakui dia cukup kagum dengan cara Fattah mendekati kakaknya kerana tidak hanya menemui ibu bapa mereka, malah turut berjumpa semua ahli keluarga. Bagi Irfan, tindakan itu menunjukkan sikap seorang lelaki sejati. Bagaimanapun, dia sedikit terkilan kerana tidak dapat hadir pada pertemuan tersebut kerana terikat dengan jadual persembahan. Namun jauh di sudut hati, dia tetap bangga dengan pendekatan Fattah yang dianggap cukup gentleman.

Dalam sesi siaran langsung di TikTok, Irfan turut berkongsi bahawa hubungan Amira dan Fattah semakin akrab apabila Amira menghubungi pengurus Fattah untuk membincangkan kerjasama berkaitan muzik. Dari situ, Fattah mula mengambil inisiatif menyampaikan salam buat Amira. Sejak itu, bibit perhubungan mereka semakin mekar.

Irfan juga mendedahkan dia dan abang-abangnya sepakat menyokong perkenalan tersebut kerana melihat Fattah sebagai seorang lelaki matang, baik dan sesuai untuk kakaknya. Mereka yakin, selepas Fattah kembali solo tahun lalu, penampilannya di media sosial memperlihatkan sisi dirinya yang tenang dan matang.

Hubungan itu semakin erat apabila Amira dan Fattah bekerjasama menghasilkan kandungan lagu Bila Nak Kahwin. Malah, kata Irfan, buat pertama kali salam Fattah dikirim menerusi pengurusnya, Aca, yang ketika itu berada di Makkah menunaikan umrah.

Kini, segala teka-teki terjawab apabila Fattah membuat kejutan dengan mengumumkan bakal bernikah dengan Amira pada Ahad ini. Pengumuman penuh bermakna itu dilakukan sewaktu majlis pelancaran lagu duet Amira dan Irfan berjudul Rasa & Takdir pada 8 September lalu, sekaligus mengukuhkan lagi perjalanan indah cinta mereka.

Pengurus Ulas Isu Fattah Amin Bakal Berkahwin- "Kita Akan Kongsi, Tiada Sorok-Sorok"
Amira Othmanfattah amin
https://lomp.at/4hazy
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Spotlight

[VIDEO] Sebaknya Seorang Ibu… Amyza Tahan Tangis Terima Panggilan Takziah Zahid Hamidi

by Phic ARMAN
February 26, 2026

Suasana duka yang menyelubungi keluarga Amyza Adnan atas pemergian anak sulungnya, Andre Mikhail, terus meruntun hati ramai. Dalam kesedihan yang...

Read moreDetails
Foto - @emma_maembongofficial (IG)
Lokal

[VIDEO] Emma Maembong Akui Kunjungi Kelab Malam Di Miri- “Saya Masuk Dalam Keadaan Gembira”

by Nurul A.
February 4, 2026

Aktres Emma Maembong menjadi perbualan ramai selepas tampil menjelaskan kontroversi tular mengenai dirinya memasuki kelab malam di Sarawak baru-baru ini....

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Uyaina Arshad Berdebar Tunggu Detik Bersalin-“Adakah Nyawa Akan Terus Hidup Atau…”

by Naddy Joe
January 29, 2026

Pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad mengakui rasa takut apabila dia bakal menjalani pembedahan Caesarean (C-Section) cahaya mata ketiganya. "Takut Yang...

Read moreDetails
Lokal

Nedim Nazri Pertahan Nora Danish Dikecam Netizen Di Threads-“Jangan Persendakan Seseorang!..”

by Naddy Joe
March 4, 2026

Bekas suami kepada pelakon Nora Danish iaitu Nedim Nazri Aziz dilihat mempertahankan bekas isterinya yang dikecam netizen selepas memberi respon...

Read moreDetails
Foto - Beautifulnara
Lokal

Tarik Balik Tuntutan Cerai, Nora Ariffin Letak Syarat Kepada Suami

by Nurul A.
January 27, 2026

Nama penyanyi Datuk Nora Ariffin sekali lagi menjadi bualan ramai selepas membuat keputusan untuk menarik balik tuntutan permohonan cerai terhadap...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

  3. 3

    Siti Nurhaliza Selamba Balas Komen Lagu ‘Beraya Dengan Saya’, Ada Yang Kata Mirip Lagu Tamil?

  4. 4

    Kenali Isteri Ku Li, Madamme Alfi dan Kehidupan Keluarga Bahagia Mereka

  5. 5

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara