Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Filem

[REVIEW] Jalan Cerita Filem Seram Memoir Terlalu Perlahan!

by Khai Azfar
May 30, 2018
Share on Facebook

Pada Isnin, 28 Mei yang lalu murai.my dengan kerjasama GSC Movies telah menganjurkan satu lagi tayangan perdana filem seram Thai berjudul Memoir. Dalam tayangan perdana ini turut disertai lebih dari 40 orang pembaca bertuah murai.my yang menjadi antara yang terawal menonton filem Memoir di GSC Paradigm Mall sebelum ditayangkan serentak di seluruh pawagam GSC pada 31 November.

Jalan Cerita Terlalu Perlahan!

Pada mulanya kami ingin memuji permulaan filem ini yang kononnya terus seram! Namun sangkaan itu meleset kerana ianya sekadar gimik filem dan diikuti jalan cerita keseluruhan filem yang boleh dikatakan agak terlalu perlahan.

Malah melemahkan lagi faktor seram filem ini adalah watak hantu atau jelmaan roh Yo, sahabat baik Daranee yang sebenarnya tidak tenteram kerana menaruh perasaan padanya. Jika fizikal dan rupa paras Yo disolek lebih menakutkan, kami yakin ianya dapat mengatasi kehambaran jalan ceritanya. Namun begitu, pada penghujung filem debaran masih terasa apabila Yo mula menunjukkan dirinya yang sebenar dan merungkai segala persoalan.

Punyai Unsur LGBT 

Satu lagi peringatan untuk anda adalah jika anda ingin membawa mereka yang berusia 18 tahun ke bawah adalah tidak digalakkan sama sekali. Bukan kerana seram, namun kerana terdapat unsur LGBT yang menunjukkan kisah percintaan dan aksi ranjang dua wanita di dalam filem ini.Meskipun ditapis, namun bibit pertemuan dan percintaan mereka masih lagi ditayangkan.

Sinopsis Memoir

Mengisahkan mengenai Daranee seorang wanita yang selalu terimpikan untuk hidup mewah. Pada suatu ketika, dia telah berjumpa dengan seseorang wanita yang mencadangkan agar dia menjual insurans untuk hidup serba mewah. Selepas menerima tawaran dan gigih menjual insurans tersebut, Daranee sedar bahawa ianya bukan satu pekerjaan yang mudah.

YouTube video

Namun begitu,dia teringatkan Yo, seorang rakan yang pernah rapat dengannya suatu ketika dahulu. Yo bersetuju untuk membeli insurans tersebut dengan syarat mereka hanya boleh berjumpa pada waktu malam sahaja. Perjumpaan semula ini bukan sahaja menggembirakan Daranee malah turut menyingkap kembali kisah hitam yang terjadi antara mereka berdua.

filem memoirmemoirmemoir thai moviereview filem memoirsinopsis filem memoir
https://lomp.at/ds8j7
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @kongtaomovie (IG)
Filem

Pelakon Filem Seram ‘Kong Tao’ Bakal Temui Peminat Di Penang & Lembah Klang!

by Nurul A.
March 9, 2026

Filem seram kerjasama Malaysia-Thailand, 'Kong Tao' bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 19 Mac 2026. Bersempena tayangan filem ini,...

Read moreDetails
Foto - @pureluxury.mag (IG)
Budaya

5 Filem Romantik Untuk ‘Netflix & Chill’ Dengan Si Dia Semasa Hari Kekasih 2026!

by Nurul A.
February 9, 2026

Tinggal lima hari sahaja lagi sebelum Hari Kekasih tiba! Untuk pasangan yang mahu mencipta momen yang paling romantis dalam suasana...

Read moreDetails
Filem

5 Info Menarik Tentang “Tuhan, Benarkah Kau Mendengarku?” Yang Buat Hati Penonton Tak Tenang

by Phic ARMAN
February 8, 2026

Filem Indonesia memang terkenal dengan naskhah yang pandai main emosi. Yang terbaru, Tuhan, Benarkah Kau Mendengarku? kini bersedia pula mengetuk...

Read moreDetails
Filem

Balik Raya Asyik Kena Soal ‘Bila Nak Kahwin’? Iklan Raya “Bila” Arahan Nadhir Nasar Tayang 7 Mac Ini

by Farah Fatihah
March 6, 2026

Sempena kedatangan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang, Laugh Out Loud Entertainment Sdn Bhd melancarkan iklan Raya terbaharu berjudul “Bila”...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  2. 2

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  3. 3

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  4. 4

    Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

  5. 5

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara