Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Jalan-Jalan

Jom Intip Resort Mewah Neelofa & PU Riz Di Langkawi. 1 Malam Harganya Mengejutkan!

by Zaidin Albert
April 2, 2021
Share on Facebook

Nampaknya kebanyakkan media begitu rancak melaporkan mengenai kesahihan kebenaran rentas negeri Neelofa dan suaminya Harris. Namun Murai MY lebih berminat untuk berkongsi tentang tempat penginapan usahawan dari Kelantan ini di Langkawi.

Walaupun lari dari topik semasa, tapi sampai bila kita nak mempertikaikan apa yang dilakukan oleh pasangan romantis kan? Tak jemu ke?

Sepanjang pasangan ini berada di Langkawi, tak kisahlah urusan kerja ataupun honeymoon, tidak ramai yang tahu di mana mereka menginap. Neelofa sendiri pun tidak menyatakan lokasi tempat penginapan di laman media sosial.

Gaya Hidup Mewah

Sebagai seorang usahawan, sejak dari dulu lagi Neelofa sendiri memang dikenali dengan gaya hidup yang mewah lagi-lagi ketika bercuti bersama keluarga. Namun kali ini, dimanakah tempat penginapan pilihan Neelofa untuk honeymoon bersama suami tercinta buat kali pertama.

Menurut tinjauan kami di IG stories Neelofa, kami akhirnya dapat menemui jawapannya. Pasangan ini memilih untuk tinggal di resort lima bintang, The St. Regis Langkawi. Hotel ini terletak di Jalan Pantai Beringin, Langkawi iaitu 5 minit memandu dari Jeti Kuah.

Murai MY berjaya mengesan resort penginapan pasangan ini melalui IG stories Neelofa di mana tertera logo hotel tersebut ketika dia menikmati sarapan pagi.

Kalau anda nak tahu, The St. Regis Langkawi antara resort paling mewah di Langkawi. Resort ini dikelilingi dengan hutan hujan yang subur dan pantai persendirian.

Bilik yang disediakan di sini terbahagi kepada dua iaitu Villa dan Suite. Nak tahu Neelofa memilih jenis bilik yang mana?

Tinjauan Murai MY di IG stories Neelofa, kami hanya mampu meneka pasangan ini memilih Sunset Villa dengan balkoni permandangan laut. Buktinya seperti gambar di bawah.

[VIDEO] Peminat Teruja Neelofa & Amira Othman Berpelukan-"Masya Allah Wanita Syurga"

Harga Bilik RM 2,605 semalam?

Setelah melihat sendiri laman web rasmi The St. Regis Langkawi, harga bilik mewah ini sekitar RM 2,605 semalam, termasuk sarapan untuk 2 orang. Dah macam harga sebulan gaji graduan diploma ya..

Foto: The St. Regis Langkawi

Di dalam Villa mewah ini, para tetamu akan menyukai peralatan khas, ruang tamu dan ruang makan yang terpisah, dapur kecil dan pemandangan laut yang menakjubkan.

Foto: The St. Regis Langkawi

Bilik mandi marmar yang luas direka bentuk dengan rapi, dilengkapi dengan dua meja rias, tab mandi, dan pancuran hujan yang besar.

Foto: The St. Regis Langkawi

Anda tengok gambar sahaja pun sudah rasa macam teringin untuk pergi ke situ, apatah lagi kalau dapat pergi betul betul kan?

Ada Private Pool

Foto: The St. Regis Langkawi

Disajikan pemandangan seluas alam, anda dapat melihat keindahan Pulau Langkawi sambil menikmati private pool yang disediakan sekali bersama bilik tempahan anda.

Dikelilingi laut yang menutupi Pulau Langkawi membuatkan resort ini sangat mewah dan menawan.

Menarik dan sangat sesuai untuk honeymoon kan? Jika anda sedang merancang untuk membawa pasangan anda untuk bercuti ke Langkawi, bolehlah datang ke sini. Memang privasi!

langkawineelofa
https://lomp.at/q2wz5
Share3Tweet2SendShare

KINI TRENDING

Lokal

[VIDEO] Adi Putra Terjebak Buat Trend TikTok, Peminat Tak Keruan!

by Naddy Joe
February 24, 2026

Nama aktor kacak, Datuk Adi Putra mencuri perhatian netizen selepas berkongsi satu video di media sosial, baru-baru ini. Menerusi video...

Read moreDetails
Hotel

Dari Rendang Tok Sampai Burnt Cheesecake Durian, Buffet Raya Lemon Garden Shangri-La KL Kembali Lagi

by Phic ARMAN
March 29, 2026

Musim Raya memang tak lengkap tanpa jamuan besar-besaran, kan? Kali ini, MURAI nak bawa anda menjengah kemeriahan Hari Raya Open...

Read moreDetails
Foto - @drfietawfek (IG)
Lokal

Habis Tempoh Iddah, Dr Fie Tawfek Kongsi ‘Dirisik’ Ramai Jejaka- “Kalau Allah Kata Jodoh”

by Nurul A.
March 16, 2026

Doktor pergigian, Dr Fie Tawfek menjadi perhatian ramai selepas tamat tempoh iddahnya baru-baru ini. Dr Fie atau nama penuhnya Afifah...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Bapa Mentua Kongsi Momen Kamal Adli & Hawra, Netizen Terharu!

by Naddy Joe
February 13, 2026

Baru-baru ini tular satu video di Threads yang memaparkan pelakon, Kamal Adli sedang meluangkan masa bersama anak perempuannya iaitu Hawra...

Read moreDetails
Insentif

Biasiswa Anak eKasih Diperkenalkan, 10,000 Pelajar IPTA Bakal Terima Manfaat

by Ayu Kamaruddin
March 12, 2026

Kerajaan menerusi Kementerian Pendidikan Tinggi terus komited memperluaskan akses pendidikan kepada golongan memerlukan dengan memperkenalkan Biasiswa Anak eKasih. Inisiatif baharu...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  2. 2

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    Foto Keluarga Camelia Jadi Tumpuan, Wajah Anak Perempuan Salin Tak Tumpah!

  5. 5

    Ziana Zain Sudah Menamatkan Zaman Jandanya Dengan Seorang Ustaz? Peminat Terkejut Mengapa Kahwin Diam-Diam

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara