Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Filem

Jom Rewatch Filem Klasik Krismas Yang Best & Langsung Tak Bosan

by Rory Kim
December 27, 2023
Foto - US Weekly

Foto - US Weekly

Share on Facebook

Sudah menjadi lumrah, setiap kali tibanya musim perayaan akhir tahun krismas, kita tak dapat lari daripada menonton filem—filem klasik. Home Alone, The Sound of Music, The Polar Expressway antara filem bertemakan Krismas menjadi pilihan seisi keluarga. Bukan sahaja yang menyambut hari Natal, bahkan semua orang menyukai filem-filem klasik yang sentimental dan dekat dihati ini.

Agaknya filem krismas apa yang selesa ditonton di rumah bersama keluarga? Ini antara pilihan Miss Murai. Plot yang cantik tersusun dari mula hingga akhir, dengan lakonan bersahaja, sinematografi yang buat kamu terpikat, arrrgghhh banyak bendalah yang buat penulis suka sangat dengan tiga filem klasik ini. Banyak kali tonton pun tak bosan!

The Holiday

YouTube video

Filem ini menceritakan tentang dua wanita yang gagal dalam percintaan. Mereka berdua memutuskan untuk bertukar rumah semasa cuti Krismas dan Tahun Baru. Iris (Kate Winslet) tinggal di sebuah kotej di kawasan luar bandar Surrey, England. Manakala watak Amanda (Cameron Diaz) tinggal di rumah agam mewah di Los Angeles. Pertukaran rumah membawa mereka menemui cinta hati baru yang penuh ‘suspen’.

The Family Stone

YouTube video

Paling penulis suka! Bayangkan bila kamu membawa cinta hati bertemu dengan keluarga. Mesti macam-macam ragam, dan filem ini ada kesemuanya. Everett (Dermot Mulroney) membawa teman wanitanya Meredith (Sarah Jessica Parker) pulang beraya di rumah keluarga besar untuk meraikan krismas. Dek kerana personaliti Meredith yang agak tegang, dia tidak diterima baik oleh keluarga Everett. Konflik timbul bila munculnya kakak Meredith, Claire dan babak yang membawa kepada ‘twist’.

Love Actually

YouTube video

Legendary! Filem yang diterbitkan 20 tahun lalu masih menjadi pilihan penonton sehingga ke hari ini. Kisah yang memfokuskan kepada pelbagai cerita daripada beberapa orang yang berbeza pandangan. Sebuah filem cinta berlatarkan suasana krismas menjadikan Love Actually penuh memori. Salah satu adegan paling ikonik dari filem ini ialah apabila Juliet (Keira Knightley) dikunjungi oleh Mark (Andrew Lincoln) di rumahnya, membawa helaian kertas meluahkan perasaannya. Ramai yang meniru babak ini untuk meluahkan perasaan cinta.

Gurauan Sesama Rakan, Meerqeen Nafi Ke Hollywood- "Mana Ada Saya Cakap Nak Pergi..."

Jom hujung minggu tonton bersama keluarga yang tercinta.

Filem KrismasHollywood
https://lomp.at/y1urn
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Filem

Balik Raya Asyik Kena Soal ‘Bila Nak Kahwin’? Iklan Raya “Bila” Arahan Nadhir Nasar Tayang 7 Mac Ini

by Farah Fatihah
March 6, 2026

Sempena kedatangan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang, Laugh Out Loud Entertainment Sdn Bhd melancarkan iklan Raya terbaharu berjudul “Bila”...

Read moreDetails
Filem

‘Akad Yang Hilang’ Bongkar Realiti Nikah Fasid & Anak Haram

by Farah Fatihah
January 15, 2026

Siapa sangka isu perkahwinan tidak sah sebenarnya bukan sekadar masalah undang-undang, tetapi boleh memberi impak besar kepada masa depan keluarga?...

Read moreDetails
Foto - @kongtaomovie (IG)
Filem

Pelakon Filem Seram ‘Kong Tao’ Bakal Temui Peminat Di Penang & Lembah Klang!

by Nurul A.
March 9, 2026

Filem seram kerjasama Malaysia-Thailand, 'Kong Tao' bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 19 Mac 2026. Bersempena tayangan filem ini,...

Read moreDetails
Foto - @pureluxury.mag (IG)
Budaya

5 Filem Romantik Untuk ‘Netflix & Chill’ Dengan Si Dia Semasa Hari Kekasih 2026!

by Nurul A.
February 9, 2026

Tinggal lima hari sahaja lagi sebelum Hari Kekasih tiba! Untuk pasangan yang mahu mencipta momen yang paling romantis dalam suasana...

Read moreDetails
Filem

5 Info Menarik Tentang “Tuhan, Benarkah Kau Mendengarku?” Yang Buat Hati Penonton Tak Tenang

by Phic ARMAN
February 8, 2026

Filem Indonesia memang terkenal dengan naskhah yang pandai main emosi. Yang terbaru, Tuhan, Benarkah Kau Mendengarku? kini bersedia pula mengetuk...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    [VIDEO] Mimi Peri Tuai Kecaman, Akui Suka Lelaki Kampung Kerana Bebas HIV

  3. 3

    Dikatakan Majlis Pernikahan Dipenuhi Dengan Alkohol? Netizen Mula Bongkar Agama Sebenar Luna Maya

  4. 4

    Isteri Pertama Najib Razak Yang Ramai Tak Tahu! Ramai Kata Puteri Zainah Mirip Tun Rahah

  5. 5

    Tamatkan 18 Tahun Perkahwinan Dengan Anak Rosmah, Fazley Yaakob Umum Perceraian Dengan Isteri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara