ARMY, inilah berita baik untuk kalian semua! Duo paling ‘chaotic’ dari BTS, Jimin dan Jung Kook, bakal kembali menghiburkan kita semua dengan musim terbaru rancangan realiti mereka, Are You Sure?! Season 2, yang akan ditayangkan 3 Disember ini secara eksklusif di Disney+.
Kali ini, musim terbaru ini lebih istimewa kerana ia dirakam selepas kedua-dua bintang itu menamatkan latihan ketenteraan mereka di Korea Selatan. Seperti yang diketahui, semua ahli BTS kini sedang atau telah menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Korea dengan menyertai khidmat ketenteraan wajib.

Jimin dan Jung Kook masing-masing melapor diri pada Disember 2023, dan selepas hampir dua tahun berpisah dengan aktiviti hiburan, mereka kini kembali dengan semangat baharu. Jadi tidak hairanlah jika musim kedua ini bakal menampilkan sisi mereka yang lebih matang, tenang, tetapi tetap dengan keletah dan spontaniti yang mencuit hati.
Dalam musim kedua ini, dua sahabat baik itu akan mengembara dari pergunungan indah Switzerland hingga ke pantai cantik Da Nang, Vietnam, dengan bajet ciput dan hanya berbekalkan buku panduan. Bayangkan Jimin dan Jung Kook bergelut nak bajet makan, sesat cari jalan, tapi tetap ketawa tanpa henti. Memang content yang buat penonton tak kering gusi.
Musim kedua ini akan menampilkan perjalanan 12 hari mereka dalam 8 episod, dengan dua episod baharu setiap hari Rabu bermula 3 hingga 24 Disember. Jadi bulan Disember ini akan penuh dengan gelak, momen manis dan persahabatan yang tulus.

Kalau belum sempat menonton Are You Sure?! Season 1, korang boleh terus tonton di Disney+ dan saksikan mereka bersantai di New York, Connecticut, Jeju dan Sapporo.
Siri ini juga menambah kepada koleksi kandungan BTS di Disney+ seperti BTS Monuments: Beyond The Star, SUGA: Road to D-DAY, j-hope IN THE BOX, dan PERMISSION TO DANCE ON STAGE – LA.
Pendek kata, Disney+ kini rasmi menjadi port wajib buat semua ARMY!











