Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Korea

Oh Tidak! Jeongyeon Bakal ‘Hiatus’ Dari TWICE Sekali Lagi

Ini bukanlah hiatus pertama yang dilakukan oleh Jeongyeon sejak tahun lalu.

by Naddy Joe
August 19, 2021
Share on Facebook

Agensi kepada Jeongyeon TWICE, JYP Entertainment mengumumkan bahawa beliau bakal hiatus sekali lagi disebabkan kesihatan mentalnya sekarang.

Melalui pengumuman menyedihkan yang dimuatnaik di kafe peminat rasmi TWICE, JYP menjelaskan kepada peminat mengenai keadaan kesihatan bintang itu dan mendedahkan bahawa Jeongyeon diserang panik dan kemurungan secara psikologi.

Perlu Tempoh Masa Khusus Untuk Pemulihan

Agensi itu memberitahu bahawa  ketika Jeongyeon dilanda kemurungan ketika meneruskan jadual TWICE yang terakhir, semua pihak yang terlibat bersetuju dan memutuskkan beliau memerlukan tempoh masa yang khusus untuk fokus pada pemulihan.

Selain itu, pendapat Jeongyeon, nasihat perubatan profesional, perbincangan syarikat secara dalaman, dan perasaan ahli TWICE yang lain  turut diambil kira.

“Walaupun Jeongyeon bergerak ke hadapan dengan jadualnya dan mengambil tindakan untuk pulih secara serentak, kami mengambil berat akan kesihatan artis kami sebagai isu paling penting. Oleh itu, setelah perbincangan yang mendalam disertai langkah-langkah perubatan profesional, kami memutuskan bahawa Jeongyeon memerlukan masa yang cukup untuk memberi tumpuan pada pemulihan dan rehatnya.”- ujar Agensi JYP Entertainment dalam sebuah kenyataan

Bakal Hiatus Untuk Jangka Masa Yang Tidak Ditentukan

JYP Entertainment turut menyatakan bahawa Jeongyeon bakal berehat dari aktiviti TWICE yang akan datang untuk jangka masa yang tidak ditentukan. Syarikat ini turut berjanji bahawa mereka akan memberikan prosedur yang terbaik untuk Jeongyeon kembali pulih.

“Kami meminta kasih sayang dan sokongan anda untuk pemulihan Jeongyeon sepenuhnya.”-ujar agensi itu

Apa yang menyedihkan adalah ini bukanlah hiatus pertama yang dilakukan oleh Jeongyeon sejak tahun lalu. Hanya tinggal seminggu sebelum TWICE memulakan promosi untuk album studio kedua mereka, Eyes Wide Open, pada Oktober lalu, JYP Entertainment mengumumkan bahawa Jeongyeon tidak dapat mengambil bahagian dalam promosi kerana masalah yang sama.

[VIDEO] Kumpulan KPOP TWICE Sokong Palestine, Kolaborasi Lagu "We Pray" Bersama Coldplay dan Elyanna

Semoga cepat sembuh Jeongyeon TWICE!

jeongyeon twicetwice
https://lomp.at/8oegc
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @zendaya (IG)
Hollywood

Kenapa Zendaya Minta Aktres Seksi Ini Jaga Jarak Daripada Tom Holland?

by Nurul A.
January 30, 2026

Spekulasi mengenai kehidupan peribadi pasangan selebriti, Zendaya dan Tom Holland kembali mencuri perhatian ramai. Kali ini, khabar angin tersebut mengaitkan...

Read moreDetails
Foto - @therealmiasara (IG)
Lokal

Niat Baik Disalah Tafsir, Mia Sara Hadapi Anxiety Sehingga Cederakan Diri

by Nurul A.
January 30, 2026

Nampaknya konflik antara pelakon Mia Sara Nasuha dan Puteri Balqis Ashikin tak berpenghujung. Dan kali ini, MIa menjadi tumpuan ramai...

Read moreDetails
Foto - @azirashafinaz (Threads)
Lokal

Penampilan Azira Shafinaz Mengenakan Busana Ketat Tuai Kecaman

by Nurul A.
February 10, 2026

Penyanyi kumpulan De Fam dan pelakon, Azira Shafinaz menjadi tumpuan ramai selepas berkongsi beberapa gambarnya ketika sambutan Tahun Baru Cina...

Read moreDetails
Lokal

‘Segala Bulan Islam Diratibnya’- Peminat Luah Pedih, Siti Nurhaliza Balas Dengan Lembut

by Phic ARMAN
January 26, 2026

BIDUANITA Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sekali lagi menjadi bualan hangat,  tetapi bukan kerana salah apa pun. Seperti biasa, Siti...

Read moreDetails
Lokal

Uqasha Senrose Mohon Pihak Terlibat Henti Laga & Sebar Fitnah Isu Kamal Adli Sudah Lama Tak Jumpa Anak

by Naddy Joe
January 23, 2026

Pelakon, Uqasha Senrose tampil menitipkan pesanan kepada pihak terlibat untuk tidak melaga-lagakan dirinya bersama bekas suami yang juga pelakon, Kamal...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    [VIDEO] Mimi Peri Tuai Kecaman, Akui Suka Lelaki Kampung Kerana Bebas HIV

  3. 3

    Dikatakan Majlis Pernikahan Dipenuhi Dengan Alkohol? Netizen Mula Bongkar Agama Sebenar Luna Maya

  4. 4

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

  5. 5

    Isteri Pertama Najib Razak Yang Ramai Tak Tahu! Ramai Kata Puteri Zainah Mirip Tun Rahah

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara