Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Kahwin Lelaki Belanda, Sabronzo Akui Sedang Bimbing Suami Mualaf – “Saya Tak Mahu Tekanan Dari Sesiapa”

by Puteri Alia
November 6, 2025
10
KONGSIAN
Share on Facebook

“Alhamdulillah, semuanya okey dan berjalan lancar,” demikian kata anggota kumpulan Dolla, Sabronzo, ketika berkongsi tentang kehidupannya selepas bergelar isteri kepada jejaka Belanda, Ryan Fieret.

Menurut Sabronzo atau nama sebenarnya Wan Sabrina Wan Rusli, 30, kehidupannya kini lebih tenang dan bermakna apabila dapat membimbing suami tercinta yang baru memeluk Islam, sambil mengekalkan keseimbangan antara rumah tangga dan kerjaya seni.

Kata penyanyi itu, dia tidak mahu terlalu terbuka berkongsi hal peribadi, namun menegaskan semuanya dalam keadaan baik dan harmoni.

“Apa yang boleh saya katakan ketika ini, Alhamdulillah semuanya okay, berjalan dengan lancar. Perkara ini merupakan isu peribadi dan saya juga tak nak memberikan tekanan kepada sesiapa. Agama lama dia juga mengajar tentang keamanan dan ketenangan. Apa yang penting adalah cara saya mengajar suami tentang Islam. Selagi mana kehidupan kami dipenuhi dengan kebaikan dan cinta, insya-Allah semuanya akan okay,” ujarnya tenang.

Menyentuh tentang kehidupan selepas berkahwin, Sabronzo mengakui tidak banyak yang berubah dalam rutinnya, namun dia lebih menghargai momen kecil bersama pasangan.

Foto – @sabronzo (IG)

“Alhamdulillah, kehidupan selepas berkahwin saya baik-baik sahaja. Saya gembira kerana telah menjumpai lelaki yang terbaik. Nak kata ada perbezaan banyak sangat selepas berkahwin, tidak juga kerana kami masing-masing memberikan fokus terhadap kerjaya kami. Cuma bezanya sekarang bila saya balik, saya ada teman untuk berbual. Alhamdulillah, saya bahagia,” katanya sambil tersenyum.

Menepis andaian bahawa perkahwinan akan menjejaskan fokusnya bersama kumpulan Dolla, Sabronzo menegaskan perkara itu langsung tidak berlaku. Malah, dia merasakan ikatan perkahwinan memberi semangat baharu dalam dirinya untuk terus maju dalam dunia hiburan.

“Saya tak rasa perkahwinan ini menjejaskan kerjaya malah membuatkan saya berasa lebih bersemangat. Saya sentiasa fokus dan akan memberikan komitmen untuk mencapai segala sasaran bersama Dolla. Suami saya juga memberi motivasi untuk menjadi lebih baik memandangkan kami berada dalam bidang yang sama,” jelasnya.

Pada 29 September lalu, Sabronzo akhirnya mengesahkan khabar angin mengenai status perkahwinannya selepas memuat naik gambar majlis resepsi yang berlangsung di Bali, Indonesia pada 25 September. Difahamkan, pasangan itu telah bernikah dua minggu lebih awal sebelum diraikan dalam majlis penuh romantik yang turut dihadiri rakan-rakan selebriti serta anggota Dolla lain.

[VIDEO] "Jennie Blackpink Pun Kalah Macam Ni!" - Sabronzo Dolla Dikecam Hebat, Netizen Kecewa Dengan Penampilan Seksi

Hubungan Sabronzo dan Ryan mula menjadi perhatian sejak Mei lalu apabila mereka dilihat saling berbalas komen di media sosial. Mereka dikatakan mula rapat selepas sama-sama terlibat dalam sebuah acara sekitar awal tahun 2024. Ryan, yang juga seorang DJ terkenal dari kumpulan Dash Berlin, dikatakan mudah menyesuaikan diri dengan budaya dan nilai kehidupan Sabronzo.

Kini, Sabronzo memilih untuk menikmati kehidupannya dengan penuh kesyukuran tanpa mempedulikan pandangan luar. Baginya, kebahagiaan sebenar datang apabila dua insan saling memahami dan menghormati.

“Apa pun yang berlaku, saya hanya mahu hidup dalam tenang, damai dan penuh kasih sayang bersama suami. Itu sudah cukup buat saya,” katanya menutup bicara.

Sabronzo
https://lomp.at/qoz95
Share4Tweet3SendShare

KINI TRENDING

Foto - @jennierubyjane (IG)
Lokal

Gara-Gara Foto Ini, BLACKPINK Jennie Jadi Mangsa Ped*filia

by Nurul A.
February 21, 2026

Imej baharu BLACKPINK Jennie telah menimbulkan reaksi negatif dalam pengguna media sosial. Untuk makluman, isu tersebut muncul selepas Jennie mengadakan...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Wani Kayrie Hadiahkan Ibu Kereta, Rakan Selebriti & Netizen Tumpang Gembira!

by Naddy Joe
February 27, 2026

Penyanyi, Wani Kayrie membuat kejutan istimewa buat ibu tercinta, Rukiah Kalapukong dengan menghadiahkan sebuah kereta baharu sebagai hadiah hari lahir,...

Read moreDetails
Lokal

Intan Najuwa Diganggu Selama Berbulan-Bulan Oleh Seorang Lelaki, Tampil Buat Laporan Polis!

by Naddy Joe
March 9, 2026

Sering diganggu sehingga pernah membuat panggilan di pejabat Polo Club, pelakon Datin Intan Najuwa memaklumkan bahawa dia telah membuat laporan...

Read moreDetails
Spotlight

Aktor Transformers, Shia LaBeouf Naik Angin Tumbuk Lelaki Gay. Apa Puncanya?

by Phic ARMAN
February 20, 2026

Kontroversi demi kontroversi. Nama Shia LaBeouf sekali lagi jadi bualan hangat, kali ini bukan di karpet merah atau set penggambaran,...

Read moreDetails
Lokal

Mas Khan Bersyukur Dapat Miliki Rumah Baharu-“Bismillah Untuk Perjalanan Baru Kami…”

by Naddy Joe
March 5, 2026

Pelakon, Mas Khan menitipkan rasa syukur dapat memiliki kediaman yang menjadi baharu yang bakal didiaminya bersama isteri, Anastasha Diana. Mas...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  2. 2

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  3. 3

    Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

  4. 4

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

  5. 5

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara