Pelakon, Kamal Adli tampil membidas kenyataan jurulatih kecergasan, Tareq Fit yang memetik namanya sebagai antara golongan artis yang hanya mahukan ‘engagement’ di media sosial.
Kamal menerusi hantaran di Threads, turut mempersoalkan tindakan Tareq yang menuduh mereka menumpang populariti jurulatih kecergasan berusia 36 tahun itu.
“Ada orang salah bual ni. Kami yang nak engagement? Kau sure ke Arab? Kau ingat kau famous sangat ke kami nak tumpang kau? Kau sapa dow? Hahaha bukan kau ke bila kau sendu, kau cari salah orang untuk jual ebook kau?.
Kau yang koyak gila kiteorang tak heran pun siapa kau. Jom jumpa la bro. Salah bual ni. Salah besar kami sebab wujudkan kau. Pandainya bercakap. Haha asal kau block aku, Kau kutuk hina orang lepas tu kau nak cakap macam ni? Weyh haha okay la dapat panggil podcast.”-tulis Kamal Adli di Threads

“Kau Set Ajak Dia Main Bola, Kita Slide Tackle Dia Berjemaah..”
Di ruangan komen, rata-rata rakan selebriti Fadlan Hazim, Raja Atiq, dan ramai lagi turut bersetuju dengan hantaran Kamal, malah ramai yang mengecam jurulatih kecergasan ini yang tidak mengenal Kamal Adli yang sudah dikenali ramai sejak tahun 2008 selepas memenangi gelaran Hero Remaja 2007/ 2008.
“Kau set ajak dia main bola, kita slide tackle dia berjemaah.”-Fadlan Hazim
“Tergamak podcast tu jemput dia. Jemputlah yang boleh cakap benda-benda elok dan contoh baik-baik.”-Dr Aizul Hafizi
“Si bebal ni memang cepat koyak bang, dia lapar engagement. Hahaha siot je dia spin macam tu 🤣💔.”-Raja Atiq
“Dia ni mana tengok Bio-Nik dulu-dulu ni masa tu dia duduk kat tempat dia lagi, nak engagement? Haha lawak.”
“Studio mana yang panggil dia ni boleh boikot la, apa ke bodoh panggil Tareq. Dia bercakap pasal dia, dia lah nak engagement.”
Apa komen anda?






