Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz

Isu T&C Rembayung Undang Reaksi Netizen, Ada Yang Sokong, Ada Yang ‘Triggered’

by Noe
January 5, 2026
via e.central/ freepik

via e.central/ freepik

46
KONGSIAN
Share on Facebook

Sebuah bebenang di Threads mencetuskan perbincangan hangat apabila menyentuh soal terma dan syarat (T&C) tempahan restoran Rembayung milik pempengaruh dan personaliti masakan terkenal, Khairul Aming.

Isu yang dibangkitkan nyata mengundang pelbagai reaksi warganet, daripada yang memahami, sehinggalah yang menganggapnya terlalu ketat.

“Nak Makan Sorang Pun Jadi Isu?”

Antara perkara yang dipersoalkan netizen termasuk keperluan minimum bilangan pelanggan untuk membuat tempahan, had tempoh tempahan hanya tujuh hari, serta sistem dalam talian yang didakwa mudah ‘crash’.

Ada juga yang mempersoalkan mengapa tidak menggunakan kaedah lebih ringkas seperti Google Form.

Namun, menurut perkongsian tersebut, kebanyakan isu ini sebenarnya telah dijelaskan lebih awal oleh pihak pengurusan Rembayung, termasuk rasional di sebalik setiap T&C yang ditetapkan.

Malah, penulis bebenang berpendapat tanpa peraturan jelas, urusan tempahan mungkin akan menjadi lebih kelam-kabut.

Netizen Berbelah Bahagi, Tapi Ramai Pertahankan

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen tampil mempertahankan pendekatan restoran itu.

Ada yang menyatakan bahawa pelanggan yang benar-benar ingin berkunjung lazimnya akan mencari jalan penyelesaian, seperti membuat tempahan dua orang walaupun hadir seorang, atau menyesuaikan diri dengan peraturan sedia ada.

Tidak kurang juga yang menyindir sikap sesetengah pihak yang lantang bersuara tetapi belum tentu membuat tempahan. Bagi mereka, restoran berhak menetapkan polisi sendiri selagi dimaklumkan secara telus kepada pelanggan.

“Dan katakan nak makan sorang, ambil reservation 2 pax dan pay RM20 deposit. When you sampai, they are going to place you on a table and pay the balance.”

“Biasanya yg bising-bising ni tak booking pun. Yang betul-betul nak dan dah booking tu kemudian fikir la cemana hahaha.”

“Ada yang demand no salt no sugar semalam aku dah out of words dan vocab dah nak mencarut.”

“Macam KA bukak restoran tu dengan donation org ramai pulak kena dengar cakap diorang. Dasar tak pandai patuhi tnc!”

via Thread /@kayniys
via Thread /@vchtrasogan8
via Thread /@syazmn
via Thread /@annonibos

Hak Pemilik, Hak Pelanggan

Dalam landskap perniagaan makanan yang semakin kompetitif, isu seperti ini bukanlah perkara baharu.

Fenomena 'Reseller' Di Kedai Barangan Terpakai Cetus Rasa Tidak Selesa Pengunjung

Sebahagian netizen melihat kritikan berlebihan seolah-olah pemilik restoran perlu mengikut semua kehendak pelanggan, sedangkan hakikatnya setiap perniagaan mempunyai kebebasan menentukan operasi mereka sendiri.

Apa pun, perdebatan ini mencerminkan realiti masyarakat hari ini yang pantas memberi pandangan, namun berbeza tahap penerimaan.

Rembayung mungkin bukan untuk semua, tetapi bagi penyokongnya, peraturan yang jelas adalah harga yang wajar untuk pengalaman makan yang tersusun.

isu tncKhairul Amingkomen pedas netizennetizen mengadarembayunsuara netizen
https://lomp.at/gk4j7
Share18Tweet12SendShare

KINI TRENDING

Insentif

Ramai Tak Tahu! Ini Tips Mudah ‘Check’ Barang MyKasih Supaya Tak Tersangkut Di Kaunter

by Phic ARMAN
March 2, 2026

Ramai masih keliru bila bercakap tentang bantuan MyKasih. Sebenarnya ia adalah bantuan makanan tanpa tunai yang dikreditkan terus ke dalam...

Read moreDetails
Insentif

Balik Kampung CNY Lebih Jimat, Diskaun Tol 50% Bermula 14 Februari ini

by Ayu Kamaruddin
February 12, 2026

Berita baik untuk rakyat Malaysia yang bakal pulang beraya Tahun Baharu Cina nanti, kerajaan mengumumkan diskaun tol 50% bagi Kenderaan...

Read moreDetails
via imagefx
Sosial Buzz

“Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

by Noe
March 2, 2026

Satu perkongsian di media sosial baru-baru ini mengundang perhatian ramai apabila memaparkan perbualan ringkas antara seorang pelanggan dan rider penhantaran...

Read moreDetails
Update

Gesture Tangan Ikonik! Ras Adiba Kongsi Sisi Peribadi Karam Singh Walia Yang Ramai Tak Tahu

by Phic ARMAN
April 6, 2026

Jasad bekas wartawan penyiaran TV3, mendiang Dato' Karam Singh Walia, yang meninggal dunia awal pagi tadi, telah selesai menjalani proses...

Read moreDetails
Berita

Raya 20 atau 21 Mac? Penentuan Syawal 1447H Bergantung Cerapan Hilal Malam Ini

by Ayu Kamaruddin
March 19, 2026

Penentuan tarikh Hari Raya Aidilfitri 2026 kini menjadi perhatian ramai apabila umat Islam di Malaysia bakal mengetahui keputusan rasmi pada...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “RM7.80 Je Pun?” – Sikap Sambil Lewa Layan Pelanggan Cetus Rasa Tidak Puas Hati

  2. 2

    Putera Jefri Ibrahim di Johor Motorsports Racing (JMR) Curi Perhatian, Ramai Kagum Dengar ‘British Slang’

  3. 3

    Ramai Tak Tahu! Kampung Agong Di Penaga Ada Pemandangan Cantik Macam Luar Negara

  4. 4

    Nampak Bersih, Tapi Sebenarnya Tidak? Pendedahan Tentang Cacing Dalam Badan Buat Ramai Tersentak

  5. 5

    Anne Ngasri Dilantik Sebagai Pengerusi Hotel Premiera Kuala Lumpur

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara