Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Isteri Nubhan Dedah ‘Orang Ketiga’ Pernah Bermalam Di Rumah Mereka, Tapi Enggan Panjangkan Isu

by Puteri Alia
October 20, 2025
17
KONGSIAN
Share on Facebook

Kekal tenang tanpa sebarang emosi keterlaluan, isteri kepada penyanyi dan usahawan terkenal, Nubhan, iaitu Dr. Afifah Hidayah Ahmad Tawfek, memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai dakwaan yang mengaitkan seorang wanita sebagai orang ketiga dalam rumah tangganya. Menurut doktor gigi berusia 36 tahun itu, dia lebih selesa menyerahkan urusan tersebut kepada suaminya untuk menjawab, apatah lagi mereka berdua sudah pun memberi maklum balas selepas prosiding di Mahkamah Rendah Syariah Sepang, baru-baru ini.

“Minta maaf ye. Saya dah bagi respons sebelum ini (di mahkamah). Atau pun cuba tanyakan kepada Nubhan sendiri,” ujarnya ringkas ketika dihubungi. Difahamkan, Nubhan yang juga merupakan penyanyi dan ahli perniagaan kini masih berada di Korea Selatan bersama ibunya, Mak Jenny, sejak minggu lalu.

Ketika ditanya sama ada mengenali wanita yang dikaitkan dengan kontroversi itu, Dr. Afifah atau lebih mesra disapa sebagai Dr. Fie tidak menafikan perkara tersebut. “Memang dia merupakan kenalan Nubhan, pernah datang dan bermalam di rumah kami,” katanya jujur.

Terdahulu, anak kepada wanita yang dituduh sebagai punca pergolakan rumah tangga pasangan itu tampil membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Shah Alam, Selangor. Langkah itu diambil bagi membersihkan nama keluarga mereka daripada sebarang fitnah yang kini tular di media sosial. Mereka juga menegaskan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang menyebarkan atau memanipulasi foto peribadi sehingga mencetuskan kekeliruan dan tuduhan tidak berasas.

Sebelum ini, pada 16 Oktober lalu, kes permohonan pengesahan perceraian difailkan oleh Nubhan terhadap isterinya telah disebut di Mahkamah Rendah Syariah Sepang. Laporan mengenainya yang disiarkan sehari sebelum prosiding berlangsung mengejutkan ramai pihak, memandangkan pasangan ini sebelum ini pernah berdepan episod sama pada tahun 2017 ketika Dr. Fie sedang hamil anak pertama. Mereka bagaimanapun kembali rujuk dalam tempoh idah.

Nubhan Nafi Wujud Orang Ketiga, Anggap Tuduhan Fitnah Terhadap Wanita Sakit Buah Pinggang Sebagai Kejam

Nubhan sebelum ini hanya menjelaskan punca utama keretakan hubungan adalah kerana tiada lagi persefahaman antara mereka. Namun, spekulasi mengenai kewujudan orang ketiga terus hangat diperkatakan di media sosial. Bagaimanapun, penyanyi kelahiran Akademi Fantasia musim keenam (AF6) itu menafikan dakwaan tersebut ketika ditemui selepas prosiding.

Tidak lama kemudian, beberapa gambar menunjukkan Nubhan dan Dr. Fie bergambar beramai-ramai bersama beberapa individu, termasuk wanita yang dikaitkan dalam isu tersebut, mula tersebar. Walaupun situasi itu menimbulkan pelbagai tafsiran, Dr. Fie tetap memilih untuk berdiam diri dan kekal tenang, seolah-olah enggan menambah bara dalam situasi rumah tangga yang sedang diuji.

Dr FieNubhan
https://lomp.at/vrt17
Share7Tweet4SendShare

KINI TRENDING

Gossip

Janna Nick Tampil Mohon Maaf, Undang Pelbagai Reaksi Netizen-“Diam Lebih Baik…”

by Naddy Joe
January 27, 2026

Pelakon, Janna Nick tampil membuat permohonan maaf disebabkan hantarannya yang boleh mencetuskan spekulasi mana-mana pihak. Permohonan maaf tersebut dibuat selepas...

Read moreDetails
Foto - @azirashafinaz (Threads)
Lokal

Penampilan Azira Shafinaz Mengenakan Busana Ketat Tuai Kecaman

by Nurul A.
February 10, 2026

Penyanyi kumpulan De Fam dan pelakon, Azira Shafinaz menjadi tumpuan ramai selepas berkongsi beberapa gambarnya ketika sambutan Tahun Baru Cina...

Read moreDetails
Gossip

[VIDEO] Lan Pet Pet Mohon Maaf Secara Bersemuka Dengan Fazura, Netizen Puji!

by Naddy Joe
February 9, 2026

Nama salah seorang ahli kumpulan Senario iaitu Lan Pet Pet sebeum ini mencetuskan kritikan netizen selepas didakwa memberikan lawak yang...

Read moreDetails
Spotlight

“Saya Ingatkan Orang Malaysia Dah Educate”- Waheeda Simpati Dengan Siti Nurhaliza

by Phic ARMAN
March 2, 2026

Nama penyanyi dan penceramah bebas, Waheeda, kembali jadi sebutan apabila kenyataannya mengenai isu telekung dan aurat tular di media sosial....

Read moreDetails
Foto - Daily Mail UK
Asia

[VIDEO] Wajah Asli Terbongkar, Influencer Kecantikan China Hilang 140 Ribu Pengikut

by Nurul A.
February 22, 2026

Seorang influencer (pempengaruh) kecantikan yang berasal dari China didakwa kehilangan ratusan ribu pengikut media sosial selepas wajah sebenarnya terbongkar secara...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

  3. 3

    [VIDEO] Mimi Peri Tuai Kecaman, Akui Suka Lelaki Kampung Kerana Bebas HIV

  4. 4

    Isteri Pertama Najib Razak Yang Ramai Tak Tahu! Ramai Kata Puteri Zainah Mirip Tun Rahah

  5. 5

    Tamatkan 18 Tahun Perkahwinan Dengan Anak Rosmah, Fazley Yaakob Umum Perceraian Dengan Isteri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara