• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home LifeXplore Budaya

Jom Saksikan Kemuncak Sape’ Junior 2023 Di TV2 Malam Ini

by Aphit J.
May 13, 2023
Share on Facebook

RTM menerusi saluran TV2 akan menyiarkan Kemuncak Pertandingan Sape’ Junior pada 13 Mei ini, pukul 9.00 malam yang berlangsung di Auditorium P. Ramlee RTM Kuching, Sarawak. Turut disiarkan di aplikasi RTMKlik dan Facebook RTM Sarawak.

Berentap Bersama 6 Peserta

via RTM

Seramai enam peserta bakal berentap untuk merebut gelaran Juara Pertandingan Sape’ Junior 2023.

Mereka yang layak ialah, Martinus Njok Sebi, Ferderick Maldini, dan Darren Mengga anak Larry Mengga dari Kuching.

Manakala satu-satunya peserta dari Sibu, Stanford Rayan Sidi turut berjaya mara ke malam kemuncak itu. Aeron Junior Ibas dan Ernest Vaneman Amut Leonard pula merupakan peserta yang layak dari Miri.

Bertandingan Dalam Dua Pusingan

via RTM

Keenam-enam peserta ini wajib mempersembahkan sebuah lagu Sape’ tradisional secara solo pada pusingan pertama tidak lebih daripada tiga minit.

Seterusnya untuk pusingan kedua, peserta dikehendaki membawa lagu kontemporari yang akan diiringi oleh Kombo D’Aspriasi RTM Kuching dengan durasi maksimum lima minit.

Kehebatan serta kemahiran mereka dalam bermain alat muzik Sape itu akan dinilai oleh para juri profesional terdiri daripada pemain Sape’ dan ahli muzik profesional.

Kerjasama Kerajaan Negeri

via RTM

Pertandingan Sape’ Junior 2023 yang mendapat sokongan daripada Kerajaan Negeri menerusi Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan dengan kerjasama strategik Persatuan Anak Seni Sape’ Kuching (PUSAK) merupakan sebuah program terbitan RTM Sarawak untuk mengetengah bakat serta kreativiti pemain Sape’.

Manakala Sape’ adalah alat muzik tradisional komuniti Orang Ulu Sarawak seperti gitar yang pada tradisinya digunakan oleh suku-suku Kenyah, Kayan dan Kelabit.

Dahulunya Sape’ hanya dimainkan semasa upacara perubatan di rumah panjang, namun perubahan zaman menjadikannya alat muzik yang digunakan sebagai bentuk hiburan.

RTMsape
https://lomp.at/hgyhs
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Destinasi

Pengalaman Umrah Super Ekonomi Dengan Ikhlas, “Harga Macam Tak Masuk Akal Tapi Yang Pergi Jer Tahu…”

by Phic ARMAN
October 28, 2025

Kalau sebut Umrah bajet, ramai terus terbayang hotel jauh, makanan roti keras, dan jadual serba ringkas. Tapi bila kami di...

Read moreDetails
via Ai-Generated
LifeXplore

Keindahan Seni Bina Islam: 5 Masjid Ikonik di Malaysia

by Farah Fatihah
December 28, 2025

Malaysia bukan sahaja terkenal dengan kepelbagaian budaya dan alam semula jadi yang memukau, malah turut memiliki deretan masjid yang indah...

Read moreDetails
Budaya

Raikan Warisan Orang Asli & Orang Asal di Irama Asli & Asal 2025 – Festival Percuma Menanti Anda!

by Aphit J.
November 23, 2025

Irama Asli dan Asal 2025 kembali memeriahkan ibu kota dengan mempersembahkan warisan dan budaya kaum Orang Asli dan Orang Asal...

Read moreDetails
via Unsplash/Pexels/Wikipedia
Islamik

5 Masjid Paling Menyentuh Hati Dengan Seni Bina Hebat Di Malaysia

by Iffah Najwa
December 13, 2025

Malaysia sememangnya terkenal dengan landskap seni bina Islamik yang memukau, menggabungkan warisan tradisi dan sentuhan moden. Rumah-rumah ibadat ini bukan...

Read moreDetails
LifeXplore

Memang Rare! Gelanggang Luncur Terbuka Pertama di Malaysia Kini Di Suria KLCC

by Phic ARMAN
December 1, 2025

Hujung tahun memang waktu paling syok untuk buat benda lain daripada biasa, dan tahun ni Suria KLCC bagi alasan paling...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Engku Imran Titip Penghargaan Buat Soraya Ann, Anak Aisyah Sinclair

  2. 2

    ‘Happy Wife, Happy Life’, Netizen Cair Tengok Suami Jannah Nick Pandai Jahitkan Topi Isteri

  3. 3

    Anak Vincent Tan, Chryseis Tan Dedah Wajah & Nama Cahaya Mata Ketiga Bersama SM Faliq

  4. 4

    [VIDEO] Ifa Raziah Redha Terpaksa Berpisah Dengan Pembantu Rumah-“16 Tahun Bukan Masa Yang Singkat..”

  5. 5

    5 Pusat Beli Belah Dengan Dekorasi Krismas 2025 Wajib Singgah Di Kuala Lumpur

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore