• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Filem

Joker Disebut Boleh Cetus Kejadian Tembakan Rambang, Pengarah Buka Mulut

by Phic ARMAN
September 27, 2019
Share on Facebook

Orang ramai mula bimbang, filem JOKER  akan memberi inspirasi kepada penjenayah dan mencetuskan aksi tembakan rambang. Pengarahnya, Todd Phillips akhirnya buka mulut mengenai perkara ini.

Seperti mana yang diketahui, kontroversi filem JOKER muncul selepas siasatan Biro Penyiasatan Persekutuan Amerika Syarikat (FBI) menemui kumpulan radikal yang dipanggil Incels di media sosial. Kumpulan ini mendakwa telah mengidolakan JOKER, dan merancang untuk membuat tembakan rambang pada hari pertama tayangan JOKER pada 4 Oktober kelak.

Penemuan itu juga membuat orang ramai mengimbau kembali kejadian tembakan rambang di sebuah panggung wayang bernama Aurora di Colorado di mana pada saat itu  filem The Dark Knight Rises ditayangkan pada tahun 2012. Hal ini membuatkan filem JOKER dianggap boleh mencetuskan perbuatan jenayah pada hari tayangan kelak.

Todd Phillips

Dipetik dari Screen Rant, Phillips berkata tanpa memandang remeh kejadian penembakan di Aurora 7 tahun yang lalu, dakwaan filem JOKER itu akan memberi inspirasi kepada penjenayah dan aksi tembakan rambang sememangnya tidak masuk akal.

“Penembakan itu sememangnya satu perkara yang sangat terkutuk. Tetapi, anda tidak boleh menyalahkan filem untuk kejadian itu.

“Hanya kerana terdapat kes tembakan di pawagam, ia tidak bermakna pelakunya melakukan itu kerana ia telah diilhamkan oleh filem itu,” kata Phillips.

Selain itu, Phillips kemudian membandingkan filem yang dibuat olehnya dengan filem-filem tindakan lain seperti John Wick yang juga sangat sarat dengan keganasan dan unsur-unsur balas dendam.

YouTube video

“Lihat saja John Wick. Filem ini menceritakan kisah seorang lelaki yang membunuh beratus-ratus orang, dan semua penonton bertepuk tangan ketika melihatnya. Mengapa Joker yang dijadikan inspirasi? “Saya tidak faham,” kata Phillips.

https://lomp.at/ltc3u
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Filem

Kisah Lama Yusof Haslam: ‘Arwah Menangis Minta Saya Buat Kerja Lain’

by Phic ARMAN
January 2, 2026

Setiap kejayaan yang kita lihat hari ini pasti ada cerita di sebaliknya, dan bagi Datuk Yusof Haslam, legenda industri hiburan...

Read moreDetails
Filem

5 Info Menarik Tentang “Tuhan, Benarkah Kau Mendengarku?” Yang Buat Hati Penonton Tak Tenang

by Phic ARMAN
February 8, 2026

Filem Indonesia memang terkenal dengan naskhah yang pandai main emosi. Yang terbaru, Tuhan, Benarkah Kau Mendengarku? kini bersedia pula mengetuk...

Read moreDetails
Filem

‘Akad Yang Hilang’ Bongkar Realiti Nikah Fasid & Anak Haram

by Farah Fatihah
January 15, 2026

Siapa sangka isu perkahwinan tidak sah sebenarnya bukan sekadar masalah undang-undang, tetapi boleh memberi impak besar kepada masa depan keluarga?...

Read moreDetails
Foto - @pureluxury.mag (IG)
Budaya

5 Filem Romantik Untuk ‘Netflix & Chill’ Dengan Si Dia Semasa Hari Kekasih 2026!

by Nurul A.
February 9, 2026

Tinggal lima hari sahaja lagi sebelum Hari Kekasih tiba! Untuk pasangan yang mahu mencipta momen yang paling romantis dalam suasana...

Read moreDetails
Filem

Di Sebalik Tabir Pak Su Ammara, Ummi Nazeera Kongsi Rahsia Que Haidar

by Phic ARMAN
January 5, 2026

Spotlight hari ini MURAI nak mulakan dengan kisah di sebalik tabir drama terbaru Pak Su Ammara. Ummi Nazeera berkongsi pengalaman...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Pelancong Dakwa Terpedaya Harga Makanan RM2 Di Kawasan Tumpuan Pelancong

  2. 2

    Nasi Berlauk Sedap RM5 Jer, Ini Warung Yati Di KL Yang Wajib Singgah!

  3. 3

    Selepas London, ‘Next’ Destinasi Mana? Ini Kata Tony Fernandes

  4. 4

    [VIDEO] Bapa Mentua Kongsi Momen Kamal Adli & Hawra, Netizen Terharu!

  5. 5

    Garfu Kayu Bentuk Kepala ‘Batman’ Undang Kritikan Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore