Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Teknologi

Jangan Terburu-buru Ganti Iphone X Ke Iphone 11 Pro! Ini Sebabnya

by Zaidin Albert
September 26, 2019
Share on Facebook

Iphone 11 secara rasmi diperkenalkan kepada orang ramai. Malangnya, tak semua negara boleh mendaptkan telefon bimbit Apple yang paling canggih ini. Sepertimana yang kita ketahui IPhone terbaru terdiri daripada 3 jenis dengan spesifikasi yang berbeza, pertama 11, 11 Pro, dan 11 Pro Max. Perbezaan paling ketara antara ketiga-tiga terletak pada kamera, jika pro memiliki tiga kamera, manakala yang biasa 11 hanya dua kamera.

Sementara itu,  prosesor mereka dilengkapi dengan cipset terpantas, Bionic A13. Chipset ini adalah terpantas berbanding dengan iPhone X yang hanya dilengkapi dengan A12.

Beralih kepada harganya,  iPhone terbaru boleh dikatakan lebih murah daripada iPhone XR apabila ia mula dilperkenalkan. Jika Iphone XR dilancarkan pada harga US$ 749, manakala Iphone 11 berharga AS$ 699.

Namun, untuk yang sedang menggunakan iPhone X, anda disarankan untuk jangan terburu-buru untuk menaik taraf ke siri 11. Nak tahu sebab apa? Berikut beberapa alasan yang kami kongsikan dipetik dari Business Insider.

Rekabentuk Tak Jauh Beza

Jika anda rasa reka bentuk Iphone X ketinggalan zaman, anda silap! Dari segi reka bentuk tak banyak beza  antara siri X dan 11. Bentuk skrin mereka masih dengan bentuk poni di sudut atas.

Perbezaan yang paling menonjol hanya dilihat di bahagian belakang menggunakan bahan kaca matte, dan susun atur kamera lebih unik.

Kelajuan procesor tidak jauh berbeza

YouTube video

Sekiranya anda berpuas hati dengan prestasi cipset siri Bionic A12 Iphone X, anda tidak perlu beralih kepada siri 11.

Walaupun prestasi 11 siri lebih cepat, selepas ujian, sebenarnya tidak ada perbezaan yang signifikan dengan siri sebelumnya. Hal ini telah dibongkarkan menerusi sebuah review yang dimuatnaik di laman  Youtube EverythingApplePro.

Kamera Iphone X Ternyata Masih Terbaik

Perbezaan antara kamera Iphone X dan 11 tidak begitu berbeza. Dari segi kualiti, resolusi kamera utama adalah sama, iaitu 12 megapixel.

Perbezaannya, iphone 11 dilengkapi dengan ciri night mode. Ciri ini membolehkan anda mengambil gambar dengan pencahayaan yang rendah.

Jika anda hanya mengunakan telefon bimbit untuk tujuan komunikasi, tidak menjadi keperluan untuk beralih ke iPhone terbaru.

Di samping itu, kamera selfie juga tidak mempunyai perubahan drastik walaupun iPhone X hanya dilengkapi dengan kamera hadapan dengan resolusi tujuh megapixel, tetapi ia mempunyai ciri true depth.

Kualiti skrin Iphone X dan 11 juga tidak jauh berbeza

Bercakap mengenai skrin, Iphone untuk siri 11 telah dibekalkan dengan Super Retina XDR skrin, sementara Iphone X hanya Super Retina HD.

Ini jelas menjadikan skrin siri 11 mempunyai nisbah kecerahan dan kontras yang lebih baik. Walaubagaimanapun kualiti skrin siri X masih dianggap terbaik oleh para pengguna.

Ketajaman warna dan imej antara siri 11 dan X masih pada tahap yang sama dengan 458 piksel per inci.

Iphone X lebih ringan 

Dari segi berat, Iphone X terasa lebih ringan jika dibandingkan dengan siri 11. Berat iPhone X hanya 174 gram, manakala siri iphone 11 pro seberat 188 gram.

Jadi simpanlah duit anda untuk kebaikan dan terus menggunakan Iphone X!

https://lomp.at/bcvfc
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

LifeXplore

Ini Sebab Kenapa Apple Kecundang Di China, Huawei Pula Bangkit Jadi No.1

by Phic ARMAN
January 18, 2026

Lima tahun lalu, ramai ingat era kegemilangan HUAWEI sudah berakhir. Sekatan, kekangan, dan persaingan sengit menyebabkan gergasi teknologi dari China...

Read moreDetails
LifeXplore

HUAWEI Mate X7 Rasmi di Malaysia, Telefon Lipat Premium Yang Lebih Praktikal

by Naja Nix
January 21, 2026

Semalam HUAWEI secara rasmi memperkenalkan HUAWEI Mate X7 di Malaysia, sekaligus menetapkan penanda aras baharu dalam kategori telefon pintar boleh...

Read moreDetails
LifeXplore

ShopeePay Money+ Baru Dilancarkan: 5 Perkara Penting Sebelum Anda Mahu Melabur

by Phic ARMAN
January 27, 2026

ShopeePay baru saja melancarkan Money+, ciri pelaburan baharu yang membolehkan pengguna mula melabur dengan serendah RM10 sambil menikmati pulangan harian....

Read moreDetails
Korporat

Ramai Terkejut! ShopeePay Kini Miliki Limit Tertinggi RM30,000

by Phic ARMAN
January 25, 2026

MURAI baru sahaja menerima satu berita yang cukup menggembirakan buat geng pengguna tegar ShopeePay. Platform dompet digital itu kini meningkatkan...

Read moreDetails
LifeXplore

Bahang JAECOO J5 Makin Terasa, Tawar Pakej Early Bird RM8,888

by Phic ARMAN
February 7, 2026

Dengan hanya beberapa minggu sahaja lagi sebelum pelancaran rasmi, kehadiran JAECOO J5 kini semakin menghampiri detik pentingnya. MURAI melihat OMODA...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  3. 3

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

  4. 4

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

  5. 5

    Kenali Isteri Ku Li, Madamme Alfi dan Kehidupan Keluarga Bahagia Mereka

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara