Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Fesyen

[VIDEO] Syed Saddiq Bercakap Pasal Isu Kad Jemputan Kahwin & Persiapan Raya

by Phic ARMAN
January 29, 2026
22
KONGSIAN
Share on Facebook

Baru-baru ini, tular satu video yang menunjukkan Syed Saddiq dipercayai menyerahkan kad jemputan, dan terus mencetuskan pelbagai spekulasi netizen tentang persiapan kahwin beliau. Ramai mula bertanya, “Betulkah YB akan ke jinjang pelamin?”

MURAI sempat bertemu dengan Saddiq semasa acara The Raya Table oleh Dr. Cardin, Koleksi Lebaran 2026 untuk dapatkan penjelasan secara terus daripada beliau. Dengan senyuman tenang, Saddiq menjelaskan,

“Sebenarnya itu adalah permohonan saya untuk orang Muar yang saya mahu sampaikan kepada Yang Berhormat Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri, sebagai pimpinan negara.”

Jadi, tiada kad kahwin yang diagihkan di Parlimen, semua salah faham boleh tarik nafas lega dulu.

View this post on Instagram

Bella Astillah & Doa Keluarga

Mengenai hubungan beliau dengan Bella Astillah, yang kononnya bakal melangkah ke jinjang pelamin, Saddiq berkata dengan penuh santai tapi manis:

“Saya rasa dalam bab kahwin, tunang… Inshallah, my time will come. Perkara ini pun bukan perkara baru, dengan wanita istimewa Bella… I think ia bukan hanya antara saya dan dia, tapi antara kami sekeluarga. Saya selalu minta untuk doakan. Bukan untuk mengalihkan jawapan, tapi doa itu sangat penting. Inshallah… tahun ini sangat bermakna.”

Persiapan Raya Syed Saddiq

Selain isu kahwin, MURAI sempat bertanya tentang persiapan raya beliau. Tentang warna baju raya, Saddiq menyerahkan sepenuhnya kepada “wanita”  dan MURAI pasti ramai yang tertanya-tanya siapakah wanita yang dimaksudkan itu.

“Kalau tema warna baju raya, saya serahkan pada wanita. Sebab dalam bab fesyen ini, saya banyak kena baiki. Risau kalau baju tak sepadan. Tapi kalau wanita, bab ini memang sangat bagus,” jelasnya sambil tersenyum.

Untuk pagi raya pula, Saddiq lebih selesa memakai sandal Dr. Cardin terbaru berbanding capal biasa. Santai tapi tetap nampak kemas, sesuai untuk lelaki yang mahu nampak stylish tapi praktikal. Dr. Cardin yang memperkenalkan koleksi terbaru mereka merangkumi beg dan kasut untuk lelaki dan wanita sempena Aidilfitri.

Menurut Ketua Penjenamaan, Chong Charl Yee,

“80 peratus produk koleksi lebaran ini fokus kepada wanita kerana mereka lebih cenderung membeli untuk persiapan raya. Koleksi kami lebih elegan dan sesuai untuk musim perayaan.”

Koleksi beg: Soraya, Nara, Dumpling Weave, Araya
Koleksi kasut wanita: Dewy, Serene, Sera, Lush, Lush Eve
Koleksi lelaki: Sandal Cove Air, Cove Core, The Air Pillow Flow

View this post on Instagram

Selain reka bentuk cantik, Dr. Cardin menekankan keselesaan, dengan kusyen lembut di bahagian tumit dan versi mini untuk beg supaya mudah menyimpan barang kecil. Bintang kempen,  Erysha Emyra dan Hun Haqeem, dipilih kerana chemistry mereka yang natural dan sesuai dengan identiti jenama. Antara tetamu lain yang hadir termasuk Mimi Fly, Puteri Balqis, Azfar Heri dan beberapa pempengaruh media sosial tempatan. Kesemua koleksi terbaru boleh dibeli secara dalam talian melalui TikTok, Shopee dan platform rasmi Dr. Cardin.

Dah 59 Tahun, Tapi Ramai Tak Tahu 5 Rahsia Dr. Cardin Ini
Chong Charl Yee
https://lomp.at/wbyf0
Share9Tweet6SendShare

KINI TRENDING

Gambar: Instagram @immersifykl
LifeXplore

WOW! Terokai Dunia Fantasi & Seni Interaktif di Kuala Lumpur, Immersify KL

by Farah Fatihah
February 3, 2026

Tak sangka, di tengah bandar ada galeri yang penuh seni, cahaya, dan teknologi sehingga buat kalian rasa macam masuk ke...

Read moreDetails
LifeXplore

Dari Roti Ke Rezeki Raya, Gardenia Bantu Asnaf Shopping Raya

by Phic ARMAN
March 12, 2026

Bila masuk saja bulan Ramadan, memang terasa aura berkongsi dan saling membantu. Kali ini, jenama roti kegemaran ramai, Gardenia Bakeries...

Read moreDetails
Fesyen

Baju Kebaya To’ Puan Syamim Farid Curi Perhatian, Pereka Fesyen Bukan Biasa-biasa

by Phic ARMAN
February 2, 2026

Kalau anda  ikut perkembangan fesyen tempatan, pasti perasan To’ Puan Syamim Farid muncul dengan aura tersendiri dalam koleksi Baju Kebaya...

Read moreDetails
Gambar: @ZUS Coffee PD Waterfront
LifeXplore

[VIDEO] ZUS Coffee Versi Pantai: Spot Lepak Paling ‘Dreamy’ Buat Kaki Healing

by Farah Fatihah
January 27, 2026

Biasanya kita lihat ZUS Coffee terletak di dalam mall, kawasan pejabat, atau di tepi jalan yang sibuk dengan orang bandar....

Read moreDetails
Korporat

Ramai Terkejut! ShopeePay Kini Miliki Limit Tertinggi RM30,000

by Phic ARMAN
January 25, 2026

MURAI baru sahaja menerima satu berita yang cukup menggembirakan buat geng pengguna tegar ShopeePay. Platform dompet digital itu kini meningkatkan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

  3. 3

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  4. 4

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

  5. 5

    Kenali Isteri Ku Li, Madamme Alfi dan Kehidupan Keluarga Bahagia Mereka

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara