Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Isteri Fizi Ali Bersuara Selepas Dituduh Campur Tangan Pendaftaran Sekolah Ameena!-“Saya Sedar Saya Mak Tiri…”

by Naddy Joe
March 24, 2025
Share on Facebook

Pelakon, Fizi Ali sebelum ini tampil membalas kenyataan bekas isterinya yang juga pelakon, Shakilla Khoriri mengenai isu pendaftaran sekolah serta pihak yang mengaku sebagai penjaga utama anak perempuan mereka, Ameena Sofea.

Fizi menerusi sebuah hantaran di Instagram yang telah dipadam, menegaskan bahawa isterinya iaitu Siti Zulaikha sama sekali tidak terlibat dalam isu tersebut seperti yang didakwa sesetengah pihak di media sosial.

“Yang pasal sekolah…Apa jadah bini aku nak daftarkan anak tiri dia? Macam tak masuk akal langsung. Apa yang belah sana cakap semua korang percaya.

Sebab apa? Sebab dia mak? Dia perempuan? Habis tu isteri saya? Bukan perempuan? Bukan mak? Korang nak dok buli-buli macam ni??

Mak tiri layan anak tiri baik-baik korang kecam. Mak tiri dera anak dia korang kecam. Korang nak macam mana lagi??-tulis Fizi di Instagram

Rakan Selebriti Beri Respon

Perkongsian Fizi yang telah dipadam itu turut mendapat respon oleh salah seorang rakan selebriti iaitu Idzham Ismail yang mempersoalkan tindakan pihak yang membangkitkan isu pendaftaran sekolah anak.

“baru cakap bab ni semalam. Pasal daftar sekolah pun jadi isu ke?

Yang backup dekat post media tu kelakar. Jenis tak fikir punya mak-mak. Apa-apa kita sentiasa buat terbaik untuk anak.”-komen Idzham Ismail

Isteri Fizi Ali Beri Penjelasan!

Dalam pada itu, isteri kepada Fizi Ali iaitu Zulaikha tampil memberi respon terhadap komen salah seorang netizen yang mengkritiknya campur tangan isu pendaftaran sekolah anak tirinya itu.

Jelas Zulaikha, dia sebagai ibu kepada dua cahaya mata sudah mengambil maklum mengenai sistem idme dan tidak akan menyusahkan dirinya untuk menguruskan pendaftaran sekolah Ameena disebabkan ibu dan bapa kandungnya yang masih hidup.

“Awak, kita ni kalau jadi orang luar pun rilek-rilek je. Tak pernah pula saya menafikan Ameena ni ada mak kandung. Saya pun sedar diri saya mak tiri.

Saya dah pakai sistem idme ni beberapa tahun dulu disebabkan anak saya sekolah cina dari darjah 1 & pra sekolah 2 tahun cina.

Dah tentu penjaga utama tu atas nama saya sebelum saya berkahwin dengan Fizi Ali. Tapi bila dah kahwin, Cikgu kelas yang suruh update details suami terkini dan tanggungan di bawah suami.”-jelas Zulaikha

Apa komen anda?

Lebih Dari 10 Selebriti Popular di MITEC Hujung Minggu Ini, Apa Jadi?
Fizi Alishakilla khoriri
https://lomp.at/yd3u5
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @marissadania_ (IG)
Lokal

“Saya Tak Dapat Hak Isteri Yang Sepatutnya, Seadilnya”- Luahan Marissa Dania Undang Kecaman

by Nurul A.
March 31, 2026

Selepas pempengaruh Umisya Mazlan memuat naik hantaran di Threads, meminta orang ramai tidak mengaitkan dirinya dalam isu rumah tangga suaminya,...

Read moreDetails
Foto - @adamcorrielee (IG)
Lokal

Adam Corrie Kenang Pengalaman Pertama Berpuasa- “Saya Takut Emak Marah”

by Nurul A.
February 19, 2026

Pelakon Adam Corrie Lee Abdullah baru-baru ini mencuri perhatian ramai selepas berkongsi pengalaman peribadinya berpuasa semasa bulan Ramadan. Berdasarkan perkongsian...

Read moreDetails
Foto - @wafarienaroslan (IG)
Lokal

Pinggul Wafariena Roslan Jadi Perhatian- “Saya Suka Macam Kim K”

by Nurul A.
March 12, 2026

Baru-baru ini nama pelakon Wafariena Roslan menjadi bualan ramai selepas muncul beberapa dakwaan bahawa dia telah melakukan pembedahan kosmetik bagi...

Read moreDetails
Lokal

Program Realiti Drama Masakan ‘Dapur Goodday’ Kini Kembali

by Naddy Joe
February 28, 2026

Program realiti drama masakan yang pertama seumpamanya di Malaysia, Dapur Goodday kembali dengan musim kedua. Menemui penonton bermula 18 Februari,...

Read moreDetails
Lokal

Anzalna Nasir Mahu Turun Padang Bantu Keluarga Yang Memerlukan Bantuan-“Semoga Sedikit Usaha Ini…”

by Naddy Joe
February 23, 2026

Pelakon, Anzalna Nasir meluahkan rasa pilu setiap kali berbuka puasa di bulan Ramadhan apabila mengenangkan pihak yang tidak berkemampuan tidak...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  2. 2

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    Foto Keluarga Camelia Jadi Tumpuan, Wajah Anak Perempuan Salin Tak Tumpah!

  5. 5

    Ziana Zain Sudah Menamatkan Zaman Jandanya Dengan Seorang Ustaz? Peminat Terkejut Mengapa Kahwin Diam-Diam

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara