Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Jaafar Onn Sudah Tiada…Al-Fatihah

by Naddy Joe
April 3, 2024
via MalaysiaKini

via MalaysiaKini

Share on Facebook

Hari ini, industri dikejutkan dengan berita pemergian artis legenda, Jaafar Onn yang telah menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 73 tahun di Hospital Sultan Idris Shah Serdang sekitar jam 11.30 pagi tadi.

Berita pemergian Jaafar Onn atau nama penuhnya Jaafar Onn Awang disahkan oleh anak saudaranya, Fahmi Aziz menerusi hantaran di Facebook, memohon doa orang ramai buat pakciknya.

“Pak cik saya Jaafar Onn Telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi. Doakan roh arwah ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.” tulis Fahmi di Facebook

Difahamkan, urusan pengurusan jenazah serta pengebumian masih dalam proses perbincangan bersama keluarga Allahyarham.

Dipetik dari laporan Berita Harian, anak angkat kepada Jaafar Onn iaitu Mohamad Hanif Hashim menyatakan, Allahyarham telah ditahan di Wad Hospital Sultan Idris Shah Serdang sejak kelmarin disebabkan pendarahan ketika membuang air besar.

Tambah Hanif, pihak doktor turut berusaha untuk memberikan bantuan pernafasan selepas Allahyarham berada dalam keadaan kritikal dan jantungnya terhenti, pagi tadi.

Sekadar info, Allahyarham Jaafar Onn atau nama penuhnya Jaafar Onn Awang dikenali ramai dengan drama popular tahun 1990-an, berjudul Cili Padi.

Selain Jaafar, Cili padi turut dibintangi barisan pelakon antaranya Melissa Saila, Anne Ngasri, Tam Suhaimi, dan Nik Fariz Nik Fadzil.

Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham Jaafar Onn, semoga rohnya dicucuri rahmat, dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..Al-Fatihah..

Jaafar Onn
https://lomp.at/qkmhw
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @blckpinkpic (X)
Korea

[VIDEO] “Akan Bubar?!”- Reaksi Ahli BLACKPINK Di Konsert Terakhir Cetus Spekulasi

by Nurul A.
January 27, 2026

Reaksi ahli BLACKPINK, iaitu Jisoo, Jennie, LISA dan Rosé, semasa konsert jelajah dunia DEADLINE terakhir mereka di Hong Kong baru-baru...

Read moreDetails
Lokal

Uqasha Senrose Mohon Pihak Terlibat Henti Laga & Sebar Fitnah Isu Kamal Adli Sudah Lama Tak Jumpa Anak

by Naddy Joe
January 23, 2026

Pelakon, Uqasha Senrose tampil menitipkan pesanan kepada pihak terlibat untuk tidak melaga-lagakan dirinya bersama bekas suami yang juga pelakon, Kamal...

Read moreDetails
Lokal

‘Segala Bulan Islam Diratibnya’- Peminat Luah Pedih, Siti Nurhaliza Balas Dengan Lembut

by Phic ARMAN
January 26, 2026

BIDUANITA Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sekali lagi menjadi bualan hangat,  tetapi bukan kerana salah apa pun. Seperti biasa, Siti...

Read moreDetails
Musik

Hip Hop Tamizha Gegarkan Stadium Merdeka Dengan Pertunjukan Drone Mega

by Phic ARMAN
January 28, 2026

Selepas kejayaan besar konsert U1 sebelum ini, Don’t Run Away Asia (DRA) sekali lagi membuktikan kemampuan mereka sebagai penganjur konsert...

Read moreDetails
Lokal

Anak Ahmad Nawab Kecewa Dengan Uji Rashid, – “Kami Yang Tahu Cerita Dari Mula…”

by Phic ARMAN
January 21, 2026

Baru-baru ini, sebuah podcast tular di YouTube, Legacy Podcast, menjadi perhatian ramai selepas Uji Rashid berkongsi pengalamannya bekerja dengan beberapa...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  2. 2

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  3. 3

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

  4. 4

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

  5. 5

    Ziana Zain Sudah Menamatkan Zaman Jandanya Dengan Seorang Ustaz? Peminat Terkejut Mengapa Kahwin Diam-Diam

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara