Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Jenazah Suhaimi Saad Akan Dikebumikan Hari Ini

by Naddy Joe
November 16, 2023
Share on Facebook

Industri seni dikejutkan dengan berita bekas anggota kumpulan nasyid In-Team, Mohd Suhaimi Saad yang meninggal dunia pada jam 7.40 malam tadi selepas dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) di Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru, Johor.

Khabar duka berkenaan dikongsi menerusi hantaran di media sosial rasmi In-Team, malam tadi.

“Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un. Dukacita dimaklumkan bahawa bekas ahli kumpulan nasyid INTEAM iaitu Mohd Suhaimi Saad telah kembali ke Rahmatullah pada jam 7.40 malam tadi. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Takziah buat seluruh ahli keluarga beliau. Al-Fatihah ?.”-kenyataan pihak In-Team di Facebook

Akan Dikebumi Pagi Ini Di Kota Tinggi, Johor

Dalam pada itu, salah seorang ahli kumpulan nasyid UNIC yang juga komposer menerusi ciapan di laman X (Twitter) turut memaklumkan bahawa jenazah Suhaimi Saad akan dikebumi di kampung isterinya, Ina Naim di Kota Tinggi, Johor pada pagi ini.

“Al-Fatihah buat Allahyarham Suhaimi Saad, kembali ke Rahmatullah pada jam 7.42 malam sebentar tadi. Jenazah sedang dimandikan (malam tadi) dan akan dihantar ke Kota Tinggi malam ini, di rumah Isteri Allahyarham (Ina Naim) di SK Felcra Sungai Ara, Kota Tinggi.

Jenazah akan dikebumikan esok pagi (hari ini). Jika ada salah silap Allahyarham, maafkanlah. Semoga arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang beriman. Terima kasih kepada sahabat-sahabat rapat dan para penasyid yang berada di Hospital Sultan Ibrahim untuk informasi semasa.”-ciapan Hafiz Hamidun di X

Jenazah akan dikebumikan esok pagi.

Jika ada salah silap allahyarham, maafkanlah. Semoga arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang beriman.

Terima kasih kepada sahabat-sahabat rapat dan para penasyid yang berada di Hospital Sultan Ibrahim untuk informasi semasa.

— Hafiz Hamidun (@hafizhamidun) November 15, 2023

Dipetik dari laporan Harian Metro, kesihatan Allahyarham Suhaimi Saad mula merosot pada awal Oktober selepas mengalami cirit-birit sehingga susut berat badan sebanyak 20 kilogram (kg).

Allahuarham turut meninggalkan seorang balu, Nordiana Mohd Naim (Ina Naim) bersama empat orang cahaya matanya, Ehmad Hadie Elfardia, Sallman Elkhoyri, Phyrosh Elfadwah dan Nur Layla Elghufrony hasil perkahwinan sejak 12 Ogos 2007.

Suhaimi Saad
https://lomp.at/4zfih
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @kongtaomovie (IG)
Filem

Pelakon Filem Seram ‘Kong Tao’ Bakal Temui Peminat Di Penang & Lembah Klang!

by Nurul A.
March 9, 2026

Filem seram kerjasama Malaysia-Thailand, 'Kong Tao' bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 19 Mac 2026. Bersempena tayangan filem ini,...

Read moreDetails
Foto - @traciesinidol_official (IG)
Lokal

Detik Cemas Tracie Sinidol, Mata Kiri Hampir Buta- “Nampak ‘Flash’ Putih Sebelum Gelap”

by Nurul A.
March 9, 2026

Paling mencemaskan! Pelakon kelahiran Sabah, Tracie Sinidol mencuri perhatian ramai selepas berkongsi satu pengalaman agak menakutkan yang hampir meragut penglihatannya....

Read moreDetails
Berita

[VIDEO] Diyana Halik Titip Ucapan Istimewa Sempena Hari Lahir Aaron Aziz Yang Ke-50

by Naddy Joe
February 24, 2026

Perkongsian isteri kepada aktor kelahiran Singapura, Diyana Halik iaitu Aaron Aziz mencuri perhatian netizen selepas berkongsi momen kejutan hari lahir...

Read moreDetails
Foto - @tareqfit91 (IG) / @w4w4_zainal (IG)
Lokal

Tareq Fit Tegur Aeril Zafrel- “Jangan Jadi Dayus, Tak Rasa Cemburu Ke?”

by Nurul A.
March 31, 2026

Kali ini pempengaruh kecergasan, Tareq Fit kembali mencuri perhatian apabila membuat hantaran berbentuk teguran kepada pelakon dan usahawan Aeril Zafrel....

Read moreDetails
Foto - @norliaghaniofficial48 (IG)
Lokal

Rahsia Lama Terungkai, Norlia Ghani Dedah Dilamar P.Ramlee Ketika Usia 17 Tahun

by Nurul A.
February 20, 2026

Pelakon veteran, Norlia Ghani menjadi perhatian selepas berkongsi satu rahsia lama yang disimpannya bertahun-tahun. Menerusi podcast 'Legasi: Sembang Sambung' yang...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  2. 2

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    Foto Keluarga Camelia Jadi Tumpuan, Wajah Anak Perempuan Salin Tak Tumpah!

  5. 5

    Ziana Zain Sudah Menamatkan Zaman Jandanya Dengan Seorang Ustaz? Peminat Terkejut Mengapa Kahwin Diam-Diam

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara