Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

“Kalau Selebriti Kena SKMM, Kenapa Ahli Politik Lepas?” – Aznil Tempelak Siaran Langsung Parlimen?

by Aphit J.
September 6, 2025
Share on Facebook

Pengacara terkenal, Datuk Aznil Nawawi, meluahkan pandangan bahawa siaran langsung sidang khas Dewan Rakyat yang memaparkan kekecohan perlu disekat daripada tontonan umum.

Kekecohan Bukan Contoh Kepimpinan

Menurut beliau, rakyat tidak sepatutnya terus disajikan dengan kelakuan ahli politik yang tidak mencerminkan kewibawaan sebagai pemimpin.

Dalam satu hantaran di Instagram, Aznil berkata, kite tidak sepatutnya menonton pergaduhan seperti ini.

Sudah tiba masanya kita tak perlu tonton perangai macam ini.

Banned saluran ini daripada ditonton.

Pandangan beliau itu mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan netizen yang turut berasa jelik dengan sikap sesetengah ahli parlimen.

Isu Tapisan: Dua Standard Berbeza?

via Instagram Aznil Haji Nawawi

Aznil turut mempersoalkan ketidakseimbangan dalam kawalan kandungan media antara penggiat seni dan ahli politik.

Beliau membandingkan tindakan tegas pihak berkuasa seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) terhadap selebriti yang melanggar garis panduan siaran, berbanding kelonggaran yang diberikan kepada siaran langsung Parlimen yang tidak ditapis.

Kalau kami (selebriti) berkelakuan begitu di TV atau radio, kami akan dipanggil SKMM dan lesen kami akan diingatkan untuk ditarik.

Beliau menegaskan bahawa saluran Parlimen juga wajar mempunyai panduan tontonan yang jelas dan bertanggungjawab.

Sokongan dan Reaksi Netizen

Pandangan Aznil menerima sokongan ramai netizen yang bersetuju bahawa gelagat tidak matang ahli politik tidak sepatutnya dipertontonkan kepada umum, terutama generasi muda.

Rata-rata menyifatkan kenyataan Aznil sebagai tepat pada masanya, memandangkan ramai rakyat semakin muak dengan insiden-insiden panas dalam sidang Dewan Rakyat yang disiarkan secara terbuka.

Mereka menyokong cadangan agar siaran tersebut disunting atau ditapis sebelum disiarkan, supaya hanya perbahasan bermutu dan berinformasi disampaikan kepada rakyat.

Aznil bukan sahaja menyuarakan suara rakyat, tetapi juga menyeru kepada pembaharuan etika siaran agar institusi Parlimen dipandang lebih berwibawa.

[VIDEO] Pak Nil Dedah Ditegur Imam Besar Masjid Negara- "Puas Hati, Dah Lama Aku Nak Cakap Pasal Ni"
Datuk Aznil Haji Nawawi
https://lomp.at/zlu0w
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Berita

[VIDEO] Caprice Dedah Taska Terkenal Kurung Budak Autisme Dalam Stor? Netizen Kongsi Pengalaman!

by Naddy Joe
January 21, 2026

Baru-baru ini tular video yang memaparkan kanak-kanak autisme yang didakwa dikurung di dalam stor salah sebuah taska terkenal di Shah...

Read moreDetails
Berita

Fatin Afeefa Kongsi Pengalaman Berhadapan ‘Maid’ Bermasalah-“Dia Tiru Saya, Curi Pakaian, Mekap, Duit..”

by Naddy Joe
March 4, 2026

Pelakon, Fatin Afeefa berkongsi pengalamannya yang pernah berhadapan dengan pembantu rumah yang bermasalah sehingga sanggup merakam video yang tidak senonoh...

Read moreDetails
Lokal

Ieda Moin Kongsi Realiti Sebagai Seorang Artis-“Berbekalkan Populariti, Followers Berjuta, Kontroversi..”

by Naddy Joe
January 27, 2026

Pelakon dan pelawak, Ieda Moin berkongsi realiti kehidupan sebagai seorang artis yang kini lebih kepada populariti dan bilangan pengikut di...

Read moreDetails
Lokal

Alha Alfa Beri Sumbangan RM20,000 Untuk Kos Rawatan Anak Kedua Amyza Aznan

by Naddy Joe
February 26, 2026

Usahawan kosmetik dan jurusolek terkenal, Datuk Alha Alfa mencuri perhatian netizen selepas dilihat memberikan bantuan sebanyak RM20,000 kepada anak lelaki...

Read moreDetails
Berita

[VIDEO] Aliff Syukri Mengamuk Disindir Iman Troye, Netizen Sudah Lali Gimik Lagu Baru?

by Naddy Joe
February 11, 2026

Tiada angin tiada ribut , usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri meluahkan rasa berang terhadap penyanyi, Iman Troye yang...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  2. 2

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  3. 3

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

  4. 4

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

  5. 5

    Ziana Zain Sudah Menamatkan Zaman Jandanya Dengan Seorang Ustaz? Peminat Terkejut Mengapa Kahwin Diam-Diam

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara