• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Izreen Azminda Diherdik Punca Tarik Diri Dari Berlakon

by Khai Azfar
October 30, 2017
Share on Facebook

Sejak minggu lalu, pementasan teater kontena 404 telah dipentaskan dengan jayanya walaupun pada permulaan pementasan ini terdapat beberapa isu besar yang mengaitkan pengurusan mereka.

Izreen Tarik Diri Kerana Seseorang

Menerusi sumber dari Utusan Online, pelakon asal teater tersebut, Izreen Azminda dikatakan telah menarik diri dari berlakon dari teater berkenaan kerana kurang berpuas hati dengan salah seorang tenaga kerja produksi tersebut.

“SAYA tiada masalah untuk bekerja dengan sesiapa sekiranya mereka profesional. Tapi kalau melayan saya kurang baik, memang itu sahaja sempadannya. Jangan melayan orang macam budak-budak dan mengeluarkan kata-kata yang kurang manis. Saya bukan budak sekolah nak diherdik sesuka hati. Kita bekerja secara profesional. Kalau dah melayan saya begitu, baik saya cabut. Tak guna lagi nak menunggu,”

Dedah Punca Tarik Diri

Bercakap mengenai punca Izreen menarik diri,menurut beliau segalanya bermula apabila Boy Iman ditahan pihak berkuasa dan seorang pekerja produksi itu mula bercakap acuh tak acuh dengan beliau ketika ditanya tentang soal pembayaran yang patut diterima. Walaupun begitu, Izreen tidak menyalahkan pihak produksi seratus peratus kerana apa yang berlaku hanyalah disebabkan oleh seorang individu sahaja yang dianggap kurang profesional dalam menjalankan tanggungjawabnya.

Bakal Semuka Dengan Boy Iman

Bagi menjernihkan keadaan, Izreen mengambil keputusan untuk bertemu dengan Boy Iman tidak lama lagi. Beliau turut menolak kemungkinan besar beliau bakal dikenakan tindakan undang-undang kerana menarik diri memandangkan mereka tidak menandatangani apa-apa kontrak persefahaman. Kasihan Izreen, apapun kami di murai.my percaya dengan kemampuan dan pengalaman Izreen di dalam industri hiburan, namanya pasti akan terus diminati peminat.

izreen azmindateater kontena 404
https://lomp.at/25myr
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Gossip

6 Kontroversi Selebriti Malaysia Yang Membabitkan RUMAH SYAITAN !

by Ayden Mikhael
April 22, 2018

Boleh dikatakan setiap tahun pasti akan timbul kisah selebriti Malaysia dan kelab malam (clubbing) atau lebih dikenali dengan rumah syaitan....

Read moreDetails
via Instagram Puteri Balqis Azizi
Gossip

15 Tahun Menderita, Ibu Puteri Balqis Bongkar ‘Belang’ Sebenar Bekas Suami

by Puteri Alia
September 5, 2022

Kisah gelap yang dilalui pelakon berbakat, Puteri Balqis bersama ibunya Norashikin Mohd Aziz yang diceritakan menerusi podcast bersama Bros Gang...

Read moreDetails
Gossip

Pereka Fesyen Singapura Dakwa Fazura Tiru Idea Orang?

by Khai Azfar
August 15, 2018

Isu berkaitan Fazura dan KLFW 2018 nampaknya masih lagi hangat dibicarakan. Jika sebelum ini terdapat dakwaan daripada netizen dimana pelakon...

Read moreDetails
Gossip

Iqbal Zulkefli Dedah Pembantu Rumah Amal Perbuatan Syirik, Netizen Luah Rasa Bimbang!-“Dia Tengok Kau…”

by Naddy Joe
April 14, 2023

Penyanyi, pelakon, dan usahawan sensasi, Iqbal Zulkefli baru-baru ini berkongsi sikap pelik pembantu rumahnya sehingga terpaksa ditamatkan kontrak pada Oktober...

Read moreDetails
Gossip

“Berhenti Burukkan Mummy”- Zaki Yamani Bidas Dakwaan Jamal Abdillah Isu Dihalang Untuk Bertemu

by Naddy Joe
April 12, 2022

Anak lelaki penyanyi tersohor negara, Jamal Abdillah iaitu Zaki Yamani tampil membidas dakwaan bapanya yang mendakwa telah dihalang oleh bekas...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026- Golongan Manakah Yang Layak Terima?

  2. 2

    [VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland

  3. 3

    Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

  4. 4

    “Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

  5. 5

    Raisa Mahu Peminat Selami Dua Sisi Berbeza Di ‘Raisa Ambivert Tour’

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore