Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Kesihatan

Jangan Terkejut, Stail Rambut Ini Boleh Cetus Sakit Kepala

by Lisa Ghani
March 29, 2023
Foto - Mane

Foto - Mane

Share on Facebook

Sakit kepala terjadi mungkin kerana stress, tekanan darah tinggi, kecederaan atau cuaca. Dan bila sakit kepala terjadi, kehidupan seharian kita boleh terjejas.

Tapi tahukah cara kamu menggayakan rambut juga boleh menjadi faktor utama yang menyebabkan kamu sakit kepala, siapa sangka…

Dipercayai beberapa gaya rambut yang memberi tekanan pada kulit kepala kamu boleh menyebabkan rasa sakit.

Ponytail

Di bawah folikel rambut dan di kulit kepala terdapat saraf yang sangat sensitif yang dapat merasakan kesakitan. Ponytail atau ikatan ekor kuda boleh mencetuskan rasa sesak di banyak saraf sekaligus, yang boleh menyebabkan sakit kepala.

Foto – Feed

Keadaan ini agak biasa, dan dikenali sebagai sindrom sakit kepala ponytail (ponytail headache syndrome).

Pakai headbands

Orang yang memakai headbands yang ketat juga mungkin mengalami sakit kepala. Ini dianggap sebagai sakit kepala luaran dan boleh berlaku apabila sesuatu yang dipakai di kepala anda memberi tekanan berterusan pada dahi atau kulit kepala.

Foto – Beauty Crew

Sakit kepala jenis ini sering digambarkan sebagai tekanan sederhana dan berterusan dan paling menyakitkan di kawasan di mana objek itu menekan kepala kamu. Sekiranya kamu memakai headbands ketat untuk jangka masa lama, rasa sakit mungkin bertambah teruk.

Tocang

Tocang yang terlalu ketat juga boleh menyebabkan sakit kepala. Apabila rambut kamu diikat terlalu kuat, ia memberi tekanan tambahan pada kulit kepala dan, selain merosakkan rambut, boleh menyebabkan sakit kepala.

Foto – Pinterest

Pakar perubatan percaya bahawa sesetengah orang terkena sakit kepala juga kerana faktor lain, seperti setengah wanita mungkin mempunyai kulit kepala yang lebih sensitif semasa kitaran haid mereka.

Teknik penyambungan rambut

Foto – Pinterest

Sambungan rambut atau hair extension memang akan memberi kamu rambut yang cantik, tetapi ia juga boleh menyebabkan sakit kepala. Menambah berat pada rambut akan menyebabkan ketegangan di kepala, dan tarikan pada kulit kepala dan folikel rambut yang berlebihan boleh menyebabkan saraf di kulit kepala menjadi sensitif.

Selamat beramal!

sakit kepalastail rambut
https://lomp.at/6xvk9
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Kesihatan

6 Jenis Buah-Buahan Pilihan MURAI, Bagus Untuk Kurangkan Dahaga Ketika Bulan Puasa!

by Nurul A.
March 4, 2026

Secara peribadi, MURAI rasakan masalah biasa yang ramai orang hadapi ketika bulan puasa adalah dehidrasi. Bayangkan lebih daripada 10 jam...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Wak Doyok Sasar Branniganz Suites Di Bukit Bintang-“Kereta Mewah… Semua Dah Ku Jual”

  2. 2

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  3. 3

    “RM7.80 Je Pun?” – Sikap Sambil Lewa Layan Pelanggan Cetus Rasa Tidak Puas Hati

  4. 4

    Ramai Tak Tahu! Kampung Agong Di Penaga Ada Pemandangan Cantik Macam Luar Negara

  5. 5

    Putera Jefri Ibrahim di Johor Motorsports Racing (JMR) Curi Perhatian, Ramai Kagum Dengar ‘British Slang’

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara