Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

‘Jawline’ Bayi Safawi Rasid Dan Syifa Melvin Tarik Perhatian, Peminat Puji Anak Miliki Wajah Kacak Meskipun Masih Kecil

by Puteri Alia
October 23, 2023
Share on Facebook

Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga pastinya menanam impian untuk memiliki cahaya mata sendiri. Apabila sudah lahir, tanpa sedar zuriat tersebut turut membawa rezeki melimpah dan kegembiraan buat keluarganya.

Perkara tersebut jelas terlihat dalam beberapa keluarga selebriti popular tempatan dan antarabangsa. Meraih tempias populariti ibu bapa yang terbabit dalam industri hiburan, tidak keterlaluan dikatakan, ada beberapa anak selebriti lebih terkenal berbanding ibu bapa sendiri.

Berbahas soal ini, baru-baru ini tular foto bentuk jawline’ (rahang) anak pelakon, Syifa Melvin, Saif Sulaiman Muhammad Safawi yang kini mencuri perhatian netizen dan mendapat pujian ramai.

Dalam ruangan komen hantarannya di Instagram, rata-rata, netizen memuji bentuk rahang Saif yang dilahirkan pada 30 September lalu.

“Kecik-kecil, ‘jawline’ dah tajam, boleh berdarah jari acik, Saif. Membesar dengan sihat, anak. Jadi anak soleh ibu dan daddy,” tulis satu netizen.

“Masya-Allah. ‘Handsome’nya Saif. Kecil-kecil, dah ada ‘jawline’. Semoga jadi anak soleh, Saif,” tulis satu netizen lain.

Hantaran gambar Saif yang dimuat naik Syifa semalam adalah hantaran pertama di ‘feed’ Instagramnya, memaparkan cahaya mata pertama hasil perkahwinannya dengan suami yang juga pemain bola sepak pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rashid.

Gambar itu juga menjadi gambar pertama yang dimuat naik ke akaun Instagram peribadi Saif yang kini diwujudkan.

Saif selamat dilahirkan pada 30 September lalu di sebuah hospital swasta di Johor Bahru.

Syifa Melvin Beri Respon Selepas Ada Netizen Bimbang Jarak Kehamilannya Terlalu Rapat?-"Masa Beranak Nanti..."
Safawi RasidSyifa Melvin
https://lomp.at/rd3g9
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @neelofa (IG)
Lokal

Netizen ‘Tegur’ Penampilan Raya Noor Neelofa- “Berpurdah Tapi Tudung Makin Senteng?”

by Nurul A.
March 25, 2026

Nampaknya perkongsian mengenai sambutan hari Raya selebriti-usahawan, Noor Neelofa baru-baru ini telah mencuri perhatian ramai. Berdasarkan hantaran video pendek di...

Read moreDetails
Berita

Nedim Akan Lindungi Nora Danish Habis-Habisan, Nafi Dakwaan Belum ‘Move On’

by Naddy Joe
March 5, 2026

Bekas suami kepada pelakon, Nora Danish iaitu Nedim Nazri tampil bersuara selepas tindakannya mempertahankan Nora Danish yang dikecam di Threads...

Read moreDetails
Foto - @soohyun_k216 (IG) / @ron_sae (IG)
Korea

Gara-Gara Perbuatan Kim Soo Hyun, Ahli Keluarga Kim Sae Ron Hampir Bun*h Diri

by Nurul A.
March 19, 2026

Nampaknya kes mengenai aktres Kim Sae Ron dan aktor Kim Soo Hyun masih berterusan dan kini melibatkan ahli keluarga aktres...

Read moreDetails
Lokal

Amyza Aznan Bawa Pulang Anak Ke Rumah-“Hanya Mengharap Keajaiban..”

by Naddy Joe
February 23, 2026

Pelakon, Amyza Aznan berkongsi keadaan terkini anak lelakinya, Andre Mikhail yang menghidap kanser paru-paru di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Bakal...

Read moreDetails
Lokal

Ayie Floor 88 Dedah Nama Serta Wajah Anak Kedua, Curi Perhatian Peminat!

by Naddy Joe
February 13, 2026

Isteri kepada vokalis Floor 88, Ayie iaitu Natasha Ahmad Zawawi sebelum ini telah selamat melahirkan cahaya mata kedua pada 12...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  2. 2

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    Foto Keluarga Camelia Jadi Tumpuan, Wajah Anak Perempuan Salin Tak Tumpah!

  5. 5

    Ziana Zain Sudah Menamatkan Zaman Jandanya Dengan Seorang Ustaz? Peminat Terkejut Mengapa Kahwin Diam-Diam

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara