Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz

KA Perkenal Sistem Tempahan Rembayung, Pemuda Beri Cadangan Supaya Tidak Ditipu Reseller

by Nurul A.
December 11, 2025
Foto - @khairulaming (IG)

Foto - @khairulaming (IG)

816
KONGSIAN
Share on Facebook

Nampaknya selepas setahun berjaya menyimpan rahsia, usahawan dan pempengaruh Khairul Amin Kamarulzaman atau lebih mesra disapa sebagai KA mengumumkan sebuah berita yang mengejutkan orang ramai.

Pada Januari 2026, KA dijangka bakal membuka restoran pertamanya, Rembayung yang terletak di kawasan Kampung Baru. Menariknya restorannya ini, KA tidak menerima walk-in semasa pembukaan dan semua pelanggan perlu membuat tempahan awal.

View this post on Instagram

Strateginya itu telah menuai pelbagai pujian kerana ramai yang boleh elak daripada beratur panjang dan kecewa kehabisan menu sebelum sampai giliran mereka.

Namun, di Threads pula ada yang memberi cadangan supaya KA tampil dengan satu strategi supaya tempahan yang dibuat tidak merugikan semua pihak.

“Assalamualaikum @khairulaming, saya selaku pengguna dan dah banyak kali pengalaman tolong belikan barang kat orang. Saya nak bagi pendapat dekat KA sebab saya taknak perkara macam ni berlaku seperti saya usulkan di bawah.”

View this post on Instagram

Cadang pengguna Threads (@kalrosli), pemuda ini menyarankan bahawa sistem tempahan tersebut didaftarkan dengan maklumat pelanggan dan bukti tempahan diberikan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) sebelum mengunjungi Rembayung.

“Make sure booking tersebut didaftarkan guna nombor telefon customer tersebut dan make sure notification berjaya booking tu dihantar melalui SMS sebagai bukti.

Make sure customer yang nak walk in tu sila tunjuk bukti SMS berjaya booking dalam phone dorang kepada staf sebelum masuk restoran Rembayung. Make sure jangan terima yang bagi gambar screenshot booking tersebut, kena buka SMS tu.”

Foto – @khairulaming (IG)

Jelas pemuda tersebut, sistem sebegini dapat mengurangkan jumlah individu reseller yang menjual semula tempahan di harga jauh lebih mahal dan menipu pelanggan lain.

“Antara sebabnya saya bagitau seperti di atas, ada orang yang akan ambik kesempatan dan buat duit secara percuma dengan cara tolong dan berjaya booking walk-in tersebut. Orang yang tak bertanggungjawab tu akan jual balik booking dia berjaya tu kat orang lain. Ini sangat tidak adil kepada orang lain.”

Walau bagimanapun, kongsian Threads pemuda tersebut mendapat perhatian dan ramai yang bersetuju dengan apa yang diberitahunya. Apa pula kata kamu? Ada cadangan?

Khairul Aming Terharu Ramai Pihak Simpan Rahsia Projek Restoran, Netizen Puji!
khairul aminKhairul Amingrembayungrestoran khairul amingrestoran rembayung
https://lomp.at/u12sg
Share326Tweet204SendShare

KINI TRENDING

Insentif

Selangor Terus Prihatin, Insentif Rawatan Tibi RM800 Diteruskan Tahun Ini

by Ayu Kamaruddin
February 10, 2026

Kerajaan Selangor terus komitmen dalam membanteras penularan penyakit berjangkit apabila insentif rawatan Tuberkulosis (tibi) sebanyak RM800 sekali lagi diteruskan bagi...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Suami Arwah Nadia Kesuma Buka Cerita Sebenar Isu Video “Rebah di Airport”- “Kami Sekeluarga Kecewa”

by Phic ARMAN
January 22, 2026

Sejak kehilangan mengejutkan arwah Nadia Kesuma pada 15 Januari lalu, banyak spekulasi dan maklumat tidak tepat mula tersebar di media...

Read moreDetails
Insentif

Hafaz 30 Juzuk Boleh Dapat RM4,500, MAIWP Tawar Insentif Lumayan Untuk Para Huffaz

by Ayu Kamaruddin
March 5, 2026

Berita baik buat para huffaz di Wilayah Persekutuan, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) membuka permohonan Skim Bantuan Galakan Hafaz...

Read moreDetails
via Thread /@No-Rip-4504
Sosial Buzz

Garfu Kayu Bentuk Kepala ‘Batman’ Undang Kritikan Netizen

by Naja Nix
February 9, 2026

Satu perkongsian di Reddit baru-baru ini mencetuskan perbualan hangat dalam kalangan pengguna mi segera apabila rekaan garfu kayu yang disertakan...

Read moreDetails
Insentif

RM150 Juta Bantuan Sara Tak Dituntut, Ini Jawapan Ke Mana Duit Ini Pergi

by Phic ARMAN
February 5, 2026

Bukan disimpan, bukan juga dibiarkan sepi. Sebanyak RM150 juta daripada bantuan Sumbangan Asas Rahmah (Sara) yang tidak dituntut sehingga 31...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    [VIDEO] Mimi Peri Tuai Kecaman, Akui Suka Lelaki Kampung Kerana Bebas HIV

  3. 3

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

  4. 4

    Isteri Pertama Najib Razak Yang Ramai Tak Tahu! Ramai Kata Puteri Zainah Mirip Tun Rahah

  5. 5

    Dikatakan Majlis Pernikahan Dipenuhi Dengan Alkohol? Netizen Mula Bongkar Agama Sebenar Luna Maya

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara