Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Hollywood

Jangan Terkejut! Ini Wajah Terkini 2 Pelakon Cilik Dalam Sitkom Mr Bean

by Phic ARMAN
September 29, 2020
18
KONGSIAN
Share on Facebook

Siapa yang tidak kenal Mr Bean? Bagi anda yang sering menghabiskan masa menonton televisyen pada era 90an, anda pasti biasa dengan siri Inggeris ini. Kelakuan kebudak-budakannya tanpa mengucapkan sepatah kata pun dapat menimbulkan ketawa dan kemarahan kepada sesiapa sahaja yang menontonnya.

Untuk info, siri ini pada mulanya disiarkan di United Kingdom bermula dengan kisah juruterbang pada 1 Januari 1990 dan diakhiri dengan “The Best Bits of Mr. Bean” pada 15 Disember 1995. Ini bermakna, sitkom bersiri ini sudah berusia 25 tahun. Kini Rowan Atkinson yang membawa watak Mr. Bean sudah berusia 65 tahun.

Bagaimana pula dengan para pelakon cilik yang membintangi sitkom TV ini? Pasti anda tertanya bagaimana wajah terkini pelakon cilik dalam sitkom ini. Jika anda perasan, terdapat dua orang pelakon cilik dalam beberapa episod yang ditayangkan iaitu Jamie Yeates dan Hugo Mendez.

Jamie Yeates

Jamie Yeates memegang watak sebagai kanak-kanak yang ditinggalkan oleh ibunya di sebuah salon rambut. Watak ini muncul dalam episod 14 di mana Mr Bean tidak semena-mena, mengambil alih kerja tukang gunting rambut.

YouTube video

Tidak jauh beza, beginilah wajah terkini Jamie sekarang.

VIA Harry Potter Wiki – Fandom

Nampaknya Jamie meneruskan karier sebagai pelakon. Jamie pernah membintangi filem Harry Potter dengan memegang watak sebagai Marcus Flint.

Hugo Mendez

Seterusnya, Huga Mendez yang memegang watak sebagai budak lelaki yang tidak sihat ketika dalam penerbangan. Budak lelaki berambut perang ini akhirnya muntah kerana dia dipercayai mabuk. Dalam episod bertajuk, Safe Flight Mr. Bean ini menyaksikan Mr Bean cuba sedaya-upaya menghiburkan kanak-kanak itu namun tidak berjaya.

YouTube video

Nah! setelah 25 tahun, beginilah wajah pelakon cilik ini sekarang.

VIA Facebook Hugo Mendez

Tidak seperti Jamie, Hugo pula tidak meneruskan karier sebagai pelakon, malah dia aktif  dalam dunia muzik dan mempunyai studio dan label rakaman sendiri iaitu Sofrito Label.

Hugo MendezJamie Yeatesmr beanPelakon Mr Beanrowan atkinson
https://lomp.at/f8p93
Share14Tweet2SendShare

KINI TRENDING

Foto - @kylie_moves_the_world (IG)
Hollywood

Kylie Jenner Mahu Tambah Anak, Timothée Chalamet Sedia Jadi “Ayah”

by Nurul A.
February 18, 2026

'Momager' Kardashian-Jenner, Kris Jenner menggesa anak bongsunya, Kylie Jenner untuk mempunyai anak dengan kekasihnya iaitu aktor Timothée Chalamet. Menurut sumber...

Read moreDetails
Foto - @revista_velvet (IG)
Hollywood

Pakar Sebut Keadaan Brooklyn Beckham Adalah Normal, Bukan Salah Ibu Bapa

by Nurul A.
January 29, 2026

Tak dinafikan, ramai yang terkejut dengan luahan anak sulung pasangan David Beckham dan Victoria Beckham, iaitu Brooklyn Beckham baru-baru ini....

Read moreDetails
Hollywood

Michelle Yeoh Cipta Sejarah Apabila Terima Bintang Hollywood Walk Of Fame

by Naddy Joe
February 19, 2026

Selebriti antarabangsa kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh kembali mencipta sejarah apabila menerima namanya diabadikan dik Hollywood Walk Of Fame...

Read moreDetails
Foto - @victoriabeckham (IG)
Hollywood

Brooklyn Peltz Beckham Pilih Tidak Mahu Berdamai Dengan Ibu Bapa

by Nurul A.
January 20, 2026

Selepas mendiamkan diri beberapa tahun, anak sulung Victoria Beckham dan David Beckham, iaitu Brooklyn Peltz Beckham berkata dia tidak mahu...

Read moreDetails
Foto - @zendaya (IG)
Hollywood

Kenapa Zendaya Minta Aktres Seksi Ini Jaga Jarak Daripada Tom Holland?

by Nurul A.
January 30, 2026

Spekulasi mengenai kehidupan peribadi pasangan selebriti, Zendaya dan Tom Holland kembali mencuri perhatian ramai. Kali ini, khabar angin tersebut mengaitkan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

  3. 3

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  4. 4

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

  5. 5

    Kenali Isteri Ku Li, Madamme Alfi dan Kehidupan Keluarga Bahagia Mereka

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara