• Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Asia

Kalau Nak Lelaki Kaya Dah Lama Dapat, Diana Danielle Akui Kini Dia Sendiri Yang Kaya!

by Puteri Alia
May 8, 2025
441
KONGSIAN
Share on Facebook

Diana Danielle tidak pernah gentar menyuarakan pendiriannya, lebih-lebih lagi apabila ada yang cuba merendahkan keupayaannya sebagai wanita berdikari. Dalam satu komen balas yang mencuri perhatian ramai di TikTok, Diana menolak mentah-mentah saranan seorang netizen yang mencadangkannya mencari lelaki kaya untuk menjamin masa depannya.

Dengan nada tegas dan penuh keyakinan, pelakon dan penyanyi berusia 33 tahun itu menegaskan bahawa dia tidak pernah bergantung pada sesiapa untuk hidup selesa. Malah, jika itu yang dikejarnya, sudah lama dia memilih jalan mudah untuk bersama lelaki berharta. “Nak cari duit, kerja. Kalau aku nak tangkap lelaki kaya dah lama dah dik. Sekarang yang kaya aku ni,” balasnya lantang, mencerminkan keyakinan seorang ibu tunggal yang tahu nilai titik peluh sendiri.

Kenyataan itu mendapat sokongan padu daripada para pengikutnya yang rata-rata memuji semangat dan ketegasan Diana. Ramai yang menganggap cadangan tersebut sebagai merendahkan martabat wanita, apatah lagi dalam era moden di mana ramai wanita mampu berdiri atas kaki sendiri.

“Bukan semua orang nak harapkan kekayaan orang untuk menumpang, zaman sekarang ramai wanita yang bekerjaya,” ulas seorang netizen yang menyokong kenyataan Diana. Seorang lagi pula menasihatkan agar Diana teruskan kehidupan tanpa perlu melayan komen-komen bersifat provokatif, sebaliknya menumpukan perhatian kepada masa depan dan anak-anak.

Diana sebelum ini melalui episod perceraian dengan pelakon Farid Kamil. Mereka bercerai talak satu buat kali kedua pada 24 Mac lalu selepas pernah berpisah kali pertama secara dalam talian pada 2023. Walaupun pernah kembali rujuk selepas 21 hari, hubungan itu akhirnya berakhir.

Perkahwinan mereka yang bermula pada 3 November 2012 telah dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad dan Nur Aurora. Kini bergelar ibu tunggal, Diana kekal positif dalam menempuh fasa baru kehidupannya dan membuktikan bahawa seorang wanita mampu berjaya tanpa bergantung kepada sesiapa pun.

Farid Kamil Dedah Setahun Tak Berhubung Dengan Diana Danielle
diana danielle
https://lomp.at/r4ter
Share176Tweet110SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

Bot Zizi Kirana Ke Gaza Jadi Sasaran Serangan Dron- “Alhamdulillah Api Berjaya Dipadamkan..”

by Naddy Joe
September 10, 2025

Penyanyi, Zizi Kirana membuat perkongsian mengenai bot yang dinaikinya bersama Lylia dan Sil menjadi sasaran serangan dron ketika dalam perjalanan...

Read more
Lokal

Bayaran Lakonan Terlalu Kecil, Norlia Ghani Pilih Jadi Influencer Pada Usia 77 Tahun

Tidak menjadikan usia sebagai penghalang untuk terus aktif, pelakon veteran Norlia Ghani, 77, kini menjadikan media sosial sebagai medan rezeki...

Read more
by Puteri Alia
October 10, 2025
Berita

Penampilan ‘Luar Biasa’ Haflin Nazri Aziz Di KLFW Undang Pelbagai Reaksi Netizen!

Penampilan isteri kepada Bekas Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz iaitu Datin Seri Haflin Saiful mengundang...

Read more
by Naddy Joe
August 8, 2025
Lokal

Zizi Kirana Akui Jarang ‘Video Call’ Dengan Keluarga Sepanjang Misi Global Sumud Flotilla

Penyanyi, Zizi Kirana menyatakan bahawa dia jarang melakukan panggilan video bersama keluarganya sepanjang pelayarannya dalam misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla...

Read more
by Naddy Joe
September 18, 2025
Lokal

Shiha Zikir Bidas Komen Netizen Gelarnya ‘Bengap’ Selepas Kongsi Foto Bertudung Ke Kelas Mengaji

Penyanyi dan pelakon, Shiha Zikir tampil membidas komen netizen yang melemparkan komen negatif terhadapnya di media sosial, baru-baru ini. Kongsi...

Read more
by Naddy Joe
August 18, 2025
Lokal

[VIDEO] Gelagat Tok Ram Mengusik Anak Nabil Ahmad Jadi Bualan Netizen

Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan Tok Ram yang mengusik Mikayla iaitu anak kepada pelawak dan pengacara terkenal Nabil...

Read more
by Noah Ab
September 4, 2025
Foto - @beingsalmankhan (IG)
Bollywood

Hampir Cecah Usia 60 Tahun, Salman Khan Harap Sempat Kahwin & Timang Anak

Agak-agak sempat tak kita lihat Salman Khan berumah tangga dan timang anak sebelum dia cecah usia 60 tahun? Bagi peminat...

Read more
by Nurul A.
October 27, 2025
Lokal

Sweet Qismina Terharu Nama Diapit Bersama Seniwati Hebat Di FFM34

Pelakon, Sweet Qismina menitipkan ucapan istimewa selepas diumumkan sebagai pemenang Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-34 (FFM34) yang...

Read more
by Naddy Joe
November 3, 2025
Lokal

[VIDEO] Siti Nurhaliza Sebak Saat Bersama Tun Hasmah

Terdahulu, tular satu video yang memaparkan Siti Nurhaliza yang menangis ketika menyanyi sambil diiringi violin yang dimainkan oleh Tun Dr...

Read more
by Noah Ab
September 4, 2025
Lokal

[VIDEO] Ammar Ahyan & Keluarga Naik LRT Buatkan Netizen Teruja!

Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan Ammar Ahyan, Datin Shahida, Qadeejah dan Ibrahim yang menaiki pengangkutan awam iaitu LRT....

Read more
by Noah Ab
October 8, 2025
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Pengakuan Berani Brook Lynn Pernah Dilamar Sultan Dari Malaysia,-” Saya Ditinggalkan Terkapai-kapai”

  2. 2

    [VIDEO] Reaksi Fatima Buka Hadiah Hari Jadinya Buatkan Netizen Teruja-“Fasih Berbahasa Inggeris”

  3. 3

    [VIDEO] Dato Seri Vida Tunjuk Barangan Di Bilik Tidur Cik B, Buatkan Ramai Teruja

  4. 4

    [VIDEO] Baju Shila Amzah Jadi Pertikaian Netizen-“Boleh Kot Ambil Perunding Imej Yang Berkelas”

  5. 5

    [VIDEO] Nubhan Belum Mula Nyanyi, Netizen Mahu Undi Keluar- “Tak Baiklah Korang”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem