Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

“Jangan Aniaya Orang Ramai Macam ni”- Khairul Aming Ambil Tindakan Saman Berkait Sambal Nyet Ciplak

by Puteri Alia
December 28, 2023
Share on Facebook

Pelbagai kaedah usahawan memperkenal, mempromosi dan memasarkan produk untuk menarik perhatian dan memikat pelanggan mengenai kewujudan jenama mereka.

Dengan lambakan pelbagai jenama dalam pasaran, usahawan perlu lebih kreatif supaya produk mendapat sambutan bagi melonjakkan perniagaan. Media sosial platform popular bagi mengumpul likes atau perkongsian tinggi.

Ada sebahagian usahawan yang mahu melonjakkan identiti diri tanpa mempedulikan cemuhan masyarakat, sehingga merendah dan menjatuhkan martabat diri.

Dasawarsa ini juga kita dapat dilihat perniagaan di Malaysia mengikut trend dan bermusim. Bila sesuatu produk itu mendapat tempat di kalangan pengguna, tidak lama selepas itu pasti muncul produk serupa tetapi menerusi jenama dan syarikat berlainan.

Tidak dinafikan ia persaingan sihat di kalangan peniaga. Namun, sejauh mana perniagaan sesuatu produk itu mampu bertahan dan adakah ia boleh dianggap menutup periuk nasi peniaga lain?

Manakala daripada sudut pencipta asal sesuatu produk, adakah merasakan produknya ditiru?

Untuk berjaya dalam perniagaan, antara salah satu resipi ialah tidak perlu meniru produk ciptaan usahawan lain.

Berbahas soal ini, baru-baru ini usahawan muda yang juga pempengaruh media sosial, Khairul Amin Kamarulzaman, mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang dikenal pasti cuba meniru produk Sambal Nyet.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Khairul Aming berkata, kewujudan produk berkenaan telah dikesan sejak beberapa hari lalu, namun memerlukan masa untuk mengumpulkan bukti.

“Kita sedar kewujudan sambal ni sejak beberapa hari lepas. Tapi kita tengah kumpul bukti untuk ambil tindakan undang-undang.

“Kami dah beli sambalnya untuk dijadikan bukti dan jejak siapakah penjual terbabit.

“Sambalnya sangat identical (sama). Kita telah kenal pasti siapakah seller dan hari ni peguam kami dah hantar letter of demand (LOD) di atas Infringement of Intellectual Property Rights and Passing Off,” katanya menerusi hantaran video di Instagram pada Khamis.

Beliau menambah, terdapat lapan tuntutan telah disenaraikan dalam LOD berkenaan, namun tidak mendedahkan lebih lanjut.

“Jika mereka gagal penuhi kesemua tuntutan tersebut kita akan bawa kes ini ke proses undang-undang yang seterusnya,” katanya.

Anak kelahiran Kelantan itu menjelaskan, tanda dagangan Sambal Nyet telah didaftarkan di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) dan diluluskan pada tarikh 2 November 2021.

Khairul Aming Terharu Ramai Pihak Simpan Rahsia Projek Restoran, Netizen Puji!

Katanya, isu Sambal Nyet ciplak pernah terjadi tiga tahun lepas dan kes terbaharu yang berlaku amat dikesali.

“Saya selalu beri sokongan kepada peniaga kecil tapi berniaga lah dengan cara yang beretika dan berhemah. Jangan aniaya orang ramai macam ni,” katanya.

Tular di media sosial produk sambal dengan jenama ‘Sambal Nyet Khairi’ yang menyerupai identiti khususnya pembungkusan seperti Sambal Nyet yang dikeluarkan oleh Khairul Aming.
Perkara itu mendapat perhatian warganet dan mengundang pelbagai kecaman berikutan ciri-ciri produk ciplak dikenal pasti adalah sama dengan identiti produk asal termasuk logo, tulisan dan kad yang mempunyai gambar individu dipercayai penjual sambal tersebut.
Khairul Aming
https://lomp.at/7vuj6
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Spotlight

Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

by Phic ARMAN
March 29, 2026

Nama usahawan kosmetik sensasi, Dato' Sri Aliff Syukri bin Kamarzaman sememangnya sering menjadi perhatian ramai. Setiap kali berkongsi kehidupan mewah...

Read moreDetails
Foto - Daily Mail UK
Asia

[VIDEO] Wajah Asli Terbongkar, Influencer Kecantikan China Hilang 140 Ribu Pengikut

by Nurul A.
February 22, 2026

Seorang influencer (pempengaruh) kecantikan yang berasal dari China didakwa kehilangan ratusan ribu pengikut media sosial selepas wajah sebenarnya terbongkar secara...

Read moreDetails
Lokal

Fizo Omar Luah Rasa Kagum Dengan Syed Saddiq & Bella Astillah-“You Pilih Tanggungjawab…”

by Naddy Joe
March 30, 2026

Aktor dan usahawan, Fizo Omar meluahkan rasa kagum terhadap Ahli Parlimen Muar, YB Syed Saddiq yang memilih tanggungjawab untuk mengikat...

Read moreDetails
Indonesia

Raisa Mahu Peminat Selami Dua Sisi Berbeza Di ‘Raisa Ambivert Tour’

by Naddy Joe
February 4, 2026

Penyanyi terkenal Indonesia, Raisa bakal mengubat rindu peminat di malaysia dengan konsert jelajah terbaharunya, Raisa Ambivert Tour. Persembahan yang amat...

Read moreDetails
Lokal

Anzalna Nasir Mahu Turun Padang Bantu Keluarga Yang Memerlukan Bantuan-“Semoga Sedikit Usaha Ini…”

by Naddy Joe
February 23, 2026

Pelakon, Anzalna Nasir meluahkan rasa pilu setiap kali berbuka puasa di bulan Ramadhan apabila mengenangkan pihak yang tidak berkemampuan tidak...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  2. 2

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    Foto Keluarga Camelia Jadi Tumpuan, Wajah Anak Perempuan Salin Tak Tumpah!

  5. 5

    Ziana Zain Sudah Menamatkan Zaman Jandanya Dengan Seorang Ustaz? Peminat Terkejut Mengapa Kahwin Diam-Diam

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara