• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Filem

Jom Saksikan Tayangan Istimewa Sempena Hari Natal Di TV2

by Aphit J.
December 10, 2022
Share on Facebook

Radio Televisyen Malaysia (RTM) berkongsi keceriaan sambutan Hari Natal yang diraikan pada 25 Disember depan dengan menyiarkan lima program khas menghiburkan yang boleh dipilih sendiri mengikut citarasa penonton.

Tayangan Selama Dua Hari Berturut

via RTM

Dua hari berturut-turut menerusi saluran TV2, nantikan program pelbagai genre bermula pada 25 Disember ini dengan tayangan telemovie “A Christmas Hug”, pukul 10.00 pagi, animasi Inggeris, “Peter Rabbit”, pukul 1.00 tengah hari diikuti hiburan khas Krismas terbitan Unit Hiburan TV RTM, “Christmas Party”, pukul 9.00 malam.

Esoknya, 26 Disember 2022 menyusul dua program iaitu telemovie bertajuk “The Gift”, pukul 1.00 tengah hari dan hiburan khas konsert “Sting: Live At The Olympia Paris”, pukul 3.00 petang.

A Christmas Hug Megisahkan Kepercayaan

Telemovie “A Christmas Hug” membawakan kisah tragedi melanda, apabila John kehilangan kepercayaannya untuk menyambut Krismas. Dia cuba sedaya upaya untuk mengelak daripada perayaan ini dengan menyibukkan diri menguruskan projek terutamanya semasa hari Krismas.

John menghantar anak perempuannya, Josephine ke kampung halaman mereka setiap tahun supaya dia dapat mengelak meraikannya.

Kisah Kehidupan Arnab

via Media Amazon

Seterusnya animasi Inggeris “Peter Rabbit” mengisahkan Peter Rabbit dan tiga adik perempuannya Flopsy, Mopsy dan Cotton-Tail menikmati hari-hari mereka di kebun sayur Mr.

McGregor. Apabila salah seorang saudara Mr. McGregor tiba-tiba berpindah, dia kurang teruja menemui keluarga arnab di rumah baharunya. Pertempuran wasiat bakal tercetus apabila pemilik baharu menyusun rancangan demi rancangan untuk menyingkirkan Peter, arnab bijak yang licik.

Hiburan Nyanyian Dalam ‘Chritmas Party’ Dan ‘Sting: Live at The Olympia Paris’

via RTM

Nantikan juga program hiburan “Christmas Party” yang membariskan artis Jay Walia, Suki, Vanessa, Daniel Lee, Rosario, Genius Koir, dan Paraveen (Juara Minnal FM) dengan persembahan nyanyian lagu-lagu popular secara live band dengan menampilkan persembahan artis-artis, genius koir dan Dato Shafinaz.

Diselitkan dengan chit chat pengacara Jay Walia bersama artis sambil memberi soalan-soalan berkaitan sambutan perayaan Krismas.

Berhibur dengan konsert “Sting: Live at The Olympia Paris”, dalam siri jelajah Sting di ibu negara Perancis. Pemuzik, penyanyi dan penulis lagu Sting mempersembahkan album terbaharu “57th & 9th” di ibu negara Perancis.

.

RTMSTING
https://lomp.at/iup9y
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Filem

‘Akad Yang Hilang’ Bongkar Realiti Nikah Fasid & Anak Haram

by Farah Fatihah
January 15, 2026

Siapa sangka isu perkahwinan tidak sah sebenarnya bukan sekadar masalah undang-undang, tetapi boleh memberi impak besar kepada masa depan keluarga?...

Read moreDetails
Filem

Di Sebalik Tabir Pak Su Ammara, Ummi Nazeera Kongsi Rahsia Que Haidar

by Phic ARMAN
January 5, 2026

Spotlight hari ini MURAI nak mulakan dengan kisah di sebalik tabir drama terbaru Pak Su Ammara. Ummi Nazeera berkongsi pengalaman...

Read moreDetails
Filem

5 Info Menarik Tentang “Tuhan, Benarkah Kau Mendengarku?” Yang Buat Hati Penonton Tak Tenang

by Phic ARMAN
February 8, 2026

Filem Indonesia memang terkenal dengan naskhah yang pandai main emosi. Yang terbaru, Tuhan, Benarkah Kau Mendengarku? kini bersedia pula mengetuk...

Read moreDetails
Foto - @pureluxury.mag (IG)
Budaya

5 Filem Romantik Untuk ‘Netflix & Chill’ Dengan Si Dia Semasa Hari Kekasih 2026!

by Nurul A.
February 9, 2026

Tinggal lima hari sahaja lagi sebelum Hari Kekasih tiba! Untuk pasangan yang mahu mencipta momen yang paling romantis dalam suasana...

Read moreDetails
Filem

Kisah Lama Yusof Haslam: ‘Arwah Menangis Minta Saya Buat Kerja Lain’

by Phic ARMAN
January 2, 2026

Setiap kejayaan yang kita lihat hari ini pasti ada cerita di sebaliknya, dan bagi Datuk Yusof Haslam, legenda industri hiburan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Pelancong Dakwa Terpedaya Harga Makanan RM2 Di Kawasan Tumpuan Pelancong

  2. 2

    Nasi Berlauk Sedap RM5 Jer, Ini Warung Yati Di KL Yang Wajib Singgah!

  3. 3

    [VIDEO] “Cantiknya Anak Awie”- Wajah Arni Nazira Zaman Muda Kembali Jadi Sebutan

  4. 4

    Didakwa Halang Pengguna Kerusi Roda Masuk Premis, Tindakan Butik Undang Perdebatan

  5. 5

    [VIDEO] Bapa Mentua Kongsi Momen Kamal Adli & Hawra, Netizen Terharu!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore