Pelakon, Harris Annuar berkongsi khabar gembira apabila isterinya yang juga pelakon, Asha Merican disahkan hamil cahaya mata kedua, baru-baru ini.
Menerusi video yang dimuatnaik di Instagram, Asha kelihatan berdebar untuk melihat keputusan ujian pada alat penguji kehamilan yang dilakukan sebelum dia dan Harris berpelukan bersama selepas mengetahui dia kini sedang berbadan dua. Harris pula sempat meninggalkan kapsyen mengusik isterinya agar tidak mengidam bau simen lagi.
“Alhamdulillah. jangan dia minta bau simen lagi sudah 😅❤️.”-kapsyen Harris Annuar di Instagram
“Dia Minta Bau Diesel Pulak Lepas Ni..”
Di ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan netizen memberikan ucapan tahniah di atas kehamilan kedua Asha, malah ramai yang mendoakan agar segala urusan kehamilan dipermudahkan sehingga ke hari bersalin kelak.
“Alhamdulillah, congrats 🥹.”-Dini Schatzmann
“Alhamdulillah congratulations 😍.”-Eyra Hazali
“MasyaAllahhhh alhamdulillah… Medina dapat adik 😍.”-Yasmin Hani
“Yay boleh main double dah lepas ni, 2v2!.”-Imran Aqil
“Dia tak minta bau simen, dia minta bau diesel pulak lepas ni 😂😂.”
“Alhamdulillah..Doakan saya ada rezeki lepas nie jugak..TTC 14 tahun..Semoga Allah makbulkan doa saya..Aamiinn❤️.”
“Teringat dia pergi tangga kecemasan kot sebab nak bau simen.”
“Jangan petrol, petrol mahal 😂.”
Sekadar info, Harris Annuar dan Asha Merican mendirikan rumah tangga pada 11 Jun 2022. Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan seorang anak perempuan, Aura Medina.






