• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Update Berita

Siapa Yang Bakal Mencuri Hati Selebriti Misteri? Tonton Program Realiti Terbaru Keluaran sooka & Astro

by Aphit J.
August 20, 2022
Share on Facebook

Diinspirasikan oleh rancangan-rancangan program realiti mencari cinta yang kian popular pada masa kini, sooka, aplikasi penstriman hiburan tempatan, bakal memperkenalkan siri Originals berformat program realiti mencari cinta melibatkan selebriti yang pertama di Malaysia.

Kerjasama Antara sooka dan Astro

Rancangan realiti tersebut akan dihasilkan atas kerjasama sooka bersama Astro dan bakal menampilkan seorang selebriti misteri popular, yang sering menjadi tumpuan ramai.

Fenomena program realiti mencari cinta merupakan trend yang diminati oleh generasi milenial pada masa kini.

Peluang Peminat Untuk Lebih Mengenali Selebriti

Program seperti ini diharapkan dapat memberi peluang kepada peserta dan peminat untuk mengenali selebriti pujaan mereka dengan lebih dekat sebagai individu tersendiri, di luar profesion sebagai artis.

Format program ini juga akan lebih mengetengahkan keserasian personaliti para peserta bersama selebriti tersebut, berlandaskan konteks yang bersesuaian dengan sensitiviti budaya tempatan.

Maklumat Pencarian

Berikut adalah kategori dimana semua golongan wanita bujang di Malaysia berusia antara 21 – 45 tahun di jemput untuk menyertai uji bakat program realiti tersebut, seperti berikut:

  1. Hantarkan video berdurasi pendek ‘Mengapa saya ingin berkenalan [selebriti pilihan anda]
  2. Namakan 3 selebriti tempatan popular yang ingin anda kenali
  3. Emelkan penyertaan anda berbentuk video atau Pautan di submissionforaudition@astro.com.my
  4. Sila nyatakan pada subjek e-mel: ‘Penyertaan: Saya ingin mengenali selebriti lelaki paling popular’
  5. Tarikh Akhir akhir penyertaan : 23 Ogos 2022

Program realiti ini akan ditayangkan eksklusif di sooka pada akhir tahun ini. Penonton boleh menonton dengan melanggan pelan langganan mudah alih sooka – pelan VIP Entertainment pada harga RM15.90/bulan, atau pelan VIP TV pada harga RM42.50 sebulan* untuk pengalaman menonton konten tersebut di skrin TV.

Untuk maklumat lebih lanjut tentang rancangan dating realiti ini, anda boleh kunjungi laman sosial sooka, sooka Malaysia (Facebook), @sookamalaysia (Instagram), atau kunjungi laman web sooka di https://sooka.my/en/.

Astrosooka
https://lomp.at/ywg32
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Berita

Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

by Nurul A.
February 19, 2026

Bagi menyambut kedatangan bulan Ramadan yang mulia, kerajaan Malaysia telah memperkenalkan Bantuan Awal Ramadan melalui Sumbangan Asas Rahmah (SARA One-Off)...

Read moreDetails
Berita

“Mesej Dihantar Masih Tak Dibaca”- Nuh Travel Beri Penjelasan

by Naddy Joe
January 16, 2026

Baru-baru ini tular berita kehilangan pelakon, Nadia Kesuma yang gagal dikesan setelah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz,...

Read moreDetails
Berita

Anak Vincent Tan, Chryseis Tan Dedah Wajah & Nama Cahaya Mata Ketiga Bersama SM Faliq

by Naddy Joe
December 24, 2025

Personaliti media sosial dan anak jutawan terkenal, Vincent Tan iaitu Chryseis Tan akhirnya mendedahkan wajah cahaya mata ketiganya selepas selamat...

Read moreDetails
Berita

[VIDEO] Caprice Dedah Taska Terkenal Kurung Budak Autisme Dalam Stor? Netizen Kongsi Pengalaman!

by Naddy Joe
January 21, 2026

Baru-baru ini tular video yang memaparkan kanak-kanak autisme yang didakwa dikurung di dalam stor salah sebuah taska terkenal di Shah...

Read moreDetails
Berita

SPTM Dilancar Tahun Ini, Insentif RM50,000 Untuk Institusi Tahfiz Terbaik

by Ayu Kamaruddin
January 5, 2026

Standard Pengiktirafan Tahfiz Malaysia (SPTM) akan dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun ini, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] “Cantiknya Anak Awie”- Wajah Arni Nazira Zaman Muda Kembali Jadi Sebutan

  2. 2

    Didakwa Halang Pengguna Kerusi Roda Masuk Premis, Tindakan Butik Undang Perdebatan

  3. 3

    Nasi Berlauk Sedap RM5 Jer, Ini Warung Yati Di KL Yang Wajib Singgah!

  4. 4

    Pelancong Dakwa Terpedaya Harga Makanan RM2 Di Kawasan Tumpuan Pelancong

  5. 5

    RM17 Juta ‘Ang Pow’ Kerajaan Johor Untuk Komuniti Cina Sempena Tahun Baharu Cina 2026

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore