• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Asia

Diingati Oleh Anggota BTS, Mahu Perkuatkan Nama Di Malaysia…Ini 5 Perkara Menarik Tentang Isaac Woo!

Bagi mereka yang mengikuti perkembangan industri hiburan K-Pop, nama Isaac Woo bukanlah asing lagi.

by Arsiqin Yusof
May 19, 2022
Share on Facebook

Bagi mereka yang mengikuti perkembangan industri hiburan K-Pop,Isaac Woo bukanlah satu nama yang asing lagi.

Jejaka berusia 28 tahun ini mencipta sejarah apabila bergelar Kpop Idol pertama dari Malaysia. Murai MY berkesempatan bertemu Isaac Woo dalam satu acara anjuran WebTVAsia baru-baru ini.

Justeru, kami senaraikan lima perkara menarik tentang jejaka berbakat ini kepada anda semua!

Berasal Dari Kota Kinabalu

Pemilik nama lengkap Isaac Voo Kai Meng ini sebenarnya berasal dari Kota Kinabalu, Sabah. Meskipun sudah bergiat aktif di peringkat antarabangsa, Isaac yang kini masih seperti dahulu. Tanyalah apa sahaja dalam Bahasa Melayu, Isaac tentunya faham dan boleh membalas kembali dalam bahasa yang sama.

Perjalanan Kerjaya

Bercakap tentang pengembaraan kariernya, Isaac mengatakan dia jatuh hati untuk menceburkan diri dalam industri hiburan K-Pop selepas menonton persembahan kumpulan TVXQ yang dirasakan menarik dan penuh energi.

“Pada usia remaja, saya sama juga seperti orang lain, pergi ke sekolah seperti biasa. Saya mula mengenali industri K-Pop sejak berusia 15 tahun.

“Pernah satu hari, saya menonton televisyen dan terlihat persembahan kumpulan K-Pop, TVXQ. Saya terus jatuh hati dengan gaya persembahan dan tarian mereka yang luar biasa.

“Bermula sejak itu, saya menanam minat dengan lagu-lagu K-Pop dan memiliki impian untuk jadi seperti mereka suatu hari nanti,” katanya.

Minat BTS

Isaac bercerita lanjut tentang pengalamannya di Korea Selatan. Seperti kebanyakan pencinta industri K-Pop, Isaac juga sangat meminati kumpulan BTS.

Menurutnya, meskipun BTS sudah berada di puncak populariti dan mendapat sambutan hangat seluruh dunia, namun setiap anggota mereka sangat merendah diri dan bersikap mesra dengan artis-artis lain.

“Walaupun nama mereka (BTS) sudah besar di peringkat antarabangsa, tapi mereka sangat baik dan merendah diri dengan artis-artis lain tidak kiralah baru atau lama,” kata Isaac.

J-Hope Cam & Ingat Isaac Woo!

Sebelum ini, Isaac pernah membuat video cover menari ikut rentak lagu Idol yang dipopularkan BTS. Lebih menariknya, salah seorang anggota BTS iaitu J-Hope mengecam dan masih ingat Isaac berbuat demikian!

“J-Hope ingat saya! Dulu saya pernah buat video cover menari lagu Idol nyanyian BTS. Dia sangat mesra dan baik.

“Secara peribadi, saya sangat mengagumi kerja kuat BTS, mereka telah membuktikan tiada yang mustahil jika kita sentiasa kerja keras untuk mencapai kejayaan dan apa yang telah dicitakan,” katanya lagi.

Ikat Kontrak Di Malaysia

Isaac meletakkan hala tuju untuk mengembangkan sayap di negara sendiri pula. Oleh itu, dia telahpun menandatangani kontrak dengan syarikat rakaman Prodigee Asia Talent (PAT) dan berharap agar para peminat di sini dapat menyambut baik karya-karyanya.

“Saya mahu lebih dikenali di Malaysia, semoga masyarakat di sini menyedari kehadiran saya. Banyak lagi perancangan yang masih belum sempat saya laksanakan di tanah tumpahnya darah ini.

“Dengan bergelar anggota keluarga baru kepada PAT, saya harap saya dapat menonjolkan bakat sebaik mungkin dan bergandingan bersama beberapa artis tempatan selepas ini,” tuturnya menutup bicara.

Ketua Polis Negara Nafi Dakwaan Malaysia Jadi Pusat Operasi Hamas, Tegas Keselamatan Terkawal
Isaac Wook-popMalaysia
https://lomp.at/yhzp4
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

[VIDEO] Zahnita Wilson Kongsi Hasil Solekan Alha Alfa, Curi Perhatian Netizen

by Naddy Joe
December 3, 2025

Model dan usahawan terkenal, Zahnita Wilson mencuri perhatian netizen selepas berkongsi video di media sosial miliknya, baru-baru ini. Zahnita atau...

Read moreDetails
Lokal

“Welcome to Jail”-Tentera Israel Sindir Hazwani Helmi Hanya Kerana Mahu Bantu Penduduk Gaza

by Puteri Alia
October 6, 2025

Menjadi antara aktivis kemanusiaan yang ditahan dalam misi Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza, penyanyi Hazwani Helmi tidak akan melupakan...

Read moreDetails
Screenshot
Lokal

[VIDEO] Telatah Lucu Elly Mazlein Merajuk Kena ‘Palau’ Dengan Suami, Cetus Rasa Terhibur Netizen & Rakan Selebriti!

by Naddy Joe
October 28, 2025

Pelakon, pelawak dan pengacara Elly Mazlein atau lebih mesra disapa sebagai Kak Lina Kepom mencuri perhatian netizen dan rakan selebriti...

Read moreDetails
Foto - @bollywood_dream (IG)
Bollywood

Akshaye Khanna Hampir Jadi Suami Karisma, Perkahwinan Dibatalkan Kerana…

by Nurul A.
November 19, 2025

Suatu ketika dahulu, aktres Bollywood Karisma Kapoor hampir menjadi menantu keluarga Bachchan. Ketika itu, aktres jelita ini bertunang dengan Abhishek...

Read moreDetails
via TikTok/@leonathe2nd
Lokal

[VIDEO] Leona Raih Perhatian Berjoget Dalam Kereta Sambil Layan Muzik ‘Jedag Jedug’

by Iffah Najwa
December 10, 2025

Pempengaruh media sosial, Kasih Iris Leona Azhar atau Leona, sekali lagi mencuri tumpuan ramai selepas satu video di TikTok memaparkan...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Engku Imran Titip Penghargaan Buat Soraya Ann, Anak Aisyah Sinclair

  2. 2

    ‘Happy Wife, Happy Life’, Netizen Cair Tengok Suami Jannah Nick Pandai Jahitkan Topi Isteri

  3. 3

    Anak Vincent Tan, Chryseis Tan Dedah Wajah & Nama Cahaya Mata Ketiga Bersama SM Faliq

  4. 4

    [VIDEO] Ifa Raziah Redha Terpaksa Berpisah Dengan Pembantu Rumah-“16 Tahun Bukan Masa Yang Singkat..”

  5. 5

    Ariff Bahran Kesal Diperlekehkan ‘Otai Konsert’ Isu Ditipu Penganjur?-Saya Mengaku Masih Baru Tapi..”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore