Sunday, August 10, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Gossip

Isu Permohonan Cerai: Mengapa Netizen Anggap ‘Karma” Buat Hanez?

by Phic ARMAN
January 24, 2017
Photo: rotikaya.com

Photo: rotikaya.com

49
KONGSIAN
Share on Facebook

Pergolakan rumah tangga Hanez Suraya pernah menjadi liputan meluas beberapa bulan lalu ini sehinggalah semalam digemparkan apabila, Hanez sudahpun memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah terhadap suaminya Romie Razin Adilha Abd Rais.

Hanez yang hanya diwakili peguamnya juga pernah memberitahu mengenai keinginannya untuk aktif berlakon awal tahun ini namun suaminya tidak mengizinkannya kembali ke dunia seni. Pasangan yang berkahwin pada 25 Mac 2015 itu dikurniakan seorang anak perempuan, Puteri Aleesya, 13 bulan.

Kontroversi yang melibatkan pelakon ‘Love You Mr Arrogant’ seperti tiada noktahnya. Kisah silam dan isu sensasi masih kuat menjadi ingatan pengikutnya. Kalau dilihat pada kronologi kisah hidup Hanez, ada netizen yang menganggap ini adalah karma buat Hanez. Namun tidak kurang juga ada netizen yang mempertahankan yang menyifatkan ini tiada kena mengena langsung dengan karma. Semua yang terjadi adalah suratan dan takdir yang Hanez terima dengan redha.

Kredit Foto: Rotikaya.com

Pada tahun 2012, Hanez pernah dikatakan bercinta dengan penyanyi Awi Rafael dan hubungan mereka putus kerana kontroversi kononnnya bekas teman wanitanya itu merampas suami orang dan isu itu masih diperkatakan sehingga ke hari ini.

Kemudian sekali lagi Hanez menggemparkan dunia hiburan apabila dikecam merampas suami orang. Awal tahun 2014, Hanez mengadakan sebuah sidang media di mana dia telah menafikan sebagai punca keretakan rumah tangga. Hanez mengakui tidak takut kepada balasan ataupun karma gara-gara kejadiannya dikatakan merampas suami.

hanezsuraya
Kredit Foto: Rotikaya.com

Kontroversi membabitkan pelakon sensasi, Hanez Suraya menjadi semakin panas apabila bekas isteri suaminya, tampil menemui media menjelaskan hal sebenar. Selepas pelbagai kata kata dilemparkan kepada Hanez, dia tampil untuk membersihkan dan meminta bekas isteri suaminya, Nurliyana Manan untuk meminta maaf secara terbuka.

"Next week pulangkan Han&Yuki aku nak semua ni sekali"- Cik Epal Minta Bekas Suami Pulangkan Barangnya Cecah RM5K

Pada penghujung tahun 2014, akhirnya Romie dan Nur Liyana Manan sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah di Kuala Lumpur. Setelah pelbagai kontroversi melanda, akhirnya Hanez dan Romie telah disatukan sebagai suami isteri pada bulan Mac tahun 2015.

Mengenai isu Hanez bakal bercerai ini, dia masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi berkaitan perkara berkenaan. Mungkin Hanez menunggu masa yang yang sesuai untuk menceritakan perkara yang sebenar pada media.

hanez-suraya-4

Sumber 

ceraihanez surayapenceraianromieSelebriti
https://lomp.at/3622j
Share20Tweet12SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Abby Abadi Kongsi Momen Makan Malam Di Rumah Marissa Dania, Netizen Terharu!

  2. 2

    [VIDEO] Erra Fazira Pasrah Tapi Awie Balas- ‘Bohong…’

  3. 3

    Wajah Ibunda Tengku Amir Shah Dalam Majalah Lama Buat Netizen Terpukau

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Terhibur Aliff Syukri ‘Kalah’ Dengan Pujukan Qadejah- “Abah Belikan Amayan Jam”

  5. 5

    [VIDEO] Amira Othman Beri Kek Kepada Fattah Amin, Lain Pula Yang Netizen Dengar

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem