Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Berita

Jom Warnai Sambutan Hari Deepavali Anda Di TV2

by Aphit J.
October 23, 2022
via RTM

via RTM

Share on Facebook

Perayaan Deepavali merupakan sebuah perayaan berwarna-warni yang dirayakan oleh masyakat India yang beragama Hindu di seluruh pelusuk dunia dan tahun ini disambut pada 24 Oktober ini.

Tayangan Selama Dua Hari Berturut-Turut

via RTM

Radio Televisyen Malaysia (RTM) optimis berkongsi tayangan empat program khas yang meraikan sambutan Hari Deepavali ini, dua hari berturut-turut iaitu pada 24 dan 25 Oktober ini.

Bermula dengan slot cereka khas Deepavali menayangkan filem “Venpa” pada 24 Oktober ini, pukul 2.30 petang yang mengisahkan cerita cinta antara watak utama Thenavan, Shiela dan Kalyani.

Filem ini dibintangi oleh Yuvaraj Krishnasamy, Agalyah Maniam, Santeinii Chandrabos, Thevaguru Suppiah, Nanthini Sugumaran, dan Kuben Mahadevan.

Berkongsepkan Muzikal

via RTM

Hari sama pukul 9.00 malam berhibur dengan program “Patti Veetu Deepavali”, hiburan khas Deepavali berkonsepkan muzikal drama yang menggabungkan pelbagai eleman seperti drama, nyanyian dan tarian.

Rancangan ini akan membawa kisah seorang nenek yang rindukan perayaan Deepavali dan membuat persediaan bagi menyambut kepulangan ahli keluarga yang dirindui.

Ia menampilkan persembahan artis Hariharan, Deevakanni, Brema, Susila Dewi, Kogila, Sattiya, Reloshini dan Chandhine Kaur, Vicanes  Jay serta kumpulan penari Sahibba Arts.

Lebih Kekeluargaan

via RTM

Pada 25 Oktober 2022 saksikan tele khas Deepavali bertajuk “Appa Na Adaiyalam”, pukul 3.00 petang lakonan Mj Nada, Sasi Kumar, Kabil Ganesan, Vicky Nadarajah dan Alvin Martin.

Ia berlatarkan kisah berlaku dalam diri Raghu dan Mithra yang malu untuk memperkenalkan emak dan ayah mereka kepada masyarakat kerana mereka miskin dan tidak setanding seperti ibu bapa kawan-kawannya.

Menyusul sebelah malam telemovie dengan tajuk “Aku, Paatti & Murukku”, pukul 9.00 malam tentang Janiki, atau Nicky seorang yang moden, trendy dan influencer di media sosial bertemu dengan Paatti yang berpegang teguh kepada tradisi, adab dan adat bangsa India.

deepavali
https://lomp.at/iqg0k
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Berita

[VIDEO] Diyana Halik Titip Ucapan Istimewa Sempena Hari Lahir Aaron Aziz Yang Ke-50

by Naddy Joe
February 24, 2026

Perkongsian isteri kepada aktor kelahiran Singapura, Diyana Halik iaitu Aaron Aziz mencuri perhatian netizen selepas berkongsi momen kejutan hari lahir...

Read moreDetails
Berita

[VIDEO] “Tenanglah Di Sana Abangku…”-Anak Kedua Amyza Aznan

by Naddy Joe
February 27, 2026

Anak kedua pelakon, Amyza Aznan iaitu Adrian Adam mencetuskan rasa sebak netizen selepas memuatnaik satu video di media sosial, baru-baru...

Read moreDetails
Berita

Aliff Syukri Teruja Dapat Selongkar Rumah Azrinaz Mazhar Hakim-“Bilalah Saya Nak Duduk Rumah Cantik Macam Ni..”

by Naddy Joe
April 3, 2026

Usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri meluahkan rasa teruja apabila melihat dekorasi kediaman bekas personaliti televisyen, Azrinaz Mazhar Hakim...

Read moreDetails
Berita

Abby Abadi Perjelas Isu Luahan Maria Danisha, Lain Pula Reaksi Netizen?

by Naddy Joe
April 3, 2026

Pelakon, Abby Abadi tampil memberikan penjelasan berhubung isu luahan anak bongsunya, Maria Danisha yang seolah-olah memberikan bayangan dirinya kurang diberi...

Read moreDetails
Berita

[VIDEO] Siti Nurhaliza Kongsi Momen Rai Hari Lahir Datuk K Bersama Keluarga, Peminat Terharu!

by Naddy Joe
February 20, 2026

Perkongsian Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mencuri perhatian peminat selepas memuatnaik satu video yang memaparkan seluruh keluarga meraikan hari...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “RM7.80 Je Pun?” – Sikap Sambil Lewa Layan Pelanggan Cetus Rasa Tidak Puas Hati

  2. 2

    Putera Jefri Ibrahim di Johor Motorsports Racing (JMR) Curi Perhatian, Ramai Kagum Dengar ‘British Slang’

  3. 3

    Nampak Bersih, Tapi Sebenarnya Tidak? Pendedahan Tentang Cacing Dalam Badan Buat Ramai Tersentak

  4. 4

    Ramai Tak Tahu! Kampung Agong Di Penaga Ada Pemandangan Cantik Macam Luar Negara

  5. 5

    Hanyz Amanda Mohon Bantuan Kewangan Buat Ibu, Norish Karman- “Kami Tak Sanggup Lagi Melihat Keperitan Dilaluinya”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara