• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Izreen Akui Tidak Pernah Ganggu Rumah Tangga Ude Sebelum Ini, Dakwa Intan Berhalusinasi

by Puteri Alia
December 12, 2023
Share on Facebook

Umum berpendapat bahawa kehadiran orang ketiga umpama racun dalam perhubungan suami isteri yang merosakkan kerukunan rumah tangga yang dibina oleh sesebuah pasangan.

Namun gelaran ‘penyondol’ kepada wanita yang mengahwini suami orang didakwa adalah tidak tepat malah memberi gambaran buruk tentang perkara yang dihalalkan dalam Islam.

Sebelum ini, pendakwah terkenal, Ustaz Datuk Mohd Kazim Elias al-Hafiz ada menegur tindakan segelintir pihak yang melabelkan wanita berkenaan sebagai penyondol sedangkan di sisi syarak, keadaan itu dibolehkan.

Berbahas soal ini, pelakon, Izreen Azminda, mendakwa bekas isteri suaminya, Intan Liana Saleh, kerap membuat provokasi dengan sengaja terhadap dirinya sehingga nekad mengambil tindakan undang-undang.

Izreen berkata, dia tidak pernah mengganggu Intan sepanjang enam tahun mendirikan rumah tangga bersama Ude Wahid selain mendakwa Intan hanya ‘berhalusinasi’ dia mengganggu kehidupan wanita terbabit.

Tuduhan berkenaan dimuat naik Izreen menerusi ‘Instagram Story’ miliknya selepas Intan memuat naik satu hantaran yang mendakwa sekali lagi menerima surat saman daripadanya.

Sementara itu, Intan mendedahkan masih menerima pelbagai mesej daripada warganet yang mengatakan ‘pihak sebelah sana’ masih mencanang berita mengenainya sehingga hari ini.

Menerusi hantaran itu, Intan meluahkan rasa kecewa apabila dituduh masih tidak ‘move on’ dengan bekas suaminya kerana sering berkongsi luahan perasaan di media sosial.

“Kalau korang di tempat bonda sekarang apa yang korang akan buat? Bangkit melawan atau akur dengan tuntutan saman mereka?

“Bila disaman, bonda menangis. Tiada hala tuju dan hanya meluah perasaan di laman Instagram sendiri. Macam mana nak ‘move on’ kalau tiba-tiba dapat surat saman? Kena diam ke?,” katanya dalam hantaran itu.

Intan turut mempersoalkan haknya untuk membuka mulut kerana sering disaman apabila bersuara selain turut menyatakan sama ada dia perlu diam seribu bahasa atau menutup akaun miliknya.

Intan juga mendedahkan pasangan itu dengan yakin menuduh peguamnya sudah menarik diri melalui mesej yang diterima daripada warganet.

Untuk rekod, Intan yang bercerai dengan Ude pada 2018 sempat bermadu dengan Izreen sebelum berkahwin dengan penjawat awam Mohd Aizam Yahya, 27, pada 2021.

intan sallehizreen azmindaude wahid
https://lomp.at/n7nvk
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

by Naddy Joe
January 30, 2026

Ratu rock negara, Ella baru-baru ini mengadakan sebuah majlis istimewa bertemakan “Jamuan Tengah Hari Bersama Ella” telah diadakan pada 29...

Read moreDetails
Foto - @syafiqkylez (IG)
Lokal

“Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

by Nurul A.
January 28, 2026

Perjalanan sebagai seorang pelakon dalam industri hiburan yang sangat kompetitif tidaklah mudah seperti yang disangka. Dan Pelakon Syafiq Kyle tampil...

Read moreDetails
Indonesia

Raisa Mahu Peminat Selami Dua Sisi Berbeza Di ‘Raisa Ambivert Tour’

by Naddy Joe
February 4, 2026

Penyanyi terkenal Indonesia, Raisa bakal mengubat rindu peminat di malaysia dengan konsert jelajah terbaharunya, Raisa Ambivert Tour. Persembahan yang amat...

Read moreDetails
Foto - @khairulaming (IG)
Lokal

Tolak Cadangan Tunjuk IC, Penjelasan Khairul Aming Buat Ramai Terdiam- “Tak Semua Tahu PDPA Ni”

by Nurul A.
February 6, 2026

Usahawan dan pempengaruh, Khairul Aming sekali lagi mencuri perhatian ramai selepas menolak cadangan sesetengah pengguna media sosial di platform Threads....

Read moreDetails
Berita

Sweet Qismina Tidak Mahu Masuk Campur Isu Puteri Balqis & Mia Sara-“Apa Yang Saya DM Dekat Aqish Itu…”

by Naddy Joe
January 28, 2026

Pelakon, Sweet Qismina tampil menegaskan bahawa dia enggan untuk masuk campur mengenai isu yang melibatkan pelakon, Puteri Balqis dan juga...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026- Golongan Manakah Yang Layak Terima?

  2. 2

    [VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland

  3. 3

    Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

  4. 4

    “Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

  5. 5

    Raisa Mahu Peminat Selami Dua Sisi Berbeza Di ‘Raisa Ambivert Tour’

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore