Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Jom Saksikan Transformasi Kayda Menerusi ‘Len Macam’

by Aphit J.
June 17, 2023
Share on Facebook

Ibarat pepatah Melayu, “diam-diam ubi berisi” begitulah diibaratkan buat artis hip-hop wanita tanah air bertubuh genit dan bersemangat waja, Kayda Aziz.

Tidak Muncul Setahun

Hampir setahun tidak muncul dengan mana-mana karya, kini beliau kembali dengan single hip-hop terbaharu berjudul ‘LEN MACAM’ hasil nukilannya sendiri dengan komposer muda berbakat, DJ Ziqq.

Bintang Mamee Chef Mi Goreng Rendang Lagenda bersama bondanya ini lebih banyak menghabiskan masa merakam lagu-lagu baharu selain meluangkan masa bersama keluarga tercinta dengan bercuti di luar negara.

Individu Yang Dinaik Taraf

via Joeprcinternational

Lagu ini menyaksikan transformasi Kayda sebagai seorang individu yang baharu dan dinaik taraf.

Disebabkan sering mendengar rakan-rakan dan keluarga menyebut ayat LEN MACAM ketika berborak, jadi Kayda rasakan ia idea yang bagus jika dijadikan lagu, manakala melodinya pula terinspirasi daripada lagu yang dibawakan oleh penyanyi Latin antarabangsa, Rosalía.

Mengambil Masa 4 Jam

Lagu yang bergenre hip-hop ini ada unsur pop, RNB dan juga muzik reggae yang menambah perisa dalam karya yang easy-listening dan sing-along ini, dan Kayda hanya mengambil masa selama 4 jam untuk merakamkan lagu ini dalam dua versi iaitu Melayu dan Inggeris.

Sebagai anak seni, Kayda mahu menjadi artis multi-genre walaupun memulakan kerjayanya dengan muzik hip-hop, kerana kebanyakan lagu-lagu yang dihasilkannya sebelum ini mempunyai unsur, pop, RNB dan juga dansa.

Boleh Disaksikan Melalui Pelbagai Media Platform

via Joeprcinternational

Lagu LEN MACAM boleh dimuat turun di iTunes Store dan dijadikan sebagai nada dering panggilan menerusi ke semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengar dan nikmati pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian utama seperti Apple Music, Spotify, Joox, YouTube Music, KKBox dan Deezer.

Manakala MV single ini pula boleh ditonton secara eksklusif hanya di saluran YouTube Kayda.

DJ ZiqqkaydaKayda Aziz
https://lomp.at/le56x
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Korea

Kyuhyun & AHOF Bakal Beraksi Di ‘K-Sarang Super Concert 2026’ Pada 11 April Ini Di Kuala Lumpur!

by Naddy Joe
February 27, 2026

Gelombang Korea bakal melanda Malaysia dengan lebih hebat menerusi kemunculan sulung K-SARANG SUPER CONCERT 2026, sebuah acara muzik spektakular yang...

Read moreDetails
Lokal

Dari Tawa Hingga Gugur Air Mata, Ini 5 Buah Lagu Raya Yang Terbaik Untuk Anda!

by Naddy Joe
March 2, 2026

Bersempena Ramadan dan Syawal pada tahun ini, label hiburan terkenal, Rocketfuel Entertainment tampil dengan sebuah inisiatif istimewa menerusi pelancaran lima...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Dafi, Ryan Bakery & Farel Prayoga Bersatu Dalam ‘Raya Yay Yay’

by Naddy Joe
March 9, 2026

SEMPENA kehadiran Syawal yang bakal menjelma tidak lama lagi, Dafi, Ryan Bakery dan Farel Prayoga muncul dengan lagu raya berjudul...

Read moreDetails
Indonesia

Konsert ‘Senandung Di Kuala Lumpur’ Bakal Gegar Ibu Kota Pada Mei Ini

by Naddy Joe
February 20, 2026

 Peminat muzik berjiwa retro dan jazz-pop bakal disajikan dengan sebuah pengalaman istimewa menerusi konsert “Senandung Ria Di Kuala Lumpur”, anjuran...

Read moreDetails
Lokal

Yo Yo Raya Dari The Aura Bawa Peminat Selami Kemeriahan Hari Raya

by Naddy Joe
April 4, 2026

“Yo Yo Raya” membawa pendengar menyelami kemeriahan Hari Raya yang dirasai pelbagai  lapisan masyarakat tidak kira pangkat dan usia. Lagu...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Wak Doyok Sasar Branniganz Suites Di Bukit Bintang-“Kereta Mewah… Semua Dah Ku Jual”

  2. 2

    “RM7.80 Je Pun?” – Sikap Sambil Lewa Layan Pelanggan Cetus Rasa Tidak Puas Hati

  3. 3

    Putera Jefri Ibrahim di Johor Motorsports Racing (JMR) Curi Perhatian, Ramai Kagum Dengar ‘British Slang’

  4. 4

    Ramai Tak Tahu! Kampung Agong Di Penaga Ada Pemandangan Cantik Macam Luar Negara

  5. 5

    Anne Ngasri Dilantik Sebagai Pengerusi Hotel Premiera Kuala Lumpur

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara