• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home LifeXplore Selera

Jom Intai Tip Untuk Memastikan Ikan Goreng Di Masak Dengan ‘Perfect’

by Aphit J.
July 26, 2020
Share on Facebook

Menggoreng ikan adalah perkara yang mudah dan menu ini merupakan menu wajib yang perlu ada di atas meja hidangan harian. Bukan itu saja, jika ikan goreng dimakan bersama sambal belacan, kicap dan nasi yang panas, pasti membuat anda menambah bukan?

Tetapi kita sering kali mengalami masalah ketika menggoreng ikan di mana isi ikan akan menjadi hancur, kering dan keras setelah sejuk. Untuk itu, jom kita lihat beberapa tip untuk memastikan ikan goreng anda dimasak dengan perfect.

Menambah Perasa Di Dalam Perapan Ikan

via Kuali

Perkara wajib yang perlu ada sebelum menggoreng ikan adalah bahan perapan seperti kunyit dan juga garam. Pastikan garam anda tidak terlalu banyak untuk mengelakkan ikan menjadi terlalu masin.

Untuk menambah kelainan, anda boleh menambahkan sedikit serbuk perasa, serbuk pati ayam ataupun sedikit lada hitam di dalam perapan ini.

Menggoreng Menggunakan Minyak Yang Banyak

via Resepi Koki

Sama seperti menggoreng makanan lain, menggoreng ikan dengan menggunakan kuantiti minyak yang banyak dapat membantu untuk memastikan proses memasak ikan menjadi sekata. Cukup dengan memastikan minyak dapat menutup permukaan ikan.

Memastikan Minyak Dalam Keadaan Panas

via Sirap Limau

Menurut perkongsian daripada Fatimah Salim di laman Facebooknya, sebelum menggoreng ikan pastikan minyak dalam keadaan betul-betul panas. Mungkin anda perlu membiarkan supaya minyak berasap dalam tempoh seketika dan terus memasukkan ikan ke dalam kuali.

Tindakan ini akan memastikan supaya ikan tidak akan melekat pada permukaan kuali sekaligus akan menjadikan kulit luar ikan menjadi rangup.

Memasak Dalam Tempoh Yang Sekejap

via Endeous TV

Untuk memastikan isi ikan dalam keadaan juicy, sebaiknya gorenglah ikan dalam tempoh yang sekejap. Disebabkan pada awalnya menggoreng pada suhu yang panas, ini akan menjadikan kulit luar ikan menjadi rangup dan di dalam isinya lembut dan juicy. Tindakan ini juga dapat memastikan isi ikan akan kekal lembab dan tidak keras walaupun dibiarkan dalam tempoh yang lama.

Jadi untuk anda penggemar ikan goreng dan yang baru mula belajar untuk menggoreng ikan, tip di atas adalah untuk anda. Selamat mencuba!

cara memastikan ikan goreng tidak melekatcara memastikan isi ikan kekal juicycara menggoreng ikanpetua menggoreng ikantip menggoreng ikan
https://lomp.at/sv62r
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Selera

Ini Beza Ikan Sardin Dan Makeral, Nampak Lebih Kurang Sama Tapi Sebenarnya Tidak!

by Soph Azz
June 2, 2021

Selalu sangat makan ikan sardin dan ikan makeral, kamu sendiri tahu tak apa perbezaan kedua-dua ikan tersebut? Tak dinafikan memang...

Read moreDetails
Foto - Google
missmurai

Menu Sahur Yang Confirm Bagi Kenyang Sepanjang Hari. Psst…Yang Penting Senang Nak Sediakan

by Soph Azz
March 17, 2023

Kamu sudah ada idea ke nak makan apa untuk bersahur ketika bulan puasa minggu nanti? Miss Murai yakin, pasti setiap...

Read moreDetails
Foto - Kalori Makanan
FAKTA

Netizen Pelik Macam Mana Pemilik Baker’s Cottage Boleh Jual Ayam Panggang Murah

by Puteri Alia
November 22, 2021

Tular di media sosial mengenai harga ayam panggang seekor dari Baker's Cottage, dikatakan lebih murah berbanding yang dijual oleh restoran...

Read moreDetails
Selera

5 ‘Port’ Makan Wagyu Kat Shah Alam Anda Wajib Cuba

by Naddy Joe
August 14, 2020

Anda mesti sudah penat memikirkan nak makan di mana yang lebih rare bukan? Anda suka makan steak? Anda pernah merasa...

Read moreDetails
via AI Generated
LifeXplore

Wow, Sedapnya! Kenali 3 Kuih Tradisional Terengganu Yang Hampir Pupus

by Farah Fatihah
January 5, 2026

Siapa je tak kenal kuih tradisional Terengganu, sedap kan? Dari Che Abbas Demam sampai Bantal Buruk, setiap kuih ada cerita...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026- Golongan Manakah Yang Layak Terima?

  2. 2

    Raisa Mahu Peminat Selami Dua Sisi Berbeza Di ‘Raisa Ambivert Tour’

  3. 3

    Tolak Cadangan Tunjuk IC, Penjelasan Khairul Aming Buat Ramai Terdiam- “Tak Semua Tahu PDPA Ni”

  4. 4

    Kenali Isteri Ku Li, Madamme Alfi dan Kehidupan Keluarga Bahagia Mereka

  5. 5

    Dari Penjara ke Istana: Detik Pertemuan Penuh Emosi Dr. Malik Dengan Sultan Selangor

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore