Sunday, August 3, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

‘Nabila’s Trauma’- Ceddy Ang Bersuara Isu Nabila Huda

Ceddy juga menyatakan dengan jelas bahawa dia berpihak kepada Nabila dalam hal ini.

by Phic ARMAN
July 16, 2025
via Instagram Nabila Huda

via Instagram Nabila Huda

31
KONGSIAN
Share on Facebook

Jarang-jarang nak nampak Ceddy Ang masuk campur hal kontroversi, tapi bila timbul isu Nabila Huda dikecam kerana dikatakan ‘tidak matang’ dalam mengurus konflik dengan ibu tirinya, Nourish Hassan, dia tampil bersuara di Threads mempertahankan aktres itu.

VIA THREADS @ceddyornot

Menurut Ceddy, ramai yang terlalu mudah menuding jari tanpa memahami situasi sebenar yang dialami oleh Nabila. Katanya, orang luar tidak berhak untuk downplay atau memperkecilkan trauma seseorang, lebih-lebih lagi bila mereka sendiri tidak berada di tempat Nabila.

“Terkejut tengok nama I dipetik!! But tulah, jarang I komen pasal topik ni tapi tak suka orang yang downplay someone’s trauma. Entahlah nak buat rage bait ke apa but annoying kekadang,” tulisnya di Threads.

Ceddy juga menyatakan dengan jelas bahawa dia berpihak kepada Nabila dalam hal ini. Baginya, trauma yang dialami seseorang tidak semudah itu untuk dilupakan atau “diselesaikan” hanya kerana sudah berusia atau sudah bertahun berlalu.

“Nabila’s trauma,” katanya ringkas tetapi penuh makna.

Bagaimanapun, ada juga netizen yang keliru dengan kenyataan itu dan bertanya, trauma pada siapa? Ceddy kemudian menjawab:

“Sampai bila-bila pun dia masih ingat. Itu yang I nak sampaikan.”

Sebelum ini, Nabila Huda dikecam oleh sesetengah pihak kerana dianggap tidak matang dalam menangani isu bersama ibu tirinya walaupun sudah berusia 41 tahun. Namun, bagi Ceddy, usia tidak menentukan sama ada seseorang sudah benar-benar pulih daripada trauma yang pernah dilaluinya.

via Instagram Nabila Huda

Murai setuju juga dengan pandangan ini, kadang-kadang orang hanya nampak luaran, tetapi tidak pernah tahu apa yang berlaku dalam hati dan kepala seseorang. Lebih baik beri ruang dan hormat kepada mereka yang pernah terluka, daripada cepat menghukum.

Amy Search Muncul di IPD Shah Alam Bersama Isteri, Netizen Tertanya-Tanya Tindakan Susulan Isu Shila Amzah
Ceddy Angnabila hudaNourish Hassan
Share12Tweet8SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Erra Fazira Pasrah Tapi Awie Balas- ‘Bohong…’

  2. 2

    [VIDEO] Diana Danielle Menari Bersama Anak-Anak, Lain Pula Yang Netizen Terpegun!

  3. 3

    Layan Lebih 400 Drama & Main Game Dalam Satu Apps? Ya, Dengan Tune Talk, Bukan Untuk Semak Baki Jer…

  4. 4

    Rahsia Terbongkar! Shopee 7.7 Buat Ramai Senyum Sampai Telinga, Siapa Cepat Dia Dapat

  5. 5

    “Ramai Kurang Senang, Kami Tidak Menyiarkan Episod Tersebut”- Asyraf Khalid

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem