Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

“Kalau Kahwin Sebab Cinta, Belum Bersedia” – Ashraf Muslim Tegur Pasangan Muda Tak Letak Niat Kerana Allah

by Puteri Alia
July 16, 2025
Share on Facebook

Pelakon Ashraf Muslim memberi teguran berisi buat mereka yang merancang untuk mendirikan rumah tangga dengan mengingatkan bahawa perkahwinan seharusnya dilangsungkan kerana Allah SWT, bukan sekadar berlandaskan cinta semata-mata. Bagi Ashraf, 44, niat yang betul akan membentuk asas kukuh dalam membina kehidupan berumah tangga yang lebih bererti dan berpanjangan.

Menurutnya, ramai yang memberikan alasan klise apabila ditanya tujuan untuk berkahwin, seperti mahu mengelak zina, hidup bahagia atau kerana cinta dan sayang. Namun bagi Ashraf, semua jawapan itu tidak mencerminkan persediaan sebenar untuk memikul tanggungjawab sebagai suami atau isteri. Baginya, sama seperti solat yang dimulakan dengan niat kerana Allah, perkahwinan juga perlu bermula dengan niat yang sama. Hanya dengan cara itu pasangan akan sedar akan peranan mereka dalam institusi perkahwinan.

Tambah Ashraf, apa yang kelihatan mudah sebenarnya mampu memberi impak besar kepada kelangsungan sesebuah rumah tangga. Masalah penceraian dalam kalangan pasangan muda pada hari ini, katanya, berpunca daripada kegagalan mereka meletakkan niat yang betul sejak awal. Jika perkahwinan dilihat sebagai satu bentuk ibadah dan dilakukan kerana Allah, maka pasangan akan lebih mudah menerima cabaran serta memahami makna sebenar sebuah hubungan yang dibina atas dasar keimanan.

Dalam pada itu, Ashraf turut berkongsi tentang penglibatannya dalam drama terbaharu berjudul Mandul Bukan Pilihan arahan Osman Ali, di mana beliau membawa watak sebagai seorang pakar sakit puan bernama Dr. Elhan. Bergandingan dengan Mira Filzah, Hun Haqeem dan Ayda Jebat, pelakon itu mengakui terpaksa belajar pelbagai terma perubatan berkaitan kesuburan lelaki dan wanita dalam tempoh singkat.

Ashraf mengambil pendekatan serius untuk mendalami wataknya dengan merujuk terus kepada pakar-pakar perubatan bagi memastikan lakonannya tampil realistik. Meski berdepan cabaran berat perlu menjadi doktor dalam tempoh sebulan, dia tetap menganggap pengalaman tersebut sebagai sesuatu yang sangat berharga.

Ayda Jebat Buat TikTok Dengan Ashraf Muslim, Netizen Terhibur!-"Rosak Dah Ashraf.."

Dalam menyentuh tentang perkahwinan dan cabaran kesuburan yang sering menjadi isu sensitif dalam masyarakat, Ashraf dilihat bukan hanya membawakan watak seorang doktor, tetapi turut menyuarakan mesej keinsafan dan peringatan yang cukup bermakna buat mereka yang mahu melangkah ke alam rumah tangga.

Ashraf Muslim
https://lomp.at/g5cxi
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - weechuanchin (FB)
Lokal

[VIDEO] “Harap Semua Faham, Kita Hormat Agama Islam”- Abe Wee

by Nurul A.
February 24, 2026

Tak dinafikan apabila tiba sahaja bulan Ramadan, kita berpeluang melihat penganut agama lain mencuba untuk berpuasa, termasuklah pempengaruh media sosial,...

Read moreDetails
Lokal

Fasha Sandha Bidas Komen Netizen Anggap Sharifah Rose ‘Kayu’-“Dia Punctual & Rajin..”

by Naddy Joe
February 13, 2026

Pelakon, Fasha Sandha tampil bersuara selepas salah seorang netizen menyifatkan lakonan pelakon, Sharifah Rose sebagai 'kayu'. "Saya tengok banyak jugak...

Read moreDetails
Foto - @jennierubyjane (IG)
Lokal

Gara-Gara Foto Ini, BLACKPINK Jennie Jadi Mangsa Ped*filia

by Nurul A.
February 21, 2026

Imej baharu BLACKPINK Jennie telah menimbulkan reaksi negatif dalam pengguna media sosial. Untuk makluman, isu tersebut muncul selepas Jennie mengadakan...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Siti Nurhaliza Titip Rasa Syukur Dijemput Ke Majlis Tadabbur Di Istana Selangor

by Naddy Joe
February 16, 2026

Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menitipkan rasa syukur apabila berpeluang menghadiri Majlis Tadabbur Al-Quran di Istana Selangor, Kuala Lumpur,...

Read moreDetails
Foto - @norliaghaniofficial48 (IG)
Lokal

Rahsia Lama Terungkai, Norlia Ghani Dedah Dilamar P.Ramlee Ketika Usia 17 Tahun

by Nurul A.
February 20, 2026

Pelakon veteran, Norlia Ghani menjadi perhatian selepas berkongsi satu rahsia lama yang disimpannya bertahun-tahun. Menerusi podcast 'Legasi: Sembang Sambung' yang...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  2. 2

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  3. 3

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  4. 4

    Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

  5. 5

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara