• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Salam Takziah! Penyanyi Jay Jay Meninggal Dunia

by Naddy Joe
August 5, 2024
Share on Facebook

Industri seni dikejutkan dengan berita pemergian penyanyi terkenal yang juga bekas vokalis kumpulan Carefree, Jay Jay yang telah menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Thompson, Kota Damansara, di sini pada Ahad malam.

Menerusi perkongsian rakan selebriti yang juga penyanyi dan pelakon, Datuk Fauziah Ahmad Daud di Facebook, dia yang menyifatkan industri telah kehilangan seorang insan seni yang tiada penggantinya itu turut menitipkan doa buat Allahyarham Jay Jay atau nama sebenarnya Mohd. Fauzi Darus agar dicucuri rahmat serta diampunkan segala dosa-dosanya.

“Innalilahi wainnailahi roji’un. Dapat berita pulangnya Jay Jay…Ya Khaliq, Allahyarham Mohd Fauzi Darus. Hilangnya seorang insan seni yang tiada pengganti.

Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah, diampunkan dosa-dosanya, diterima segala amal ibadahnya, ditempatkan arwah bersama hamba-hambaNya yang beramal soleh. Aamin Allahuma Aamin. Takziah buat keluarga arwah. Al-Fatihah.-“kongsi Fauziah Ahmad Daud di Facebook

Difahamkan, Jay Jay pernah menjalani pembedahan pintasan jantung disebabkan saluran tersumbat di Institut Jantung Negara (IJN) setelah mendapat serangan jantung serta sesak nafas pada Mei lalu.

Pihak doktor juga mendapati berlaku sesuatu yang menggangu sarad otak sehingga menyebabkan Jay Jay mengalami angin ahmar buat sementara.

Kami di Murai turut mahu mengucapkan salam takziah buat Allahyarham sekeluarga. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah dan menitipkan doa agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan berada di kalangan orang-orang beriman.. Al-Fatihah…

https://lomp.at/f96z6
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Bollywood

VIDEO Wajah Terkini Aktres Bollywood Buat Ramai Terdiam, Rani Mukerji Paling Mengejutkan

by Phic ARMAN
January 26, 2026

Sebuah video yang dimuat naik oleh akaun TikTok @bollywood_deo baru-baru ini menarik perhatian peminat Bollywood apabila memaparkan wajah terkini pelakon...

Read moreDetails
Foto - @noradanish (IG)
Lokal

Nora Danish Sokong Hubungan Baru Bekas Suami- “Itu Doa Saya Setiap Hari

by Nurul A.
February 9, 2026

Pelakon Nora Danish mencuri perhatian ramai apabila tampil meluahkan sokongan dan doa ikhlas buat bekas suaminya, Nedim Nazri selepas dikhabarkan...

Read moreDetails
Berita

Shakilla Khoriri Titip Ucapan Istimewa Buat Ameena Yang Berjaya Mendapat ‘Silver Prize’ Dalam Pertandingan Piano

by Naddy Joe
December 23, 2025

Pelakon dan usahawan, Shakilla Khoriri memberikan ucapan istimewa buat puteri tunggalnya, Ameena Sofia yang berusia enam tahun itu memperoleh 'silver...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Datin Shahida ‘Survey’ Sekolah Baharu, Gelagat Anak-Anak Curi Perhatian Netizen

by Naddy Joe
January 6, 2026

Isteri kepada usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff iaitu Datin Seri Shahida mencuri perhatian netizen selepas berkongsi momennya bersama anak-anak...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Sheikh Muszaphar Terharu Lihat Ibu Masih Bertenaga Ketika Saie-“Siap Lari Anak Lagi..”

by Naddy Joe
February 4, 2026

Angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor meluahkan rasa kagum dengan ibunya yang masih bertenaga biarpun sudah berusia 81 tahun...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Pelancong Dakwa Terpedaya Harga Makanan RM2 Di Kawasan Tumpuan Pelancong

  2. 2

    Nasi Berlauk Sedap RM5 Jer, Ini Warung Yati Di KL Yang Wajib Singgah!

  3. 3

    [VIDEO] “Cantiknya Anak Awie”- Wajah Arni Nazira Zaman Muda Kembali Jadi Sebutan

  4. 4

    [VIDEO] Bapa Mentua Kongsi Momen Kamal Adli & Hawra, Netizen Terharu!

  5. 5

    Dikatakan Majlis Pernikahan Dipenuhi Dengan Alkohol? Netizen Mula Bongkar Agama Sebenar Luna Maya

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore